<<BACK | GESBUK?

30.8.03

Sabtu, 30 Ogos 03 - 4 HARI! 4 hari gua cakap lu... Gua langsung tak dapat nak access internet kat opis. Sebenarnya internet connection tu memang dah lama problem. Tapi tak sangka lak minggu ni terus padam! Semua keje tergendala. Susah nak gua luahkan perasaan gua. Tapi sesapa yang tau tu taulah! Duduk tak senang, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi basah... [macam putus cinta lak, hehe!] Gara gara tak dapat menulis je sebenarnya. Keje kat opis tu lantak lah. Gua pedulik apa!!!

Pelbagai cara gua keluarkan untuk elokkan balik network kat opis, tetap tak jadi. Terpaksa gua panggil wartawan Edisi Siasat, untuk siasat apa yang patut, heh! Kitorang nyer ISP bagitau network kat opis gua kena virus. Hmm... ye ker?!!! Gua scan semua PC, jumpa beberapa ekor virus yang dirasakan tak merbahaya. PC Shimi, dijangkiti virus W32.Sobig.F@mm. Tak heran... menatang ni serang emel jer. Server, diserang dua ekor kutu, eh... virus! W32.Nolor@mm.Dr ngan W32.Welchia.Worm. Gua sendiri tak tau dah beranak pinak ke tak lagi virus virus ni. Pasalnya, PC server tu takde AntiVirus. Baru jer tadi gua install NAVCE 7.5.1, baru la jumpa virus!

PC gua? Mana ada virus... PC gua power! Hehehe... Walaupun gua dah berjaya membunuh 3 ekor virus, namun internet masih down. Aiseh... ape hal lagi nih! Gua suspect network connection kat opis ni kena virus Nachi. Orang cakap dia serang network jer. Menjadikan connection slow... then down terus. Blaster? Dah scan dah... takde pun! Masalahnya, antivirus Nachi blom ada, abih camno?!!

Hmm... entahlah... gara gara internet down jer, gua jadi biol jap! Banyak benda stuck! Itu baru berapa PC kat opis gua. Memang patut lah kerajaan rugi RM31 juta kerana virus ni, banyak makan kos. Bayangkan, ada berapa PC kat Malaysia ni, bawah jabatan kerajaan jer! Haru beb...

Sambut Merdeka...
Hari ni dah 30 Ogos, bermakna akan ramai remaja remaja berpeleseran malam ini demi menyambut malam kemerdekaan, tepat jam 12 malam! Lepas tu pakat pakat sambut kat tempat lain lak, hehehe... Dan gua... gua tengah berusaha untuk balik kampung. Asyik sambut merdekaaaaa jer! Tiap tiap tahun kat KLCC [KLCC lagik!] Tujuan nya nak tengok bunga api jer. Lepas tu, blah carik kedai makan, lepak lepak sampai pagi then balik umah... tidur!!! Rutin tahunan gua, setiap kali malam 31 Ogos menjelma. Tahun ni, gua nak ubah skit... nak sambut merdeka dalam Flight. [kalau ada!] Mau balik kampung ini malam, hehehe!

Best ker sambut merdeka? Dok di kalangan orang ramai, tua muda jantan betina... Gua penah rasa, dan selalu rasa setiap kali nak sambut merdeka. Rasa yang sama jugak! Panas [bau hapak!], serabut [terhimpit himpit], menyampah tengok gelagat anak muda ngan awek awek [gua takde awek, jeles la tu..!], sampaikan nak berjalan pun susah! Padat! Sesak! Arrgghhh... tensionnya! Sebetulnya amalan menyambut malam merdeka sekarang lebih sesuai dipanggil malam bersosial beramai ramai secara halal! Baru padan! Kan! ;p

Gua tanya penjaga kaunter bas ekspress, Hentian Putra. Tiket bas Transnasional saja yang ada, itu pun satu. Last kopek! Tempat duduk belakang sekali. Gua tak nak. Tanya lak penjaga kaunter KTM kat KL Sentral. Tiket tempat duduk je yang ada. Katil semua habis! Alamak... macam mana ni? Ini pun tak berkenan gak... Tanya abang Sham, tiket Air Asia hari ni habis! Aiseh mennn... Makkk, orang nak balik! Tiket Air Asia untuk esok ada, nak ke tak nak?! Lambat lambat kang nanti orang lain lak kebas... Terpaksa la pegi KLIA tunggu tiket mana mana yang ditempah tapi tak diambil... Kalau ada! Kalau tak, terpaksa la gua buat amalan tahunan tu... Huhuhu! ;(

27.8.03

Lalalala... Esok tulis!! Internet Problem, heh!

25.8.03

Isnin, 25 Ogos 03 - "...duit duit, di mana kau duit...?!!" Antara satu baris ayat dalam lirik lagu M.Nasir dan Kembara dulu... Sekarang gua lak yang nyanyi lagu ni, hehe! Tapi gua ubah sikitlah, duit jadi gaji, boleh? Hari ni dah 25 hb, gaji belum masuk lagi. Bila lah gamaknya gaji nak masuk ni? Gua dah papa tahap dewa dah ni. Current balance dalam bank ada RM20. Haiya, macam mana nak hidup... Rasanya peminta sedekah yang 'ala ala buta' tu pun lagi banyak duit berbanding gua, huh!

Joe ngan awek dia datang umah gua petang Sabtu, sesaja nak lepak kat KL katanya. Tapi satu hari je dia dok kat sini, gua dah keluarkan hampir RM70 untuk dia jer. Mak aih, gua belanja untuk diri sendiri pun sekadar RM10 sehari tak termasuk segala minyak... Dia keluarkan duit untuk tiket pergi balik Melaka jer, lain lain... fully supported by me, hampeh! [Awie - Maya] Tak taulah apa yang dia pikirkan... Antara prihatin atau tak je ler... Tak kot!!!

NZ
Malam tu gua lepak NZ, Wangsa Maju. Awek dia ngidam nak hisap shisha. Nama saintifiknya... Orga Agrilia, rasanya... Ah, mana mana lah. Gua ni toksah kata shisha, rokok pun tak hisap. Alih alih belanja diorang hisap benda tuh. Perisa melon tuu... Lama dok perati diorang, last last ngan gua gua sekali tumpang dua kaki. Rasanya masyaAllah... loya anak tekak... ngan ibu ibu tekak sekali!!! Nak muntah... tapi bau asap dia wangi lak... Hehehe!

Memasing tarik panjang, lepas tu hembus asap keluar ikut mulut, hidung... sebijik cam naga. Naga Keramat Lang Buana Kepala 7,heh! Nasib tak keluar ikut telinga ngan mata sekali. Gerun weih! Gua kena sekali dua cukuplah, tak tahan ahh! Hilang kehenseman gua...

Lama melepak sampai pukul 1 pagi. Tengah best bersembang, tetiba datang sorang mak cik kat meja kitorang...

"Tak nak order apa apa ker? char koay tiow ker, stemboat ker... kalau tak nak makan, bungkus laa... bawak balik, makan kat umah!"

Gua jawab: "Tak apa lah mak cik, kitorang tak nak order apa apa..."

Lepas tu mak cik tu pegi ke meja meja lain lak, dengan soalan yang lebih kurang sama... Kitorang sambung borak. Dok dalam setengah jam, mak cik tadi datang balik, dengan muka seposen...

