<<BACK | GESBUK?

31.7.03

Khamis, 31 Julai 03 - Semua orang ada keinginan. Semua orang ada kemahuan. Semua orang pasang cita cita dan semua orang juga penuh dengan kehendak. Namun tak semua yang dicita akan tercapai. Itulah yang berlaku pada diri gua. Hingga ke hari ini, banyak benda yang gua impikan belum dapat dicapai. Gua sedar ada sesetengah perkara memang tidak sesuai atau tidak layak untuk gua. Tapi kerana keinginan yang membuak dan nafsu di kepala, bukan di hati terlalu besar melangkaui batasan, gua terus pendamkan impian gua sehingga gua pasti satu hari nanti gua dapat apa yang gua nak! Janji, sabar dan yakin, heh! [Dimmu Borgir - Reptile]

Semasa gua masih belajar... Di kala gua lepak lepak ngan member member kat restoran mamak, topik perbincangan mesti berkait dengan 'kalau'. Sebut saja KALAU mesti kena gelak! Hahaha... Kenapa? Sebab bila bercakap disertakan dengan 'kalau' saling tak tumpah macam angan angan Mat Jenin. Semuanya kalau, tapi habuk pun tarak!!! Kerana 'kalau'lah Mat Jenin meninggal...

"KALAUlah aku kaya... ada banyak duit melimpah ruah... semua student UTM aku nak bagi superbike sorang sebijik! Pak guard sekalilah... Asyik dok naik motor kapchai tuuu.. jer!" Ini macam ayat Li Selasih jer...

"KALAUlah aku kaya... setakat nak pegi pasar tu aku pakai S Class jer, dating pakai Lambo... Wahwahwah [gelak jahat...!]" Ni Joe ker Syazili...?

"KALAUlah aku kaya dan hensem... Setakat Siti Nurhaliza tu, pandang sebelah mata jer!" Sapa yang cakap ni...? Hehhe...

"KALAUlah aku anak Dato'... makan mana mana ngan member aku support. Siap pakai kredit card ayah lagi..."

"KALAUlah aku terer... semua paper aku ambik, confirm A semualah!!"

"KALAUlah... aku ada awek cun, lawa..."

Iklan::"Saya tak perasan dia di kolej, lawa! Tapi..." seterusnya sambung sendirik, huh!

Macam macam boleh dilakukan bila setiap agenda tersendiri disertakan 'kalau'. Gua tak pasti sama ada member gua yang sama sama gua dulu dah berjaya atau tidak. Dengar cerita ramai yang sambung belajar, ada amik degree, ada gi oversea. Kena tendang pun ada! [Sapa yang tahu tu tahulah] Dah keje pun ramai gak. Yang pastinya, Li Selasih - salah seorang member rapat hingga hari ini menampakkan sedikit kejayaan setelah berjaya menubuhkan syarikat sendiri bertitle Sdn Bhd. Syabas Li! Kalau dulu pun dialah yang lantang bercakap kalau. Tapi itu semua dulu, masa gua tengah belajar. Skang gua dah keje, gua ada income tiap tiap bulan. Tidak mustahil apa yang gua impikan selama ni akan menjadi kenyataan.

Gua: "Err... kalau..."
Li Selasih: "Jangan Mie, skang dah takde kalau kalau. Sekarang kita MESTI! Mesti dapatkan apa yang kita nak...!!!"

[Leann Rimes - Life Goes On]

The Legend Of 4 Aces
Siri terakhir semalam... nasib gua sempat tengok, kalau tak mesti kecewa habis dah! Sebelum ni gua selalu balik keje awal semata mata nak tengok cerita tu. Best dan menarik. Kisah tentang Tong Pak Fu, Chuk Chi San, Chow Man Pan dan Man Cheng Meng - 4 orang cendekiawan di Beijing pada masa dulu dulu. Masing masing mempunyai karakter tersendiri. Adil, bijak, kelakar, tegas ngan prinsip hidup dan penuh semangat setiakawan banyak diterapkan. Itu jer yang gua mampu bagitau. Sapa yang tak tengok rugi! Lepas ni gua dah tak perlu terkejar kejar untuk pulang. Dah takde apa nak tengok! Ok jugak, nanti bolehla gua guna masa petang petang tu jumpa member ker, jogging ker... apa apa lah. Kalau tak, hari hari terperap dalam rumah dari kul 6 sampai malam asyik menghadap TV jer. Hehhe...

Kalau drama bersiri Cina boleh best, kenapa drama bersiri Melayu takleh buat macam tu? Baru je drama dah takleh celen, macam mana nak celen buat filem???

T3 - Rise Of The Machine
Jam menunjukkan 9 malam. Gua dah ada kat TGV KLCC ngan si Joe. "Mana diorang nih? Tak nampak batang hidung pun! Janji pukul 8.45 kena ada kat sana." Gua merungut jer, tapi dalam hati je la.. Gua nyer tiket dah tempah awal awal lagi. Cuma nak beli skang takut diorang tak datang. Kang sorang sorang lak gua layan wayang... Tak boleh jadi ni, tiket gua pukul 9.15 malam. Diorang semua 9.30. Banyak masa lagi. Gua risau gak. Malas tunggu lagi, gua try call diorang...

"Mai, korang kat mana? Lambat lagi ka? Aku dah ada kat sini. Ngan Joe. Tengah beratur nak beli tiket!"

"Kitorang eksiden laa... Depan terowong nak masuk tempat parking bawah KLCC! Ko nak tengok movie jugak ke? Joe mana?"

"Habis tuh?! Joe ada... Kalau nak tengok, aku nak beli tiket skang jugak ni. Korang macam mana?"

"Mintak Joe tolong belikan tiket untuk kitorang dulu. Ko masuk dulu la, nanti kitorang datang!"

Lepas gua beli tiket, gua terus masuk dalam. Wayang dah nak start, tak bole tunggu diorang lagi dah. Err.. Gua masuk sorang jer. Pasal gua sorang jer yang nak tengok T3. Joe, Mai, Shima ngan Shimi nak tengok Tomb Raider. Anyway best jugak layan sorang sorang nih, takde member nak diajak berborak, so bolelah gua tumpukan perhatian kat citer tuh.