"Borak, borak juga. Tak nak order apa apa ker? char koay tiow ker, stemboat ker... kalau tak nak makan, bungkus laa... bawak balik, makan kat umah!"

"Eh, tadi dah datang... Datang lagi?!!" slow jer kitorang cakap... Tapi dia tak dengar laa...

Mak cik tu blah... Lagi setengah jam, mak cik tu datang lagi...

"Err... tak nak order apa apa ker? Kalau tak nak makan, bungkus laa... mana la tau tengah malam nanti lapar..."

Muka masing masing dah tension... Apa, mak cik tu tak cam muka ker... 3 kali datang kat meja kitorang tanya benda sama... Hangin gak, tapi sabar je la... Mungkin ni strategi baru berniaga kot?!!! Macam si 'ala ala buta' tu... 2-3 kali datang kat meja sama... Ye kot!
[Saleem - Juwita]

22.8.03

Jumaat, 22 Ogos 03 - Lagi lagi seminar! Tapi gua tak penah rasa boring... Lagi banyak lagi gua suka, hehhe! Janji ada makan makan, gerenti gua hadirkan diri walaupun terpaksa menahan ngantuk masa 'speaker' tengah bercakap! [Macam selalu...] ;p

"THE EVOLUTION TO CONVERGED COMMUNICATIONS::Avaya's Vision for Migration Beyond Converged Networks"
Venue::Mandarin Oriental Hotel, KLCC

Sampai awal, masuk lambat. Business card tak bawak, tertinggal dalam kete. Lucky Draw lak unlucky... Ngantuk punya la tak ingat, sepatah haram pun tak paham. Masa buat lawak je yang gua paham, hehehe! Cukuplah dengan leaflet kompeni, bawak balik baca kat opis lagi baik, huh!

Yang penting... Tea Break Time jangan terlepas, hahaha!

"Makannn...!!!!"
[Headwind - Suraya]

Che Has
"Truuttttt..." bunyik ringtones handphone gua. Arrgghh... kacau betullah! Baru nak mimpi dating ngan Siti Nurhaliza. Penat penat balik keje, best siot kalau dapat tidur... "Oh ya, sapa lak yang call ni?". Che Has rupanya...

Has: "Wes... aku nak balik Gombak ni... Tapi ingat nak jumpa ko dulu. Nak kuar tak?"

Gua: "Bila? Hah... pukul 8? Aku nak tidur la oi... Ko ni menganggu ketenteraman awam sungguh!"

Has: "Aku dari Shah Alam. Nanti sampai CM aku missed call ko, ok?!!"

Gua: "Haa... ye laa..." dan terus menyambung aktiviti terbengkalai... ;p

Gua pusing pusing area CM. Carik kedai. Kedai apa gua sendiri pun tak tau. Che Has tu la ngada ngada nak carik barang. Gua tanya berbelas belas kali tak nak cakap. Nak beli barang keperluan harian katanya. Barang keperluan apa kat CM ni? Pelik sungguh la minah sorang ni! Pusing punya pusing... tak jumpa. Last last pegi Mydin jalan Masjid India... mungkin kat sana banyak la kot barang barang keperluan harian. Tapi malang, Mydin dah tutup! Buat penat carik tempat parking jer...

Gua: "Ko nak carik apa sebenarnya ni? Semua tempat tak ada. Susah la kalau aku tak tau apa barang tu!"

Has: "Err... sebenarnya aku nak beli sabun mandi! Hahaha!!!"

Hek elleee... cakaplah sabun... Nasib baik gua tak bawak naik Pertama Complex atau Star Hill. Disebabkan banyak kedai dah tutup, gua cadangkan beli besok jer. Nak balik awal lagi, baru pukul 8.30 malam. Nak tak nak, lepak KLCC. [KLCC lagi!] Gua jarang jumpa Has... so bila dah jumpa banyak lak topiknya.

Gua: "Ramai betul la awek awek kat KLCC ni. Cun cun lak tuh!"

Has: "Alaa... Awek Pasir Mas lagi cun..."

Gua: "Ye ker? Aku biasa dengar orang cakap macam tu. Tapi bagi aku awek PM biasa jer. Nak kata cun ada la jugak, tapi orang KL pun apa kurang nya. Cun, cantik, lawa..!"

Has: "Sebenarnya awek awek PM ni lebih satu jer... diorang MANIS!"

Gua: "Mungkin... yang tu aku boleh terima. Tapi manis macam mana hah?"

Has: "Tak nampak ke awek depan ko ni?!!" Ceh... Perasan lebih lak dia.

Gua: "Mana? Mana?!!!" sambil memandang kiri dan kanan... [Buat buat] Tak perasan lak ada minah PM kat depan, hehehe.
[Wings - Sejati]

21.8.03

Khamis, 21 Ogos 03 - Dah lama tak taruk citer jokes. Hari ni gua letak satu. Source::Emel Shimi...

Queen Elizabeth, Saddam Hussein and Bush died and all went to Hell.

Queen Elizabeth: "I miss England, I wanna call England and see how everybody is doing there." So she called and talked for about 5 minutes...

Then she said: "Well, devil... how much do I owe u?"

Devil: "5 million dolars..!" Five million dolars??? She made him a cheque and went to sit back on her chair...

Saddam was so jealous, he starts screaming, "Me too, me too, I wanna call the Iraq, I wanna see how everybody is doing too." He called and talked for about 2 minutes, then he said, "Well devil, how much do I owe u???"

Devil: "10 million dollars!" Ten million dollars??? He made him a cheque and went to sit back on his chair...

Bush was extremely jealous too. He starts screaming and screaming... "I wanna call US! I wanna see how everybody is doing there too, I want to talk to the army, ministers, I wanna talk to everybody." He called US and he talked for about twenty hours, he has talking ang talking and talking and talking...

Then he said: "Well devil, how much do I owe u?"

Devil: "1 dollar..!"

Only one dollar??? Bush screamed... ONLY ONE DOLLAR?????

The devil says: "Well, from hell to hell it's local call!"

Hehehe... :D

SWAT::Special Weapon And Tactic
Shima: "Nak jumpa pukul berapa kat sana nanti?"

Gua: "Tak kisahlah kul bape pun. Janji sebelom kul 9 malam, aku dah ada kat sana!"

Mai: "Kau memang selalu macam tu! Janji tak penah awal..."

Gua: "Malas nak berjanji! Yang pasti sebelum kul 9... Ok!"

Gua sampai TGV KLCC pukul 8.30 malam. Ingat nak lambat lambatkan masa sikit lagi, tapi macam mana ntah jadi awal lak, gua pun pelik. Tapi takpelah... alang alang dah sampai awal, apa kata ronda ronda dulu, usha usha awek ker... hehe! Masuk tandas, keluar tandas... tengok jam dah hampir pukul 9.00. Cepat cepat gua naik ke floor TGV. Shimi, Mai ngan Shima takde lagik? Huh, janji nak cepat... Tengok, gua jugak yang sampai awal! [Tu yang malas nak berjanji tuh!]

Wah... best giler citer SWAT nih! Tak menyesal tengok! Banyak aksi yang mendebarkan. Main kejar kejar cam polis sentri, meletup... "Tebabo" dan gaduh gaduh ala gado-gado. Heh! Gua bagi 4 bintang 1 setengah anak bulan. Tapi bila tengok SWAT ni, gua teringat kat satu filem orang kite - Gerak Khas. [Mat Jan kata Gelak Khas!] Alahai... kalau nak dibandingkan, macam basikal tua Raleigh ngan Ducati 996. Cukuplah sekadar gua cakap macam tu, nanti orang berkenaan marah pulak. Nanti dikatanya gua nak komdem filem tempatan, tapi itulah hakikatnya. Sapa tengok nanti cuba cubalah compare 2 cerita ni...

Bercakap pasal skuad khas ni, teringat gua kat satu entry forum pasal 'Polis Jahat'. Jom, jenguk balik kat sini!

20.8.03

Rabu, 20 Ogos 03 - 8.30 pagi, sepatutnya sampai kat rumah Shimi, alih alih hampir kul 9 jugak, biasala... JANJI MELAYU!

"INTEGRATED NETWORK SECURITY SEMINAR" oleh Transition Systems

Seperti biasa, kitorang mesti sampai lewat. Program start kul 9 pagi, kul 9.15 kat atas jalan lagi. Alasan, jalan jammed!!! Tapi, sebenarnya ada satu peristiwa kenapa kitorang sampai lewat...

Gua: "Cepat abang Shimi, kita dah lewat ni!" sambil berjalan laju laju menuju lif.

Shimi: "Butang LG Mie..." Shimi suruh gua tekan butang LG, tapi yang gua tengok takde pun LG. Atas G... L1, L2 dan L3 ada laa...

Gua: "Mana ada! Paling tinggi L3, yang ni kot!" gua tekan jer ler...

Tak jumpa pun Ballroom 1. Tersilap lif ni... kitorang turun balik, masuk hotel ikut pintu depan. Pastu ambik lif lain... Sebelom tu Shimi sempat tanya kat Registration Counter. Tanya Ballroom 1. Tingkat 3 mamat tu kata...

Ruang Ballroom...
Shimi: "Ballroom 1 yang mana satu?" tanya kat sorang mamat yang jaga pintu dewan.

Mamat penjaga pintu: "Ada function ker?" Gua tengok muka dia ada sikit konfius jugak... Lantas Shimi bagi salinan Exclusive Invitation dari emel...

Mamat penjaga pintu: "Err... Ini kat Hotel Eastin bang, kat belakang sana tapi tak jauh dah..!"

"Alamak!" sambil tersengih sengih. Disebabkan malu yang teramat, kitorang blah cepat cepat. Apa la yang mamat tu pikir kat kitorang agaknya?!!

Masa dalam kete, gua pandang hotel tadi. Tersergam indah satu papan tanda. Gua baca... ARMADA HOTEL. Laa hai.. macamana la kitorang tak dapat nak bezakan HOTEL EASTIN dengan HOTEL ARMADA??? Sampai skang masih konpiussss...

Seminar Berlangsung...
Sampai kat Eastin Hotel dalam pukul 10 lebih. Program tengah berlangsung... Tapi masih ada dua tiga kerat hadirin yang baru sampai. [Kami la tuh!] Lepas ambik fail ngan benda benda alah yang disediakan, gua ambik seat paling depan. [Dah itu je yang ada!] Ada masa masa tu, gua hampir tersungkur... Huh, ngantuk! Ada masa masa 'speaker' buat lawak, gua gelak! Walaupun paham satu perkataan jer. Hehehe...

Bytheway, dapatlah jugak ilmu ilmu baru pasal Network Security. Banyak benda baru diperkenalkan. Software, hardware... Tapi itu semua biasa jer. Yang luar biasa, hehehe... Tea Break Time. Kali ni berserta lunch sekali, heh!

Shimi: "Mie, lunch pun ada. Skang nak belasah jugak ker?"

Gua: "Belasah... jangan tak belasah!" sambil melantak mee goreng + kentang goreng + roti.

Perut dah kenyang. Seminar continued. Bila dah habis... beratur, hantar satu form [lengkap diisi], dapat free gift - payung + beg kertas. Sebelum blah, melantak lagi satu round. Tapi kali ni, gua tak makan nasik walaupun nasik disediakan. Gua ambik kuih muih ngan puding jer. Rugi! Tapi nak buat macam mana, perut dah sendat, heheh!

Moral::Setiap kali nak pergi seminar atau function, pastikan perut kosong, hahaha!

19.8.03

Selasa, 19 Julai 03 - Arrgghhh.... tensionnya... Internet connection kat opis slow nak mampos. Lembap cam siput! [Babi?] Siput pun tak lembap macam ni. Gua dah fed up dah. Pagi ni saja dah 50 kali log in... still tak dapat nak tulis. Blogger unfunctional... The unstability of internet connection make me sick! :(

Kejap kejap kuar 'page cannot found'. Rasa cam nak hentak PC gua jer, tapi mana bole, bukan salah PC connection! Account TmNet ada! Ingat nak pakai kat rumah. Tapi kat rumah mana ada line tepon...

Teringat satu kisah Wak Sir ngan Mahmud, sekumpulan pelawak di Kelantan satu masa dulu.

Mahmud: "Wei, aku try telepong mung bapo kali doh! Tapi tokleh. Betul ko nombor hok mung wi tu?!!"

Wak Sir: "Betul la nombor aku... Bakpo tak betul nyo?"

Mahmud: "Pah aku try banyok kali tapi tokleh pong. Guano gitu?"

Wak Sir: "Mung ingat dok dulu masa mung mintak nombor aku?"

Mahmud: "Ingat lagi! Bakponyo?"

Wak Sir: "Haa... Doh mung mintak nombor sangat, aku wi jo la nombor tu. Aku mano ado telepong!"

Mahmud: "Hok alloh laa.... Patut pong, mung ni bengong sungguh!"

Sate Kajang
Semalam lepas balik keje, gua kat rumah terkontang kanting. Tak tau nak buat apa! Tengok jam... awal lagi. Baru pukul 6.00. Belek belek nama dalam handset, carik mangsa! Yess, Pendi!

Lepas call Pendi, gua terus pegi Kajang, nak jumpa dia la. Sebenarnya gua ada plan, nak dia temankan gua. Alih alih sampai sana dah malam. Pinggang ni rasa macam berkarat nak patah. Drive dalam jamm dari KL ke Kajang. Rasa cam baru lepas *toot*! Nak tercabut kepala lutut, hehhe! Plan tak jadi. Alang alang jumpa dia kat parking bawah kedai sate [lupa nama bangunan tu!] kitorang terus melantak sate. Order 30 cucuk, Pendi 15, gua 14. 1 lagi buang, hehee... Gua dah tak larat! Memang terbukti "Makan sampai muntah muntah!" Gua tahan nak muntah sampai keluar air mata. Dahsyat tol!!!

Lepas mengumpat mengata lebih kurang, gua ikut Pendi balik rumah sewa dia. Nak kenal rumah jer. Ooo... dia dok 3 orang. Member dia dah kawin. [Macam gua jugak!] Lepak lepak dalam bilik dia. Wah, kat luar TV, VCD... dalam bilik siap ada home theatre lagi. Best... best! Boleh layan movie sorang sorang dalam bilik.

Pendi: "Aku pakai duit EPF."

Gua: "Tak rasa rugi ke buat beli benda macam ni?!"

Pendi: "Aku tak! Kenapa? Ko rasa rugi ker?"