Ingatkan dapat gak tengok wayang ngan aman damai... rupa rupanya tak jugak! Gua tak bole nak tumpukan cerita best kat depan gua, pasal sebelah kanan gua ada cerita lagi best. Cerita terlampau, heh! Ada satu couple sebelah gua dok 'projek' pulak. Tak senang duduk gua... Nak projek pun carilah tempat lain... kat rumah ker... toilet ker... Ini sebelah gua jugak yang dipilihnya. Sekali gua tumpang buat 'projek' sama kang marah lak! Hmm... Manusia... manusia! Kalau bangsa lain gua tak kisah sangat. Ini bangsa sendiri. Buat malu Melayu jer...
[Therion - Symphony Of The Dead]

30.7.03

Rabu, 30 Julai 03 - Hari Ini Dalam Sejarah. Bukan setakat berapa lama gua tinggal kat KL, malah semenjak gua tingkatan 1 lagi, gua tak pernah potong rambut kat salon. Bayangkan berapa lama tuh?!! Heh... Maunya dekat 10 tahun gua dok potong rambut dengan member gua. Tapi, hari ni menjadi sejarah, officemate gua menjadi saksi... Tanggal 30 Julai 2003, untuk pertama kalinya gua potong kat kedai. Terdesak sebenarnya... Member gua yang selalu 'ditugaskan' takde. Sorang pun takde! Mana pegi ntah. Anyway, terbang gak RM25. Siyol...!!! [S. Jibeng - Selamat Tinggal Pujaan] Bayangkan hampir 10 tahun... jimat tu! Kalau kat kedai ntah dah berapa juta 'sen' gua terbang,huh! Syukrannn...

Soalan::Mengapakah gua sanggup pegi salon untuk potong rambut sedangkan gua masih berpeluang memotongnya tanpa dikenakan sesen bayaran pun??? --> Komen???

Fairul Bernama
Sebelom lunch tadi gua banyak spent masa untuk buat website tuh! Gua nak tambah skit jer, nak tambah script untuk clock counter, date & time. Nak bagi nampak real time skit. Pening kepala gua dok pikir semua tu. Sehingga lunch, gua dapat settle bahagian clock counter ngan date jer. Bahagian time tu susah banyak la.

Gua dah takleh nak pikir dah, terpaksa contact my sifoo balik. Siapa sifoo gua tu... Hehhe... Si Fairul la. Webmaster untuk Bernama.com. Terer mamat nih! [Nanti belanja aku ekk?!!] Kat tempat dia, 2 orang jer webmaster... Dia salah sorang la... Gua call dia mintak ajaran skit. Last last dapat gak settlekan bahagian time tuh.

Fuh!!! Terima kasih banyak banyak kat ko, Fairul... ;p

29.7.03

Elo Imie... Sori aku mencelah... bukan apa aku bace ko nye weblog semlm citer pasal baskerz buat show ni aku nak habaq kalau kat Perth City ni lagi laa bersepah Mie..pendek kata dari yg kecik molek sampai ke tua bangka sebok buat show... Ade yg nyanyi..menari..main violin aa..main flute laa.. macam2 main daa..heheh! Tapi duit collection bole tahan walaupon show tak best... Nampaknye mat saleh ni mmg murah hati kan..hehe! Aku ngan member aku dah plan kalau gua sengkek ke satu ari nanti nak jugak nyanyi lagu Melayu ke..cakpong ke..ulik mayang ke kat city tu... koman2 pon lagu Siti Nurhaliza, heheh! Budaya Melayu beb, mana tau tercengang mat saleh dgr lagu Melayu heheh... Oklaa sekadar nak share... Mana tau ko satu ari nanti nak visit aku kat sini ready duit tiket jek... Duit belanja ko bole collect kat sini main gitar ke..nyanyi ke hahhahaha..jgn mare..!
Selasa, 29 Julai 03 - Website development is Still Under Construction. Masalah peruntukan daripada sponsor dibekukan, hehe...

Ibu... anakmu lapar! Tengah hari tadi tak makan... Nak cuba siapkan laman web gua, tapi tak siap jugak. Hampeh!!!
[Richard Mark - Hold On To The Night]

28.7.03

Isnin, 28 Julai 03 - Semalam gua tak online. So, terpaksa tulis yesterday's event today. Hari dan tarikh yang tertera tu sebenarnya lebih tepat sebagai tarikh gua menulis, bukan tarikh sesuatu kejadian berlaku. Anyway, most of the blog been written on the same day with the event took place. Why? Pasal Ahad gua cuti. PC kat umah ada, tapi internetnya yang takde. So, selalunya Sunday's event gua tulis pada hari Isnin. Sabtu takde masalah sangat, gua keje halfday, so sempat lah bukak PC sekejap. Ambik masa sejam dua cukuplah... Selebihnya sambung balik Isnin.

Pok Joe
Mengapa Pok Joe? Kenapa tak Pak Joe? Kalau Pakdi boleh... Pak Lah [TPM] pun boleh... Sedap apa panggilan 'Pak'. Rasa macam dah tua juga, heh! Tapi kalau sebelah Kelantan, semua 'pak' akan jadi 'pok'. Bagi orang Kelantan, panggilan Pok Lah, Pok Mat, Pok Di [contoh jer...] adalah biasa. Bagaimana pulak kalau panggilan di Kelantan ditukar kepada panggilan standard [e.g KL]? Pok Joe jadi Pak Joe... Heheheh! Kelakar gak. [Jangan marah Joe!!!]
[Medicine - Rimba Cinta]

Petang semalam gua hantar Joe balik Melaka. Hantar kat Pudu jer. Ery ada sekali. Joe janji jumpa ngan member sekolej nya pukul 3 petang. Kitorang sampai pudu pukul 4 petang. Hampeh! Ingatkan dapat jugak naik bas pukul 4 atau 4.30 petang. Rupa rupanya tiket dah habis. Nasib baik dapat beli tiket pukul 8 malam, itu pun tiket syarikat bas lain, bukan Transnasional. Sementara menunggu jam 8 malam, kitorang [gua, Ery, Joe dan Gudik - member Joe] jalan jalan area CM dulu. Usha usha apa yang patut [baca:usha awek...], huh! Penat berjalan, kitorang lepak kat kerusi batu depan Kolej University FTMS De-Monfort berhadapan lorong pejalan kaki kat CM tuh. Seronok tengok geng geng buskerz buat show. Ramai gak orang melepak kat situ. Hari minggu biasalah... Dalam 4 orang yang basking kat CM tu, ada sorang mamat namanya Jimmy... Gua tak pasti nama betul ker tak, tapi kat gitar dia ada tulis nama tuh. Memang nama dia kot?!! Dia selalu buat show sorang sorang. Suaranya best, main gitar pun best, lagu lagu dia pun best. Pendek kata, semua best best lah. Permainan dia berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada gaya tersendiri... melawak sorang sorang. Tapi, bila gua dengar, gua tergelak jugak, heh! Lagu yang diubahsuai daripada Ulik Mayang betul betul menggelikan hati ramai penonton.

"...Umbuk, Mayang Diumbuk
Umbuk Puteri Dengan
Lesung Penumbuk..." Hahaha!