Gua: "Kalau aku kan, baik beli komputer jer... Semua boleh jadi. VCD, DVD, radio, TV, Hi-Fi, buat keje... All in one!"

Pendi: "Ceh, mentanglah bersangkut paut ngan keje dia... Nak komputer jugak macam mana pun!"

Gua: "Tapi kan, ok gak Ndi. Dalam bilik ada set Home Theatre... Ngam ngam depan tilam. Sambil baring tengok TV. Syok kan...!"

Pendi: "Ah ye! Mula mula tengok TV, lepas tu TV tengok kite..."

Hahaha...

18.8.03

Isnin, 18 Julai - 5 hari abang gua pakai kete gua. Selama 5 harilah gua rindu... kat 'bini muda' gua tu. 'Bini tua'? Ada tersadai kat rumah, seminggu sekali pakai. Itupun untuk 'warm up'. Lagipun dah tua sangat, biarlah dia rehat! Kerana rindu sangatlah gua sanggup tunggu abang gua sampai KL walaupun hingga 2 pagi tadi. [Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda] Eh, macam mana pulak pegi dengar lagu raya nih?!!

Gua: "Hello... kat mana skang? Bila sampai ni?"

Abang Dien: "Hek ellee... tak sempat sampai rumah! Tak sabar sabar!"

Gua: "Sampai rumah je terus msg orang ekk! Nak ambik malam ni jugak..."

Tepat 2 pagi diorang sampai. Lepas dapat call, gua zupp!!! Hehehe... Sampai ondespot. Tension abang gua... Hahaha!

Bosan
Sabtu dan Ahad semalam merupakan hari yang paling membosankan. Inilah hari minggu gua yang paling lapang. Sebelum ni boleh dikatakan setiap hari minggu terisi dengan aktiviti berfaedah dan tidak berfaedah... Semalam? Langsung blank! Tak kemana pun... Duduk kat rumah dok buat peta Dunia Ke-3 (baca: membuta!) [Kalaulah keluar tengok wayang ngan Trailer... Terisi masa...] Disebabkan khusyuk sangat dok buat peta... sampai terlupa nak makan. Sedar sedar dah lewat malam. Mata jadi cerah, perut lapar. So tak boleh tidur pasal perut asyik dok main 'lagu keroncong' . Last last gua tak dapat tidur sampai ke pagi. Pagi tadi mandi awal... datang opis pun awal. Gara gara 'imsomnia'...

Skang mata pedih, berpinar... kepala pening... Badan lemah lemah...

Moral:Kalau sampai opis awal, pekena roti kosong ngan teh tarik satu supaya masa keje nanti tak lapar, hehehe! ;p

16.8.03

Sabtu, 16 Ogos 03 - Aisehmmenn... apa hal pagi pagi buta gua boleh sedar daripada tidur ni? Jam dah menunjukkan 3 pagi. Nak tidur balik dah tak boleh, mata jadi cerah. Mungkin pasal gua tidur awal tadi, seawal 8 malam! Kalau tak boleh tidur balik susahlah, gua nak kena bangun pukul 7 pagi, nak pegi keje lagi. Kalau tak tidur skang nanti pagi pagi kat opis mesti ngantuk giler.

Gua bangun, on PC then tulis entry ni. Macam mana sekalipun nak kena sentuh jugak PC ni. Kenapa ye? Sejak gua mula menulis blog ni, boleh dikatakan hari hari mesti nak menghadap PC jer [Mat jan, ko mesti pernah rasa keadaan macam ni kan?!!] Kena pulak suasana sebelah malam, masa yang sesuai untuk tulis entry. Pasalnya, masa ni lah idea datang mencurah curah. Biasanya kalau gua dapat idea, gua tak terus tulis. Simpan dulu... bila masuk opis baru tulis. Tapi selalunya jugak bila dah masuk opis, masa tu la idea hilang, kepala terus blank! Siyol...

Mungkin pasal tu lah kebanyakan penulis selalu bawa buku catitan [atau catatan?] dan pen bila ke mana mana. [Ye ke???, Ahh... itu pendapatku!] Bila idea datang, terus catit/catat... Bila idea tengah fresh, gaya penulisan dan olahan ayat mesti jadi best! Kalau masa nak start tulis baru nak pikirkan apa yang patut ditulis, gua percaya hasilnya tentu kurang menarik. Betul tak? ;p

Nak pingat?!!
Paper semalam, tajuk utama - Malik Mydin dianugerahkan Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang kerana berjaya berenang merentasi Selat Inggeris.

Idea Shimi: "Aku nak buat jugak lah. Kat Sungai Gombak... bukan berenang, tapi panjat tembok sungai dari dalam ke atas. Tentu dapat pingat, hehehe!"

Idea Abg Sham: "Ok, abang berenang melawan arus dalam Sungai Gombak..."

Gua: "Saya berenang dalam Sungai Kelang..."

Shimi: "Lepas tu kita jumpa kat Masjid Jamek!"

Hahaha!

Dapat pingat apa agaknya?

15.8.03

Jumaat, 15 Ogos 03 - Pagi pagi lagi gua dah bukak blogger. Nak edit layout. Ye lah... tengah bersemangat! Pasal? Hohoho... Gua dah 'try & error' kat blog gua, dan hasilnya, tengok sendiri la... Itu baru sikit! Banyak lagi nak ubah, tapi makan masa... pelan pelan, jangan gopoh gapah... kang rosak semua sapa susah? Guaaaaa jugak! [Exists - Kapal Terbang Kertas]

Pian
Semalam gua jumpa Pian. Dah lama tak jumpa dia. Dia datang KL jap, nak hantar report praktikal katanya. Dulu masa study, dia adalah housemate merangkap roommate gua. Kaki game, tak kire PS2, PC, video game dan sebagainya. Pendek kata, HANTU GAME! Hahha...

"Aku dah ada kat KL, petang ni ada kat rumah sewa. Skang ni aku nak gi UTM, bayar yuran..." Pian sms gua.

"Canteek, nanti bolehla kuar jap makan makan, dah lama tak jumpa ko!" reply gua.

Masa Maghrib gua dok layan Dragon Ball GT, cd copy nyer... Tiba tiba dapat msg dari Pian...

"Nak kuar ker? Hujan ni... (Sehari tak makan nasik lagi nih!)"

"Lepas Isyak aku amik ko. Hujan? Hehhe, no problem...!"

Kitorang makan makan kat Sate R&K, Setiawangsa. Pekena sate kat situ. Banyak perkara yang diborakkan. Pasal praktikalnya, PCnya, abangnya, PS2nya, macam macam lah. Pasal gua? Tak sentuh pun! "Hampeh ko Pian... Langsung tak nak tau pasal aku!!!"

Peminta Sedekah
Gua sampai masjid lewat tadi. Untuk solat Jumaat. Masa sampai kat pintu pagar belakang masjid, gua nampak ada sorang orang tua, pakai kemas siap berkopiah lagi. Duduk bersandar kat tepi pintu pagar tu lah. Apa yang peliknya? Ye laa... dia ok jer gua tengok. Pakai kemas, cam standby untuk sama sama solat jap lagi... tapi kenapa mintak sedekah?!! Selalunya gua nampak orang yang mintak sedekah ni daif, dengan pakaian yang comotnya, tak terurus... Tapi pak cik tu bersih, elok jer! Nak tanya takut orang pandang! Heh, buat bodoo je la...