Habis beberapa lagu, dia datang kat orang ramai sambil tadah begnya. Ramai gak yang hulur, termasuk gua ngan member member sekali. Lepas tu sambung nyanyi balik. Terbang singgit! Tapi tak kisahlah, pasal gua dah terhibur dengan show dia. Cuma... selama menyaksikan show Jimmy tu, tiba tiba timbul banyak pertanyaan pasal diorang. Tinggal kat mana? Keje apa? Hisap dadah ker? Kenapa carik makan macam tu? Berapa sangat lah yang diorang dapat? Boleh hidup ker? Kenapa tak carik keje lain? Bila dipikir pikirkan, memang tak masuk akal. Tapi cuba kira, berapa lama diorang buat show satu hari? Berapa ramai yang tengok persembahan tu? Berapa ramai yang hulur? Berapa ringgit sorang yang kasi? Berapa banyak modal dikeluarkan? Dok umah sewa ke tak? Kalau tak... jimat duit sewa!

Bayangkan, basking dari kul 2 petang sampai 7 petang. So, 5 jam! Setiap satu jam hulur beg kat orang ramai. Katakan setiap jam bilangan penonton 30 orang [Sebenarnya lebih!] Sorang hulur RM1, dapat lah RM30 untuk sejam. Sehari dapat RM150. Sebulan? Kire sendirik!!! Wahhh... Lumayan tuh. Patut pun dressing diorang pun kemas... Tak heran la kalau mampu pakai handset. Ada sorang tuh siap pakai kasut Legend baru berkilat lagi, cis! Tercabar gua...

Wallet
Lebih kurang pukul 1 tengah hari, sebelom gua hantar Joe ke Pudu, gua sempat jap singgah kat satu kedai aksesori kete area Setiawangsa. Saja usha usha barang. Masa tu gua lupa nak cucuk sen. Nasib baik stesen minyak Petronas dekat, Maybank ATM ada kat dalam. Kitorang jalan kaki jer ke stesen minyak tuh. Lepas cucuk, masa lalu depan kedai aksesori kete, si Joe tiba tiba tertendang satu wallet. Sen tak banyak. Ada la lebih kurang RM15 kot!!! Joe takut takut nak ambik, takut ada orang perhatikan. Sebenarnya gua sendiri pun serba salah rasanya. Nak ambik atau tak! Kalau gua tak ambik, orang lain yang akan ambik. Kalau orang lain ambik tapi bawak lari, tak best lak. Gua beranikan diri, ambik wallet tuh, belek belek sikit. Ternampak IC pemilik, ooo.... Cina rupanya. Malas nak pikir panjang... Gua tau area situ ada satu balai polis kecil. Kitorang pegi sana, Joe ngan Ery kat luar. Gua masuk dalam... Tengok ada sorang polis tengah main ngan anaknya.

Masing masing pandang memandang. Gua pandang polis tu dalam 10 saat tanpa cakap apa apa. Gua blank sebenarnya. Tak tau cak cakap apa. Polis tu pun pandang gua semacam jer.

"Err... Saya nak serahkan wallet ni. Saya jumpa kat depan kedai aksesori kete depan tu..." Gua kontrol buat buat muka tak bersalah.

"Oh... Ok! Ok! Terima kasih yer..." Polis tu terkejut dengan tindakan gua. Hehhe... Baru dia tau gua orang baik!

Gua terus blah. Tak buat apa apa report pun. Malas nak isi borang atau buat keterangan. Leceh. Kalau wallet tu selamat sampai ke tangan pemiliknya semula dan pemiliknya bertanya siapa yang jumpa, cukuplah sekadar mengatakan ada sorang hamba Allah yang kembalikan. Bukan dapat award pun... Ye tak? Lepas keluar dari balai polis tu, gua sempat bertanya kat Joe...

"Wei, macam mana ko boleh pegi tendang beg duit tuh hah?!!"

"Mana gua tau itu beg duit, gua ingatkan sampah apa... cam kain buruk jer! Nasib baik masa kena tendang tu, ada duit kertas terkeluar sikit. Kalau tak, gua pun tak perasan itu beg duit!!!"

"Hahaha..."

Mak aih, hina sungguh wallet tu... Buruk benor ker ghuponyo?

Casette Player
Malam semalam lepas hantar Ery balik, Li Selasih call gua. Mintak gua datang rumah dia. Ada hal katanya. Hampir pukul 11 malam gua sampai. Ooo.. dia nak bagi gua cassette player rupanya. Dulu benda tu kat dalam kete abang dia. Skang abang dia dah pakai CD Player, so cassette player dah tak guna. Ok gak tu, yang kat dalam kete gua dah rosak skit, so bolehla pasang yang tu lak. Tapi problemnya, sapa yang nak tolong pasangkan??? Gua bukannya reti bab bab elektrik elektronik nih. Aha... Mat Dien ada! Hehehe... siap ko Mat Dien....!

Anyway... Li, thanks to you coz lend me that stuff! I'll use it till I get a new one - CD Player, heh! Thanks again!
[Vagrant - Kerana Takdir]

26.7.03

Sabtu, 26 Julai 03 - Pagi pagi dah check Emel... Yahoo Group... Blog... Friendster... Hmm... dalam Friendster ada msg baru dari sorang kenalan dengan panggilan Fify. Gua ada msg dia minggu lepas bertanyakan tentang graphic. Dia minat graphic n designer, so gua pun tanya la pasal benda tuh. Mintak ajaran skit... Biasalah... Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan.... Ops!

Fify kata: "Nak belajar pasal graphic senang jerk... Awak cuma perlu tengok others design... Contohnya kat website mana mana ker... Awak kene surf banyak, lepas tuh amik contoh, kemudian tukar sket sket, bagi nampak real. Jgn bagi orang tahu itu graphic awak... Lagipon seorang designer adalah seorang pencuri. I mean kiter curi idea orang, tapi kiter adjust... Jgn sampai polis dapat cam... Hehe!!!"

Bagus idea Fify nih... Ada harapan jadik pencuri suatu hari nanti, heheheh! [Lawak jer... Jangan mare aaa...!]

Gua lak kata: "Idea awak tu bagus, mencuri idea orang dan ubah skit skit... Tapi, tak dapat saya bayangkan berapa ramai designer kat Malaysia... dan berapa banyak dah dosa diorang disebabkan mencuri, hahahaha!" [Dreamtale - Fallen Star]

Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Hukama:
"...banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap..."
"...menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain..."
"...kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri..."


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sumber::Emel - Shima
[Leprosy - Collen]

25.7.03

Jumaat, 25 Julai 03 - 9.30 pagi sharp. Semua staf dimestikan hadir meeting seperti yang telah ditetapkan. Meeting kali ni [sebenarnya baru kali kedua!] Cik Nina [our ED] tak masuk sekali. So meeting dihoskan oleh.... Jeng jeng jeng!!!! En. Fadzilllll!!!!! Ceh, macam nak menang anugerah lak! End of the meeting, boss tanya kalau sesapa ada soalan, bolehlah di'selatan'kan. [asyik utara jer!] Gua tanya satu soalan. Disebabkan Joe akan ditransfer ke Kedah - Sungai Petani Utara... minggu depan, so gua pun teringin nak ke Kelantan gak. Boss cakap dah ada dalam planning. Gua akan ditransfer ke Kelantan tapi tak lama, mungkin sebulan atau dua bulan. Hehe! Gua akan balik kampung... Gua akan tinggalkan KL sekejap nanti. Takdelah KL Menjerit lepas ni, akan muncul yang baru pulak, KeLantan Meraung kot!!!