"Ok gak kalau aku buat part time minta sedekah... Siap pakai tie ker... kemeja, slack... agak agak masyuk lebih kot!!!" bisik hati gua...

Selalu sangat kalau masa lepak lepak kat restoran mamak [selalunya yang open table], mesti ada orang yang datang minta sedekah. Selalunya 2 orang. Sorang buta bawak tongkat, sorang lagi tolong pimpin si buta tu. Datang ke meja meja orang sambil buat muka sedey... Kalau yang baik sikit ada la bagi sticker atau kalendar sebagai balasan. Kalau yang tak baik, dapat duit terus blah, huh! Tak ucap TQ pun.

Pernah sekali masa gua lepak ngan member member kat satu restoran. Datanglah 2 orang ni... Yang butanya mak cik... Yang pimpin si buta tu.. Huyyoo... cunnn! Anak dia ker? Member gua tak sabar tunggu mak cik tu sampai kat meja kitorang.

"Nanti kalau mak cik datang kat aku, aku nak bagi lebih sikit. RM30 boleh?" hehehe.

"Nasib baik anak dia cun, kalau tidak jangan harap lah aku nak kasi...!" Betul ke anak dia?!!!
[Damasutra - Seribu Bayangan]

14.8.03

Khamis, 14 Ogos 03 - Kalau nak diikutkan hati, memang gua nak ubah sesangat layout blog ni... Tapi gua tak tau macam mana nak buat. Memang dah ada yang gua ubah sikit sikit, tapi itu hanya pada font ngan size asal jer... Yang lain, gua dah blank. Gua selalu tertanya tanya macam mana mereka yang ada weblog boleh ubah layout diorang sampaikan siap ada gambar best best... Gua langsung tak bole pikir dah.

Buat masa skang, gua dah ada idea untuk taruk gambar dalam blog ni, cuma belum praktikkan lagi. Tak tau la boleh jadi ke tak! Cuma skang gua nak tau satu jer, macam mana gua nak ubah saiz font dalam chatterbox tu? Kalau tak silap gualaa, chatterbox tu pakai script dan takde tempat untuk ubah jenis font ngan saiz tu. Sesapa yang ada idea please ajar gua. Gua dah buntu dok pikirkan pasal tu!!!

13.8.03

Rabu, 13 Ogos 03 - Selama hampir 4 tahun gua tak pernah naik kete kancil abang gua. Tapi, hari ni, untuk datang keje, gua kena naik kancil dia. Kete gua? Abang gua ambik, bawak balik kampung, ceh! Dulu sebelum gua ada kete, memasing susah nak bagi pinjam... Skang bila gua ada kete, memasing pulak datang offerkan kete... Jauh di sudut hati, gua sedih dan kecewa. Gua ingatkan dulu masa abang abang gua ada kete, dapatlah gua belajar drive pakai kete diorang... Tapi sorang pun tak bagi. Tak yakin ngan gua. Last last gua buat keputusan untuk belajar kat sekolah memandu. Daripada situ gua baru pandai bawak kete, dan sekarang... Bila dah ada kete sendiri, baru diorang nak bagi pinjam. Pinjam ada makna tu... Bukan pinjam sesaja.

Gua rasa tak adil! Kenapa, sekarang baru yakin ngan gua ker? [Hazami - Sonata Musim Salju]

Rumah Li Selasih...
Semalam selepas hantar kete gua rumah abang gua kat Gombak, gua terus pegi rumah Li Selasih. Dia nak pinjam slip gaji gua, nak tiru katanya! [Naik kancil beb, wahahaha!] Sampai kat rumah dia lebih kurang pukul 11 lebih la jugak. Sambil baring baring atas katil dia, gua borak borak lebih kurang gitu. Tak sampai setengah jam, gua tangkap lentok. Tak ingat dunia dah! Heh! Yang gua ingat...

"Li, Brutal balik bila? Dia datang sini terus ker?"

"Yup, jap lagi sampai la tu... Dia datang lepak sini dulu! Bla bla bla..."

Kroohhh! Hehehehe... Gua sudah tidur satu kali... Sayup sayup kedengaran suara sumbang...

"Hah tengok tu... Datang sini untuk tidur jer. Lepas ni, bangun terus balik ni... Selalu macam ni!"

Berapa kali gua sedar tidur sedar tidur... Gua perasan Najib Brutal dah ada pun kat rumah Selasih. Bila sampai? Entahlah, gua kan tidur... Manala tau! Gua bangun tengok jam, alamak... Dah hampir kul 2 pagi. Gila! Esok keje beb... Kena balik rumah ni... Sambil pejam mata, gua bangun tegakkan badan jap, nak betulkan urat, sekali dengar balik suara sumbang kat belakang..

"Imie tengah bertafakur tu, jangan kacau!" Hahaha.

Masa nak keluar dari rumah Selasih, sempat jugak gua ucapkan tahniah kat Brutal. Ye la, orang baru grad. Heh!

Gua: "Tahniah Jib, ko skang dah 'bertauliah'."

Najib: "Tauliah? Hahaha!"

Selasih: "Haaa... kan aku dah cakap, bangun tidur jer terus balik!!!"

12.8.03

Pengalaman mengajar ku
Jangan mudah meluahkan isi hati ku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka.

Yang idamkan musnah
Yang ku genggam terpisah

Aku pernah jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan ku bertemankan pilu
Haruskah cinta
Oh kejam padaku..

Kini mula
Ku terasakan
Degupan hati ku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu
Mengharapkan kan menghilangkan kegelapan dihidupku

Kau seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya..

Aku pernah jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Kku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarku lupa kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru..

Kasih yang lama pengajaranku
Agar bahagia hidup bersamamu..

Bila gua hayati lirik lagu Ferhad ni, rasa macam kena pulak ngan diri gua. Kira lagu ni ada sentimental value lah untuk gua. So, gua rasa ok jugak kalau taruk kat sini... Boleh mengembalikan nostalgia lama semula. Huh! Jiwang karat jugak gua rupanya, haha! ;p [Ferhad - Pernah]

9.8.03

Sabtu, 9 Ogos 03 - Gua dapat sms dari Liza.

"Mie, Liza sedih sangat nie, nak balik KL sekarang jugak hari ni. Mie..."

Aiseh, kenapa lak sedih sedih nih? Gua tak boleh lah kalau tahu Liza sedih, mesti nak call dia terus!

"Hello, napa Liza? Kenapa sedih sedih ni? Liza nangis ekk?!!" ambik berat beb, heh!

"Liza tak tahan dah ngan mak kakak ipar Liza tuh. Dia dah melampau sangat dah hari ni. Liza macam dah malas nak duduk sini, Mie. Liza tengah berkemas nak balik KL ni!" Liza cakap dengan nada sedih... Nangis la tuu....

"Sapa ambik? Nak Mie ambik Liza ker?" gua offer servis ni... Hehehe!

"Tak payahlah Mie. Abang ipar Liza nak datang ambik jap lagi..."

Gua tau Liza sebenarnya nak gua ambik, tapi tak nak dikatakan menyusahkan gua. Itu yang suruh abang ipar dia yang datang ambikkan. Gua tak kisah lah. Bila Liza sedih, dia call gua. Menunjukkan dia ada perhatian kat gua. Tapi ego dia tinggi. Dia tak nak tunjukkan yang dia suka perhatian dari gua. Gua berani cakap macam ni pasal dia penah mengaku dia minat kat gua. Tapi pasal takut kena tipu ngan lelaki [kononnya!] so dia tak berani nak cakap terus terang.