Just Jokes [18SX]
Three men were talking about their teenage daughter:

The first says: "I was cleaning my daughter's room the other day and found a packet of cigarettes. I didn't even know she smoked".

The second says: "That's nothing. I was cleaning my daughter's room the other day when I came across a full bottle of Vodka. I was really shocked as I didn't even know she drank".

Then the third speaks up: "Both of you have got nothing to worry about. I was cleaning my daughter's room the other day and I found a packet of condoms. I was really shocked. I didn't even know she had a penis".

Hahaha!

Sumber::Amazingjokes.com
[Linkin Park - Part Of Me]

Tasya...
Pagi pagi tadi gua sempat log in YM jap. Saja nak tengok sapa lagi online. Sekali nampak Tasya online. Emm... jarang dapat chat ngan dia, so gua tegur dia dulu. [Tasya, namamu kusebut lagi...] Banyak pulak cerita dia hari ni, dengan study nyer, bz nyer, problem nyer dan apa apa nyer... Problem ngan ex bf dah ok rasanya, macam dah takde apa apa kot!!! Ex bf pun cam bohjan, lepas tukar, tukar lagi! Dasar kaki pompuan... Nak buat macam mana, perangai takleh nak ubah. Bagus jugak ko break ngan dia Tasya oii.. Kalau dapat tau perangai dia lepas kawin maunya nyesal seumur hidup. Kepada sesapa yang bergelar perempuan tuh, elok eloklah pilih lelaki. Jangan mudah terpedaya sangat ngan kata kata manis mereka, semuanya susah nak dipercayai. Dalam 100 mungkin 2 je yang betul. Salah sorang tu... Ehem ehem!!! :p
Dan daripada Tasya gua dapat satu berita yang agak agak sedih la jugak!!!

tasya_hardy: "Eh yang ko dgr cite Em tak baru2 nih??"

imie: "Tak, cite apa?"

tasya_hardy: "Ko tak kontek dia ke apa?"

imie: "Yg aku tau rambut dia panjang dan aku jeles!"

tasya_hardy: "Sian dia ko tau tak."

imie: "Hehhee, napa?"

tasya_hardy: "Dia fail byk paper pastu MARA nak anta dia balik M'sia..."

imie: "Hah?!!!"

tasya_hardy: "Maybe dia balik next month."

Seandainya betul Em kena balik Malaysia, hancurlah harapannya untuk bergelar siswazah oversea. Dan gua... Yang selama ini bangga dengan seorang sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UK, hanya mampu menumpang sedih. Tidak berdaya untuk melakukan apa apa selain berserah pada Yang Esa.

Gua kata: "Em... Balik Malaysia je lah... Ada 11 buah major U kat tempat sendiri tak termasuk ngan yang swasta dan institut institut. Pilih je yang mana satu ko suka. Selama mana ko kat sana... just consider it as your long time vacation. "
Pergh... Gua speaking!!! [Cradle of Filth - Creatures That Kissed In Cold Mirrors]

24.7.03

Khamis, 24 Julai 03 - Dah seminggu gua cuba bangunkan laman web sendiri. Gua cuba buat pakai Dreamweaver dan Adobe Photoshop 6.0. Fuh! Susah gak. Nantilah, kalau dah siap nanti gua akan rasmikan sendiri. Bukan setakat orang kenamaan, orang tak de nama pun dijemput hadir. Gua dah tempatkan website tu kat alamat seperti di bawah::

http://www.geocities.com/zhoulsz

Apa apa pun laman web ini masih dalam pembinaan. So kalau setakat nak tengok layout tu bolehlah masuk, kalau tak sia sia jer! Belum ada isi lagi...

Imie kata:: "Imie sekarang bukan Imie dulu lagi, Imie sekarang sudah ada laman web sendiri." Heheheh....
[Linkin Park - My December]

23.7.03

Assalamualaikum...
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!.
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Sumber::Emel
[Alleycat - Andainya Aku Pergi Dulu]

22.7.03

Selasa, 22 Julai 03 - Di awal pagi lagi gua dah rasa nak nangis dah! Apa taknya, masa nak pegi keje, gua tengok ada ular sawa [baca:dahan pokok] berlingkar atas but depan kete gua. Bukan main besar lagi. Gua tengok ada kemek sikit kat but dan cat pun ada yang tanggal. [Westlife - Swear It Again] Dah lah semalam kete gua langgar dinding, hari ni kena hempap dahan mati pulak. Waaaaaa!!!! Duit dah lah takde nih, mana nak cekau nak repair semua ni!!! Bengangnyaaaaa!!!!

Ery...
Gua dapat call daripada si Ery. Oh, dah sampai KL dah mamat ni. Kata nak datang minggu depan. Alih alih hari ni dah terpacul kat sini. Lepas balik keje, gua tak buat apa apa kat rumah. Boring! Last last gua call Ery...

Laa... tengah masak nasik rupanya. Belum makan lagilah tu nampaknya. Gua datang rumah sepupu Ery jap. Tunggu dia makan, lepas tu kitorang chow... Merewang! Lepak kat Tasik Titiwangsa jap. Saja usha usha awek tengah merenderk! Hehehe... Masa kitorang lalu sebelah kedai makan area rumah gua, Ery sempat perhatikan ramai awek awek tengah melantak. Tak puas hati dengan pemerhatiannya, dia complaint...

"Eh Mie, aku tengok ramai betul awek kat sini... Mana datang hah?!!" Ery konfius.

"Biasalah tu... Sini area banyak rumah sewa. Student UTM ramai menyewa kat sini." Terang gua. Padahal tak pasti pun... Saja sedapkan hati Ery.

"Betul gak kata ko, aku tengok kebanyakan yang makan kat sini tak macam orang dah keje!"

"Mana ko tau?"

"Pasal kebanyakan diorang minum 'teh o ais'!!!"

"Hahaha!!!"

Err... Apa kena mengena student ngan teh o ais??? Gua lak yang konfius...
[Ella - Retak]

21.7.03

[Eric Clapton - Tears In Heaven]
xxx : "Hutang ko dia dah bayar ke Mie?"

Imie: "Belum lagi. Tapi dia akan bayar..."

xxx : "Mana ko tau?"

Imie: "Alaa... Dia tak akan tipu aku nyer!"

xxx : "Tak boleh pikir macam tu Mie... Kite tak tau hati budi orang. Luar nampak baik, dalam ntah macam mana!!!"

Imie: "Aku percaya kat dia. Aku kenal dia!"

xxx : "Berapa lama ko kenal ngan dia? Setahun? 2 tahun?"