"Ok, jangan nangis lagi. Buat buat tak tau jer. Dia kan orang tua, biasalah tu, emosional skit! Apa apa hal, senyum sikit!" pujuk jangan tak pujuk.

"Heee....!" hah, senyum pun!
[Linkin Park - Don't Stay]

8.8.03

Hijjaz - Malam

Heningnya suasana maya
Ketenangan malam mendamaikan jiwa
Bukti kebesarannya Yang Esa
Yang Maha Kuasa

Malam yang menggantikan siang
Menepati waktunya
Malam membawa kegelapan
Selimuti alam semesta

Bersyukur atas rahmat Nya
Pencipta segala, ya Allah
Penentu segala

Malam bagaikan ada tersimpan
Sejuta rahsia
Malam dihiasi bintang-bintang
Keindahan tiada taranya

Dia satu-satunya
Penggerak segala
Pentadbir alam semesta
Segala yang ada adalah milik nya
Tuhan Yang Maha Esa

Di malam yang sepi
Yang menyentuh hati
Kurasa terharu menginsafi diri

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Kupanjatkan doa kepada Ilahi

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Kulafazkan syukur kepada Ilahi

Di malam yang sepi
Kupasrah kepada Ilahi


"...cuba cubalah hayati keindahan malam. Masih banyak rahsia yang belum terungkap..."

7.8.03

Khamis, 7 Julai 03 - Hari ni gua masuk opis lewat. Lepas lunch baru masuk. Awal pagi tadi gua kena hadir satu seminar kat hotel Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail. Nortel Networks nak perkenalkan product baru. Gi sana ngan shimi. Sepatutnya register nama pukul 9 pagi, tapi kitorang sampai 9.30. Majlis tengah berlangsung. Lepas bagi Business Card untuk registration, gua terus masuk dalam ambik seat. Dari pukul 9.30 pagi sampai 12 tengah hari dok dengar diorang bercakap, sepatah haram pun gua tak paham!!! Hehehe... diorang speaking laju sangat, mana gua nak paham! Sesekali gua tersengguk, hampir padam... Nasib baik Shimi cuit gua, kalau tak, maunya boleh berdengkur dalam tu, hehhe!

Yang tu semua tak best. Part yang ditunggu tunggu satu jer, tea break time. Dapat makan kuih muih best! Masa tu gua lantak habis habisan pasal dah tau takde makan makan masa lunch time nanti.

"Makan Mie, jangan tak makan. Rugi kalau tak makan ni, kuih mahal ni!"

"Hehehe... Mestiiii......!!!!!!!!"

Gua kan hantu makan!
[Hypocrisy - Apocalypse]

Call Kampung
Gua call rumah gua kat kampung. Nak tau perkembangan akak gua. Adik gua yang jawab. Katanya, operation belum selesai. Masuk bilik bedah dari pukul 9.30 pagi tadi lagi sampai skang belum siap. Mak gua yag tunggu kat hospital. Aiseh, gua berdebar gak ni! Memang sakit tu belum sampai peringkat kritikal lagi, insyaAllah boleh sembuh kot! Cuma bimbang mana la tau kalau kalau dibuatnya doktor tu terlupa... tertinggal jarum atau gunting dalam perut, haru!!!

Sure masuk paper nyer!

Kena Saman...
Seperti biasa masa balik keje, gua driving. Biasanya masa nak masuk jalan besar baru gua pakai seat belt. Tapi hari ni, tak sempat nak masuk jalan besar, jalan kecik dah buat hal. Sekali ada road block daaa... Gua tak sempat nak bertindak... Gua tau gua tak pakai safety belt tu, tapi blom apa apa dah dekat ngan puak puak polis tu, so nak tak nak buat bodoo jer laa... Ingatkan boleh lepas..

"Tepi... tepi!!!" kata salah sorang En. Polis...

Gua parking tepi. Malas nak keluar dari kete. Lantaklah polis tu nak buat apa. Setakat kena kompaun brape la sangat. Lagipun gua kan ada ayah angkat kat Bukit Aman. Mintak tolong dia la nanti, heheh!!!

"Nah, sign sini! Lain kali pakai belt tu. Nampak sangat macam awak tak hormat polis!" Ceh, dalam masa hulur slip saman tu, sempat dia perli perli gua.

"Hehehe!" Kat luar nampak gua gelak. Dalam hati, "Hu hu hu! Terbang duit gua!" [Sepultura - Ninguem Regula a America]

6.8.03

Rabu, 6 Julai 03 - Lunch time, gua pegi JPN ngan Shimi pasal nak buat IC baru - MyKad. Hohoho... Sebulan akan datang, gua akan ada IC kaler punya... Gambar muka gua pun ada kaler gak. Tak macam yang lama punya, muka Bad Boys, hahahah! Kerajaan ni ada masa masa dia bagus gak, macam buat IC baru nih... Kire idea boleh tahan lah, tapi... yang tak tahan nya diorang nyer pekerja. Adoii.... lembap nyer...! Selama gua kat JPN Taman Maluri nih, sempat gak gua peratikan cara cara diorang bekerja. Patutlah orang cakap kerja kerajaan rileks! Memang rileks pun. Contohnya, pelanggan tengah ramai. Ada satu kaunter yang buka, panggil no pelanggan tapi pelanggan berkenaan takde... pastu dia siap bole sembang sembang, jalan sini jalan sana. Macam tak tahu pemegang no bilangan berkenaan takde. Dah lama lah jugak, baru nak panggil no lain. Tak boleh ker kalau lepas 30 saat, terus panggil no lain. Itu yang buat ramai tertunggu tunggu tu.

Bila no gua dipanggil, gua cepat cepat pegi kat kaunter, tak nak bagi diorang tertunggu tunggu. Tengok, gua ada pikir pasal diorang, tapi ada tak diorang pikir pasal orang macam gua ni?!!

"Kalau ada lesen bagi sekalilah".

"Err... passport boleh gak ker?" gua tanya akak tu.

"Boleh, ada bawak ker?"

"Tak. Tapi kalau lepas lepas ni nak tambah boleh kan?"

Dia angguk jer. Lepas siap berurusan ngan akak tadi, gua terus ambik gambar on spot untuk taruk kat IC nanti. Wah, tengok semua orang pakai coat. Gua teringin nak pakai gak. Bila turn gua...

"Eh bang, tak payah pakai coat ker?!!"

"Tak payah lah, baju awak dah hitam..."

Alaaa.... melepas gua nak bergambar pakai coat! [Nightwish - Two For Tragedy]

Kakakku...
Masa ondeway balik opis, mak gua call. Nak pergi hospital katanya. Cara percakapannya macam gelisah tak menentu. Gua pulak yang rasa tak sedap hati...

"Mak nak cepat ni, nak pegi hospital lak!"

"Kenapa? Nak buat apa kat hospital?"

"Kakak [sulung] masuk hospital. Kena barah rahim. Esok nak operate!"

"Hah??? Betul ker? Bila? Macam mana boleh kena? Bila masuk? Dah berapa lama dah? Macam mana boleh tau ada benda tu?!!"