Imie: "Takdelah lama, tapi hampir setahun! Alaa... Aku tau la dia tu... Dia akan bayar punya!"

xxx : "Kalau dia nak bayar, kenapa sampai hari ni masih tak bayar? Janji dah bape hari dah..."

Imie: "Dia ada problem. Sepatutnya dah bayar duit aku. Mungkin Isnin ni kot! Aku yakin dia tak akan tipu aku. "

xxx : "Macam mana ko tau?"

Imie: "Adik beradik dia orang berada la. Pakcik dia ada yang berpangkat Datuk, Tan Sri... Dia nak pinjam ngan mak cik dia, aku tak bagi. Aku tak nak dia nyusahkan mak cik dia"

xxx : "Mana ko tau kerabat dia kaya, pak cik dia Tan Sri?"

Imie: "Dia cakap..."

So, macam mana tuh?!! Kalau korang kat tempat gua, apa yang korang lakukan..???

Kata kata sorang sahabat, "Kena cakap kat dia Mie, sebagaimana senangnya ko bagi dia pinjam seketul beribu tanpa cakap banyak, biarlah dia pun dapat bayar balik seketul jugak dengan senangnya tanpa cakap banyak!"

Betul tu...!!!

Maa & Mona
Petang Ahad semalam gua keluar dating, haha! Dengan siapa lagi kalau bukan awek Terengganu, Rosmawati. Gua panggil dia Maa jer. Korang percaya tak kalau gua katakan kakak dia yang rekomenkan kat gua??? Hehehe... Sumpah! Asalnya memang gua tak kenal Maa. Gua kenal akak dia je. Nama Monalisa. Peh, macam tajuk lagu Wings - Potret Monalisa lak!!! Mona dulu satu kampus ngan gua masa study kat UTMKL. Gua kenal Mona masa grad kat Skudai. Sama sama ambik jurusan IT. Masa nak terima sijil, dia dok sebelah gua, tu yang boleh jadi rapat hingga sekarang...

Mona tau yang gua ni tengah solo. Dia kesian. Nak offer diri sendiri takleh katanya. Dah berpunya! "Mie lambat! Kalau bagitau masa grad itu hari mungkin dapat kot, hehe!!!" terang Mona. Laa... Macamlah gua nak kat dia. Gua saja je bagitau yang gua ni solo. Pikir lain lak!!! "Kalau Mie nak, Mona bole kenalkan adik Mona, macam mana?" tanya Mona. Gua plak jenis "buaya" cap "arnab Playboy"... Kihkihkih! Bukan niat nak kenakan kaum perempuan, tapi apa salahnya kalau masa gua tengah boring, ada jugak kaum Hawa yang bole dibawak jenjalan, kan! Gua bukan "makhluk perosak". So takyah nak takut takut. Gua kenal Maa pun semata mata nak tambahkan lagi kengkawan [kawan perempuan???].

Maa selalu mintak pendapat gua masa nak dapat keje. Gua kan pemurah, so banyaklah nasihat berguna yang gua dah curahkan. Mungkin dia pikir gua ok orangnya. Ahad tak keje. Dia boring dok kat rumah. Tu yang ajak gua keluar jalan jalan. Ada can gua nak kenal Maa. Nak beli kasut ngan stokin katanya. Kitorang jumpa kat CM. Lepas ambik dia, gua bawak pegi ronda ronda KLCC. [KLCC lagi...] Takpee.... dia tak biasa ngan KL lagi, so gua jadi pemandu pelancong lah hari tu. Sesambil drive, gua banyak kenalkan bangunan bangunan dan jalan jalan kat KL.

"Ni Dataran Merdeka!" gua kenalkan kat Maa.

"Laa... Macamlah orang tak kenal. Ingat tak penah datang KL ker???" sambil tersengih sengih.

"Ini Jalan Tar... Aaa... yang ni pulak Jalan Sultan Ismail... Jap lagi kita lalu Jalan Ampang lak" gua kenalkan jalan lak, hehehe!

"Kenalkan jalan nak buat apa!!! Bukannya Maa ingat pun..."

"Haa... jalan ni famous tau, Maa tau tak jalan apa ni?" gua tanya Maa masa melalui Jalan Yap Kwang Seng.

"Tak tau. Jalan apa ni?"

"Jalan raya. Wahahahah!!!!" terkena dia. [Evanescence - Even In Death]

Keretaku...
Pagi tadi gua sampai opis lewat lagi. Masalahnya jalan jamm dan hujan lebat. Biasalah tu, KL... Yang tak best nya, disebabkan gua dah terlewat sampai opis, gua terpaksa memecut. Masa sampai kat opis, gua naik ke tempat parking. Tempat parking lak bertingkat. Masa gua ambik corner untuk naik atas, pintu belakang sebelah kiri kereta gua sudah kasi cium itu dinding. Terus calar balar macam orang eksiden... Melecet!!! Perasaan gua masa tu perghhh... Nak nangis, meraung, menjerit, gelak... semua ada. Kereta tu baru cat beb! Mananya tak tension... pakai tak sampai sebulan sudah langgar dinding. Adoiii... Terbang lagi sen gua bulan ni... Iskh...iskh...iskh... Nasib baik lekuk pada pintu tak jelas sangat. Kalau tak, mesti kete gua nampak cacat! Huh!

[Evanescence - Everybody's Fool]

19.7.03

Sabtu, 19 Julai 03 - Nampaknya entry dalam guestbook gua bertambah satu... Heh, ada kemajuan nih! Thanks to Tasya. Tulis jugak ko ye! Ingatkan masuk baca jer, lepas tu blah... So sesapa yang masuk tu nak diingatkan sekali lagi, tulis lah apa apa yang patut... Nak puji ker, nak kutuk ker, just go on. Semua tu gua ambik jadikan pembakar semangat untuk terus maju, huh!

"Tasya, ko nak aku sebut nama ko banyak kali boleh jer, tapi ko kena la selalu call aku, contact ker, msg, sms, chat atau sewaktunya dengannya. Larat ker???"
[Linkin Park - Session Abyss]

Nasi Lemak
Makan nasik lemak pepagi best jugak. Selain mengenyangkan perut, ia juga mampu membuat diri rasa mengantuk. Dan itulah yang gua rasa sekarang. Alahai... ngantuknya! Semalam tidur macam biasa jer. Bukannya lewat pun, pukul 3 pagi jer! [Jer???]

Multi Level Marketing
Semalam gua dapat sms dari member lama... Bedul!

"Imie, ko pernah dengar tak syarikat I-Linkage atau Bionutric.... Sebuah syarikat MLM..."

"Tak penah, tapi kalau I-Linkage tu macam familiar lah. Napa, aktif MLM ke skang??"