Bertubi tubi soalan gua keluar. Mak gua tak sempat nak terangkan habis. Nak cepat sangattt... Takpelah, gua letak telefon. Dah sampai opis pun. Sambil berjalan kaki menuju ke opis, macam macam perkara mula terlintas kat kepala hotak gua. Macam mana akak gua rasa? Nak kena bedah, sakit ker? Boleh beranak lagi ker lepas ni? Boleh mati ker? Macam macam lah. Buat hati rasa tak senang. Tapi satu je gua harapkan, semoga pembedahan esok berjalan lancar. Yang pasti, gua tak nak kehilangan kakak tersayang!
[Nightwish - Wishmaster]

5.8.03

Selasa, 5 Julai 03 - Pertama kali dalam hidup gua setelah hampir lima tahun dok KL, berjaya menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam. Bwahahahaha!!! Gelak untuk diri sendiri. Teruk benar gua ni, tak pernah datang UiTM. Anyway, gua puji jugak kampus ni pasal besar dan luas. Gua pegi ngan Hashimi. Sebenarnya dia yang ada hal kat sini. Gua sesaja follow jer, pasal dok opis pun bukannya ada keje pun! Kire ok jugak lah UiTM ni, kawasan berbukit dan banyak pokok. Tapi... panas! Hashimi nak jumpa orang yang nak bagi projek AV kat kompeni kitorang. Daripada takde projek langsung, baik ambik gak yang kecik kecik, betul tak?!!

Sepanjang jalan jalan kat dalam tu, sempat gak dok peratikan student student kat situ. Hehhe... macam gua dulu jugak, jadi mat nderk! Tapi gua lain skit lah, mat nderk yang brutal... Tak caya tanya Tasya. Kan Tasya kan? Heee... Tetiba gua teringat entry Mat Jan, dia ada mention pasal 'permandangan yang indah indah' kat Fakulti Mass Comm. Hehe... gua try usha jugak. Aah, memang betul lah, 'bangunan' kat sana 'tinggi tinggi' lah....! Yang best masa tengah follow En. Rafi [person incharge in AV Project], berjalan kaki ke tempat keretanya, gua berselisih ngan 2 orang minah UiTM, dan gua terdengar salah seorang daripadanya berkata,

"Wau!" sambil menjeling panjang.

Gua buat derk jer. Hehe! Nanti orang cakap gua perasan lak! Lepas bincang lebih kurang, kitorang terus ker Putrajaya, pergi ke tempat tapak projek. Kena jumpa ngan En. Ridwan. Lama gak tunggu mamat tu. Lambat sangat... gua ambik peluang tangkap gambar permandangan area Putrajaya. Baru jer nak posing untuk diri sendiri, sekali bateri habis daaa.... Memang dengki kamera tu!!! Hampeh! [Nightwish - Slaying The Dreamer]

Puyu Alkisah...
Lebih kurang dalam pukul 11 malam, Pendi ngan Puyu datang rumah. Mula mula heran gak sapa la yang dok ketuk pintu rumah gua. Bukannya reti nak panggil... Nasib baik gua ni berani, hehe... Terus jer bukak pintu.

Gua: "Aik, lewat malam macam ni datang rumah aku, apa hal? Ko tak keje ke besok?!!"

Pendi: "Cuti. Aku pegi rumah Puyu tadi, sekali dia ajak datang sini. Datang je laa..."

Banyak perkara diborakkan malam ni. Kebanyakannya pasal masalah yang dihadapi Puyu. Dia keje kat kedai gambar. Dulu gaji ok katanya, tapi lepas tukar boss, boss dia dah tak bagi buat overtime, so tiap tiap bulan makan gaji basic, tak cukup untuk menyara hidup hari hari. Kalau dulu siap bole simpan, hantar kampung... skang untuk makan diri sendiri langsung takde. Duduk kat Subang lak tu, taraf hidup tinggi. Dah la semalam kena pau kat polis masa kat road block... pasal bawak CD 'terlampau'. Hahahaha... tu laa... Lain kali bawak lagi, kan dah nyesal...! Terbang RM100.

Tapi bila gua dengar ceritanya, memang sedih. Ikutkan hati nak tolong dia, bak kata peribahasa... Hajat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. Gua nak tolong sangat, tapi gua sendiri pun terkontang kanting... Pendi pun sama... Masing masing bukannya gaji besar sangat. 3 kali gaji diorang sama ngan sekali gaji gua. Tapi gua baru angkat kereta, so tak mampu nak tolong support Puyu. Last last dia ambik keputusan untuk balik kampung. Emm... ok gak tu. Balik kampung tak banyak tanggungan sangat. Kumpul duit dulu, nanti datang KL carik keje lain lak.

Dalam ramai ramai member kamcing gua, Puyu antara 'ranking' terbawah. Tapi gua paling respek dia pasal dia bagus dalam bab kerja [rajin] dan ada vision [Invest dalam insurans nyawa tuuu...!!!]. Gua memang plan nak invest jugak, tapi masa tak mengizinkan lagi. InsyaAllah, ada masa nanti gua nak melabur dalam ASB. Yakin boleh! Malaysia Boleh!
[Nightwish - The Kinslayer]
Selasa, 5 Julai 03 - Terlalu awal gua sampai opis hari ni. Mungkin pasal highway tak jammed kot! Anyway, syukur... dapat sampai awal. Gua tengok jam baru pukul 8.20 pagi.

"Aiseh, awal giler ni! Takpelah, layan lentok dulu lah, hehe!"

Sekali terbabas... Sedar sedar dah pukul 9.15 pagi. Alamak, lewat 15 minit!!! Keluar dari kete terus masuk opis. Nasib baik dua dua boss takde. Selamattt...!

Ery Balik Kampung
Ahad, malam - Gua hantar Ery balik kampung. Pendi ada sekali temankan kitorang ke Hentian Putra. Gua tak masuk dalam, pasal susah nak parking. Park kat tepi jalan, Ery blah dan kitorang pun blahhh! Oh ya, tadi jumpa Rudy jap. Dia ajak kitorang datang rumah dia kat Gombak. Gua pun dah lama tak jumpa dia. Oklah, disebabkan takde program untuk malam ni, gua setuju. Rudy tunggu kat rumah Fakhrul, kat Kampung Baru. Gua ngan Pendi sampai awal kat sana, si Rudy takde lagi. Lepak lepak dalam kete dululah...

Rudy sampai... Gua follow dia dari belakang. Jauh gak rumah Rudy. Nak kena masuk banyak lorong baru jumpa. Macam ni gua pun bole sesat, huh! Tinggal dua orang jer? Banyak duit bayar sewa rumah...? Lepak lebih kurang sambil layan telemovie Hancur... [Memang hancur! - Cerita pasal pembikinan filem Jamban 606.] Hahaha!

Hampir 1 pagi. Perutku berkumandang muzik dengan nyanyian suara ala ala serak serak parau, hehhe! Memang patut pun, dari petang tak makan nasik lagi.

Pendi: "Jom kite gi makan dulu, lapau dah ni!"

Gua: "Jom, aku pun lapar gak. Eh, kita dah makan ke belom tadi hah?"

Rudy: "Ok, aku pun nak kuar gak. Kat mana?"

Gua: "Restoran Haji Tapah, dekat Ong Tai Kim, Gombak Setia! Tapi aku terus blah ler lepas makan."

Rudy: "Ok, korang pegi dulu. Nanti aku sampai."