Wah lau... Member lama gua sudah aktif dalam MLM. Baguslah, ada kesungguhan dalam mencari duit. InsyaAllah satu hari nanti akan berjaya. "Dol, aku doakan ko kaya nanti, hehe!". Dulu gua pun pernah jadi ahli MLM. Gua masuk CNI. Setahun jer, lepas tu keahlian gua expired. Gua tak aktif sangat. Bukan tak suka, tapi tak sempat. Nak kena pegi kedai beli barang sedangkan banyak barang tu gua tak guna pun. Satu lagi problemnya, nak kena carik downline banyak banyak baru cepat dapat bonus. Nak harapkan sorang diri buat benda tu makan tahun la... Ntah ntah tak dapat apa pun... Nak masuk bisness MLM ni kena ada strategi. Tak boleh main hantam jer... Tak jadi! Mengikut pengalaman gua laaa... Seeloknya buat dalam group. Kaedah ni cepat naik pangkat dan tambah point. Ahli ahli dalam group pun dapat sama rata. Ahh, malaslah nak ulas pasal MLM ni. Bukannya korang nak masuk pun! Buat penat jer.

Hutang
Gua tak kedekut. Gua pemurah. Gua senang bagi orang pinjam duit gua. Gua tak berkira. Bayar lah bila rasa dah ada duit. Selagi orang tak bayar bukannya gua mintak pun, gua tunggu jerk! Gua tak banyak bersoal ngan orang yang nak pinjam duit gua. Janji gua tau tujuan sebenar untuk apa nak pakai duit, itu saja. Tapi dengan tujuan yang baik la, kalau nak berjudi ker... enjor ker... mana lah gua bagi. Semua orang masa nak pinjam duit sesapa, berjanji macam macam. Nak bayar cepat lah, esok lusa lah, tak sampai seminggu lah, apa lah, itu lah, ini lah! Pendek kata, semua manis la. Gua ni lak malas nak cakap banyak. Dah tu jenis yang cepat kesian. Gua bagi jer. Last last sampai hari ni orang orang yang pinjam duit gua buat derk jer. Hangin la ini macam! Gua skang tengah sengkek jugak. Kalau kita mintak hutang, nanti cakap kita tak sabar, baru bagi sekejap dah mintak balik. Buruk siku! Adoii... Tension, tension!!!

Duit dalam bank ada RM50 jer. Aiseh, nak makan apa bulan ni hah? Mee Meggi best jugak. Hehehe.... teringat balik masa belajar dulu dulu. Nak jimat punya pasal, sanggup makan meggi jer. Oklah, meggi pun meggi lah, janji perut kenyang! Huh! [Megadeth - Family Tree]

17.7.03

Sumber : MyMasjid.com.my
--------------------------------------------------------------
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wassalam.

16.7.03

10 sikap wanita yang disukai lelaki:
Sekadar renungan buat kita semua...
Sumber : MyMasjid.com.my

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing masing.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samaada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...

Bahan : Emel...
[Puff Daddy feat. Usher - I Need A Girl]

Maria...
Jam dah menandakan waktu keje dah habis. Gua pun dah standby untuk cabut. Sekali dapat call dari Cik Maria [Maria!Maria!Maria!]. Dia tanya bila gua nak ambik hadiah gua. Alamak, dah lupa laa... Hadiah besday gua yang 3 bulan lepas tak ambik lagi. Hahaha... Mesti dah buruk ni. Gua pun dah lama tak jumpa Maria, so malas nak cakap banyak dalam telefon, gua setuju jer untuk jumpa dia. Ingat nak jumpa kat rumah dia jer. Gua malas nak keluar mana mana pasal sen dah kureng. Alih alih Maria ajak gua melepak KLCC. Alahai... Balik balik KLCC...!

Gua ronda ronda KLCC, beli tingkap banyak banyak [Baca: Window Shopping]. Tak sempat panas bontot melepak tepi air terjun [ye ke?!!] Maria ajak gua lepak lepak kat Dome. Hmm... Dah lama gua mengidam nak lepak kat situ. Selalunya Coffee Bean atau Starbucks jer, hari ni pekena Dome lah pulak. Sesambil borak borak, sempat lah jugak usha awek awek yang lalu lalang.

"Eh, awak tengok awek tu, cun kan!" gua puji sorang minah yang tak jauh daripada gua.

"Aah, pegila ngorat!" Jeles nampak.

"Eh, yang tu pun cun gak, huyyooo...!" Gua tunjuk sorang lagi minah yang lalu lalang kat situ.

"Haa... ok lah tu, pegilah ngorat" muncung dah...

"Ooo... Maknanya kalau yang cun cun tu saya kena ngoratlah ye?!! Ramai yang cun kat sini, so nak kena pegi ngorat semua lah ni?!!" Hangin gua...

"Siti Nurhaliza pun cun gak, macam mana tu, takkan saya nak kena pegi ngorat gak?" Gua tambah lagi.

"Aah, hahaha..." Gelak je dia.

Gombak...
Dalam pukul lapan gua keluar dari Dome [Dewa - Separuh Nafas]. Pusing pusing dalam Suria KLCC... Tak banyak yang nak disembangkan ngan Maria. Gua dah habis cerita dah. Tak tau nak cakap apa lagi, heh! Lepas hantar Maria pulang, gua balik rumah jap, mandi, tukar pakaian, solat lepas tu terus pegi Gombak, rumah abang Dien. Ngam ngam je sampai, gua tengok abang gua baru nak masuk dalam kete. Nak hantar kak La pegi keje. Gua sound "Orang datang kejap jer, lepas hantar beg ni terus blah". Gua masuk dalam rumah, letak beg, ambik kaset kaset gua. Sebelom abang Dien blah, dia masuk dalam bilik dia bawak kuar satu kotak underwear Hush Puppies.

"Nah, ambik la. Aku tak padan. Saiz kecik, silap beli..."

"Huyyo... Gua dapat spender, hehehe!" dalam hati jer.

15.7.03

Gua ada register nama dalam Friendster. Tapi dah lama tak aktif. Semalam gua dapat email daripada Ard suruh reply msg dia dalam Friendster. Lepas gua reply msg dia, gua terbaca satu artikel dalam Bulletin Board. Gua rasa artikel ni sesuai untuk pengetahuan semua kaum wanita [agaknya!]. Kepada sesapa berkenaan, cuba cubalah hayati apa yang nak disampaikan, hehe...

Kasih seorang lelaki...
Bila lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH...[Linkin Park - Forgotten]

14.7.03

Isnin, 14 Julai 03 - Hari ni gua datang keje naik kete beb! Hehee... seronok! Tapi masa nak datang opis gua terpaksa meredah jamm. Alih alih sampai opis lewat. Cuak gak, tapi kontrol la... Buat buat tak rasa apa, huh!

Petang sabtu kelmarin gua pegi kedai aksesori kete. Terbang gak RM200. Pasang skirt ngan lips kete gua. Lepas tu taruk perfume, antenna radio [fake]. Balik rumah dalam kul 6 lebih kot! Lepas hantar Joe dulu. Gua ingatkan malam tu gua keseorangan kat rumah. Zam ngan Syana balik Semenyih. Nasib baik petang tu ngam ngam gua baru parking kete, ada orang jerit kat gua dari dalam kete.