Lepas pekena roti nan sama milo ais, gua terus blah. Tak boleh lambat pasal Naswan ada kat depan rumah. Takleh masuk katanya, takde kunci. Kesian, terpaksa tunggu gua balik dulu. Malam tu Pendi tidur rumah gua. Dia pun takleh balik gak, lampu motor dia padam, terpaksa tunggu siang hari. Lagi kesiannn.... Hahaha!!!
[Nightwish - Bless The Child]

2.8.03

Sabtu, 2 Ogos 03 - Hari ni janji ngan Liza nak dating. Gua nak kena ambik dia. Kat mana? Kelang tuu... Gua dahlah tak biasa ngan Kelang. Tapi takpe, pasal gua dah pergi survey tempat sana, so gua rasa tak susah sangat nak carik rumah dia. Balik dari keje gua terus ke Kelang. Tak balik rumah dulu, malaslah! Takut tak sempat, heh! Walaupun masa tu hujan lebat tak ingat, gua sanggup redah gak. [Ngan kete bolehlah...] Tapi kat area Kelang tak hujan pun! Pelik! Ni mesti nak uji gua je kot!!!

Seperti biasa, tempat yang selalu dituju semestinya KLCC. Arrgghh... KLCC lagi! Takde tempat lain lagi ker? Sebenarnya Liza ajak gua tengok wayang. Padahal 2 hari lepas gua dah tengok wayang - T3, hari ni tengok lagi. Kopak gua!!! Oklah, pasal first time tengok wayang ngan Liza, gua belanja. Dia nak tengok Janji Diana. Disebabkan gua tak suka tengok cite Melayu, gua tukarlah ekk... Janji Diana jadi Diana's Promise. Boleh?!! So, Liza tengok Janji Diana, gua tengok Diana's Promise, hehehe!!

Liza layan cite tu sampai tak ingat gua kat tepi. Gua lak buat apa? Main sms, heee! Pandang skrin pun masa perasan ramai penonton gelak gelak, pastu masa ada adengan yang melibatkan superbike, huh! Yang lain, smsssssssss! Ada satu adengan masa Diana ngan Haikal tengah date kat Putrajaya, buat gua tersenyum sendirian...

Diana: "So, mana kita nak pegi ni?"

Haikal: "Jom, Putrajaya!"

Diana: "Alaa... Asyik Putrajaya jer... Boring laa..." cenggitula skrip diorang lebih kurang. Macam terkena kat gua lak, "asyik KLCC....jer!!!" Hehehe!

Yang bestnya, masa diorang dating depan Masjid Putrajaya, adengan di mana azan berkumandang menyuruh Haikal pergi sembahyang... sekali ada awek kat sebelah kanan cuit bahu gua...

"Awak bila lagi? Dah nak masuk Asar dah ni?" Aiseh... Kena warning laa...

Pelan pelan gua turunkan badan gua kat kerusi panggung tu buat buat pandang sebelah kiri. Malu weih! ;p

[Nightwish - 10th Man Down]

1.8.03

Jumaat, 1 Ogos 03 - Hari ni gua solat Jumaat kat Masjid Bandar Tun Razak. Planningnya nak makan mee sup dulu, tu yang pegi awal skit. Sekali bila sampai kat sana, takde satu pun gerai yang jual mee mahupun air, buah buahan... Tensen laa..! Baru planning baaaiikkk punya, terus tak jadi. Kelihatan kelibat pegawai penguatkuasa DBKL tengah melepak. Ooo... Ini mesti nak buat rush ni...! Takpela, takde rezeki.

Masa nak masuk ke dalam masjid, gua nampak permaidani merah dihampar dari pintu masuk sampai depan mimbar. "Ini mesti ada orang orang besar nak datang nih!" Bisik hati gua...

Memang tepat jangkaan gua tadi, rupa rupanya Agung kita datang untuk sama sama solat Jumaat. Patut pun semua gerai makan kat luar pagar masjid takde. Kesian gak kat tuan tuan gerai... hari ni takde peluang bisnes. Takpe... minggu depan ada lagi! [Darkwell - Armageddon]

PC Naswan...
Tengah best layan baca paper kat umah, tetiba pintu rumah gua kena ketuk. Aiseh... gua dah lah tinggal sorang. Sapa pulak yang datang nih??? Gua beranikan diri buka pintu walaupun hati berdebar jugak!

"Laa.... ko ke Wan? Aku ingatkan sapa tadi! Tak bagi hint langsung nak datang..."

"Hehehe... Aku dah bagitau kat Zam, dia takde bagitau ko ker?"

"Tak! Zam ngan Syana baru jer bertolak balik kampung. Nasib baik ko datang, takdelah aku tidur sorang malam ni, hahaha!!!"

Gua bukan takut tinggal sorang lah! Apa? Ingat gua pengecut ker? Gua cuma boring kalau takde orang kat rumah, tu jer... Setakat dok sorang apa lah sangat... [Elleh!] Wan baru sampai dari Kuala Lipis ngan motornya. Gua borak borak ngan dia jap lepas tu layan Dragon Ball GT - cd burn punyer! Sambil sambil layan, Wan ada bagitau yang PC dia tu nak dibawa balik ke Kuala Lipis. Kalau tak besok, minggu depan. Boring katanya dok kat rumah sana tanpa PC. Alamak, mana bole jadi macam ni. Zam belum repair PC dia lagi. Kalau Wan amik PC dia, nanti gua nak tengok Dragon Ball macam mana? Walau bagai mana pun, Wan sebenarnya dah cukup lama tinggalkan PC dia kat rumah gua. Itu pun kira dah bernasib baik. "Err... Wan, kalau nak ambik pun tunggulah Zam repair PC dia dulu. Kalau tak susah aku nak main game, layan movie!" Huh! [Therion - Children Of The Damned]

Gi Kelang...
Lebih kurang pukul 9 malam, gua sampai kat Apartment Lestari kat Bandar Sri Permaisuri. Datang rumah Shimi. Naswan temankan sekali. Lepas bagitau kat pak guard, gua terus meluru ke Blok A Apartment Lestari, tunggu kat bawah dan call Shimi. Malas nak naik atas, leceh. Dalam telefon, kedengaran sayup sayup suara orang kat belakang... "Oi.. tengah makan la... Tunggu lah kejap!" Hehehe... milik siapakah suara sumbang ini???

Lepas beberapa minit, Shimi turun. Lepas tu kitorang terus menuju ke Kelang mengikut Federal Highway. Err... ni first time gua drive kete gua pegi jauh jauh. Sebelum ni dok main dalam area KL jer... Heh! Dah masuk area Kelang, tapi destinasi sebenar tak jumpa jumpa jugak. Bukit Badak - Takde satu papan tanda yang menunjukkan kawasan Bukit Badak. Pusing punya pusing... tak jumpa jumpa jugak! Last last tanya budak tepi jalan. Laaaa.... kitorang kat dalam area Bukit Badak dah sebenarnya. Ceh! Ok, skang dah jumpa, tapi rumahnya belum lagi... [Rumah sapa ni?] Gua try call tapi tak jawab. Dah tidur kot?!! Takpelah... Besok gua datang balik. Yang pasti gua dah tau jalan untuk ke sana. So, there's no problem at all, right?

Susah gak nak tidur malam ni. Tak sabar sabar nak tunggu hari esok, hehehe! Kenapa ye?!!