"Hoi!!!"

"Alamak, sapa plak yang main hoi hoi ni, kurang asam..." cakap dalam hati jer.

Laa... Isma rupanya. Siap bawak geng tu... Dia datang 2 buah kete. Ceh, kalau setakat datang nak tayang sport rim baru baik takyah, hahaha... Pasalnya, kete gua awal awal beli dah ada sport rim, so gua tak heran la.

"Wah, lama tak jumpa ko, makin berisi. Mesti hati senang ni..."

"Aku datang singgah je ni, sebenarnya member aku 2 orang nak pegi Low Yat, nak beli komputer."

Sembang lebih kurang. Gua ajak diorang masuk dalam rumah dulu. Banyak cerita lak bila jumpa Isma ni. Orang belajar kat UPSI katakan. Dalam kul 8.30 malam diorang blah. Nak balik Tanjung Malim malam tu jugak. Tu la, datang tak bawak baju spare. Kalau tak, bole la lepak umah gua dulu semalaman.
[Liza Hanim & Zul 2By2 - Kau Tetap Di Hati]

Gig - Scream For Peace / Teratak Dangdut
Ahad, hari minggu yang sungguh bermakna sekali. 2 program besar dalam satu hari. Acara gig berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 7.30 malam bertempat di Teratak Dangdut Hotel City Villa. RM15 per entry. Dapat 1 botol air mineral, bagus!!! Antara band yang hadir... Break The Silence, BlindTribe, Sputum, Koffin Kanser, The Chosen & Pickcell. Gua pegi sana ngan si Pendi. Gua sampai lambat, dalam kul 4.30 petang. Hampeh, gua dah terlepas satu band, Break The Silence. Masa gua masuk, BlindTribe tengah beraksi. Ok la.. Masih ada 5 band lagi. Dengan custom hitam, gua rasa bersemangat habis. Pendi pun sama gak, serba hitam. Heheheh...

Sebenarnya gua tak minat sangat ngan BlindTribe, pasal gua taknah dengar lagu diorang. Tapi bila tengok diorang beraksi, rasa ok lak. Macam best... Ahh, bole lah... Kemudian band Sputum menyusul. Pergh... Inilah salah satu band yang paling hebat hari ni. Walaupun gua tak pernah dengar lagu diorang, lagu lagu yang dimainkan masa gig ini memang klass! Gua lupa berape lagu yang dimainkan, tapi boleh dikatakan semua lagu memang best. Permainan yang penuh skill. Solo tak ingat nyer! Biasaklah. band dari Sarawak mana ada yang tak best. cakap jer datang dari Sarawak, mesti terer habis!! Satu lagu instrumental dimainkan. Dari awal sampai habis lagu, semua solo. Cukup puas hati. Er... vocalist dia nampak relaks jer, pasal lagu banyak solo, lirik lak kurang! Gua perasan semua crowd yang hadir bertepuk tangan bila tengok gitarist Sputum main.

The next band, Koffin Kanser. Band yang tidak asing lagi di kalangan peminat hardcore dan rapcore. Newage pun boleh gak, ala ala Sepultura & Soulfly. Band ni tak perlu diperkatakan lagi kehebatan diorang. Orang lama beb! Gua rasa permainan diorang sama cam sebelom ni gak. Cuma, satu kelainan yang baru dipertonjolkan, main raggae dalam versi metal. Lagu Stand Up Stand Up nyanyian Bob Marley di'besi'kan. Boleh tahan gak macam ni, satu pembaharuan dalam arena muzik ug. Yang gua dok perhatikan, Konfin Kanser selalu tukar gitarist masa main. Apa, tak boleh ke kalau dua dua main serentak? Atau memang setiap orang tu tahu main lagu lain lain. Maksud gua, lagu ni boleh, lagu tu takleh, so biar org lain mainla... Agaknya! Kalau tak silap gua, ada dua lagu dinyanyikan oleh penyanyi jemputan, iaitu vocalist BlinTribe. [Satu geng ni...!] Main bass pun orang yang sama gak. Ahh.. standardlah tuh!!!

Yeahh... band yang dinanti nanti kan oleh semua termasuk gua sekali lah, The Chosen. Sebuah band yang gua berani katakan lain dari yang lain. Mengapa? Sebab vocalistnya pelakon. Siapa tak kenal Aman Graseka? Pelakon drama tuh... Satu lagi pasal diorang main ala ala Speed Metal. Suara macam Donald Duck, hehehe... Tapi boleh tahan la... Kire gua boleh kasi 3 setengah bintang daripada 5 bintang. Apa yang menariknya bila The Chosen beraksi... Keyboardist diorang la... Keyboard keliling pinggang. Main siap bole headbang lagi tuh... Canggih...canggih...! Peh!!! Main ala ala Children Of Bodom. Ada satu part dia solo keyboard. Hulamak, meleleh wa cakap lu... Sebijik macam solo pakai gitar. Sound pun macam dok dalam gereja. Hahahaah!!! Siap angkat keyboard kat crowd nak tunjuk dia tengah solo, ceh! Mentang mentang terer, takpee....! Diorang main 3 lagu kalau tak silap gua, Pray & Obey, Sakaratulmaut dan satu lagi apa ntah, lupa la! Yang bestnya, semua lagu diorang best. Solo yang melodik dan seakan akan pilu, membuat hati terasa seperti sedih yang melampau lampau. Hah, macam mana tuh??? Gitarist dia ok gak, solo pakai gigi. Hehehe! Siap tunggang terbalik lagi kat atas stage tu. Ada satu part, lagu Pray & Obey kalau tak silap gua. Masa gitarist tengah solo, masa tu lagu dah nak habis. Ada sorang mamat naik atas pentas sambil melutut dan mengangkat kedua dua belah tangan menadah langit macam mengharapkan sesuatu. Layan habislah tu kononnya. Tapi memang kelakar, dia siap bole buat buat tengah solo gitar ikut gitarist The Chosen tengah main. Padahal takde gitar pun kat tangan, tapi muka adoi... Penuh perasaan. Tapi memang gua tak nafikan solo yang sungguh menyentuh perasaan, gua sendiri pun terasa pilu gak. [Tetiba terkenangkan awek lama, heh!] Boleh dikatakan band The Chosen hebat lah!

The last band, Pickcell. Yang ni pun gua taknah dengar gak. Nama tu macam dah famous, tapi lagu tak nak dengar lak. Petang tu gua berpeluang menyaksikan permainan diorang. OO... macam ni diorang main. Ingatkan apa yang pelik sangat!!! Pickcell main ala ala Slipknot kalau tak silap gua. Tengok pada dressing diorang... lepas tu lagu pun ada efek pakai Notebook [Brand apa wei???]. Canggih...! Band ni ada dua vocalist. Sorang nyanyi macam Grindcore, sorang lagi ala ala Linkin Park. Boleh tahan jugak lah. Bassist ngan Effect Controller conteng muka, hitam!!! Mana dapat arang? Atau pakai water colour kot! Heh! Gitarist diorang main ada gaya. Macam orang tak tentu arah! Yang peliknya, pakai seluar pendek, baju kemeja putih siap ngan tali leher. Pakai cap, lepas tu pakai alat penapis gas beracun kat muka. Hebat tak? Macam orang gila... Betul la tuh, macam Slipknot. Bukan nak cakap diorang gila. Identiti tu hah yang macam orang gila. Yang menyedihkan, masa gua pandang belakang, dah tak ramai crowd. Kenapa? Adakah Pickcell main tak best? Atau diorang main bukan aliran Black atau Death Metal, menyebabkab kebanyakan mat mat Black keluar club. Melepak kat luar atau balik awal, heh! Ahh, lantaklah. Gua tak nak ambik tau sangat. Lepas Pickcell habis main, gua tak tunggu lama, terus keluar... Lapar beb. Pekena nasik goreng kampung ngan teh ais, gua blah! Pendi pun blah gak. Gua tak bole lama lama, masih ada satu acara untuk dihadiri. Penting! Lepas tukar dressing dalam kete, gua terus memecut ke News Karaoke, kat Plaza Yow Chuan, Ampang Park. [M. Nasir - Kias Fansuri]

Besday Datuk Zainal, Abang Sham & Abang Halim...
Janji kat News pukul 8 malam. Gua sampai awal, dalam 8.10. Gua call abang Sham ngan Mai, tak sampai lagi. Maknanya gua orang terawal. Oklah, boleh belasah 2-3 lagu awal awal, heheh! Tapi gua bengang, lepas parking kete, gua masuk dalam plaza. Carik punya carik tapi tak jumpa. Gua sesat! Konfius! Last last keluar balik lepas tu ikut jalan biasa, jumpa lif. Terus ke tingkat 3, dan... tap tap tap! Bunyi tapak kasut...

"Err... Reservation room under Maizatul, pls" tanya kat kaunter.

"Encik ada bawak reservation slip tak?" awek kaunter tu tanya.

"Err... takde. Benda tu diorang yang pegang" Gua jawab balik.

"Ok, you follow brader tuh" ditunjuknya kat sorang mamat India.

Lepas masuk VIP Room No. 2, gua layan lagu sorang sorang beb. Masa ni la nak layan puas puas. Nanti kalau semua dah datang susah gak, nak tunggu turn berjanggut la jawabnya. Gua sempat pekena 3 lagu jer, lepas tu ramai yang sampai. Gua bagi can kat orang lain la pulak. Lepas sorang, sorang plak menunjukkan skill nyanyi masing masing. Gua biasakla, kalau setakat Siti Nurhaliza tuh, kacang jer. Hahahaha! Tak banyak lagu yang gua nyanyi. Kalau tak silap gua, antara lagu yang sempat Hijau & Kita Serupa- Zainal Abidin, Tersiksa Lagi Batinku - Exists, Layu Di Hujung Mekar - Rio, Kau Tetap Di Hati - duet Liza Hanim ngan Zul 2By2. Lepas tu tunggu punya tunggu turn, tak sampai sampai. Hangin satu badan. Sampai la nak balik, turn gua tak sampai lagi. Hampeh! Lepas ni malas lah nak join ngan "otai", asyik diorang jer... Oh ya, jangan terkejut lak gua nyanyi lagu jiwang nih... Gua dengar semua lagu. Bukan setakat ug jer, mainstream pun layan gak. Dah kat karaoke tu takde lagu metal, nak buat macam mana... layan jiwang la jawabnya. XPDC? Joe yang layan, hahaha...

Kesimpulannya, jadual hari Ahad yang ni memang padat. Balik rumah dekat pukul 2 pagi. Tapi sebelom terlupa, moral kali ini... Jangan masuk karaoke ramai sangat. Paham paham je la... Huh!
[Q-face - Izinkanlah]

11.7.03

Jumaat, 11 Julai 03 - Hari ni gua datang opis naik motor lagi walaupun gua skang dah punya kereta. Gua beli kereta tapi simpan kat rumah. Hehehe... Sebenarnya gua malas nak drive lagi. Dah biasa dok naik motor. Rasa sayang lak kalau naik kereta, nanti motor gua terbiar lak. Kesian motor gua, nanti merajuk. Mana tau tiap tiap malam dia nangis, takut gua dah tak gunakan dia lagi. Lagipun elok jugak naik motor pegi keje, tak jamm, tak lambat. Semua lampu merah gua redah. [Cradle Of Filth - Queen Of Winter]

Cuma satu je problem kalau naik motor ni... Boleh dikatakan tiap tiap hari gua meredah hujan. Setiap petang dalam kul 5-6 petang hari mesti hujan. Yang paling gua tension pasal semalam la... Dari opis nampak elok jer... "Kusangkakan cerah sampai ke malam, rupanya hujan di petang hari, huh!" Masa gua ondeway balik rumah, kat highway... Hujan turun ngan lebatnya sampai gua nyer pakaian habis basah lencun. Stokin ngan spender pun sama gak. Haiyya... Hangin satu badan maa...!

KL Sentral
Lepas balik keje semalam, gua pegi Gombak pasal nak hantar mak ayah gua ke KL Sentral. Diorang nak balik kampung. Diorang tunggu gua dari kul 6 petang rasanya. Alaa.. nak merasa naik Wira sebenarnya. Gua tak nak lah hampakan harapan diorang, so kena la pegi sana. Masalahnya, gua belum pernah drive Wira. Kete tu baru je bawak kuar tengah hari tu. Gua tak sempat nak sesuaikan diri ngan kete tu lagi. Gua call abang Dien nak suruh datang ambil kete tu, sekali dia marah marah lak kata gua lambat sampai. "Hey, orang tunggu ko datang dari tadi lagi. Skang dah kul bape ni?? Nak datang ke tak nak?" abang Dien sound gua. Aiseh, gua bukan tak nak pegi, masalahnya kat luar tu hujan lebat giler. Gua dah lah tak biasa drive, hujan lak tuh! "Ah, macam mana ni?!!" Last last gua buat keputusan untuk drive jugak. Jam lebih kurang 6.30 petang. Gua stuck dalam jamm. Tension... tension...

Alhamdulillah, gua selamat sampai rumah abang gua. Family gua semua dah siap. Lepas taruk barang dalam kete, gua bagi abang Dien drive. Biasaklah, bagi can la orang drive sekali, bukan selalu. Kitorang sampai KL Sentral lebih kurang pukul 7.30 malam. Abang Yie ngan kak Iza dah ada kat sana. Aih, cepat sampai?!! Sesampai sana, gua terus menuju ke kaunter KTM. Kali ni gua belanja tiket keretapi. Walaupun gua sebenarnya dah kehabisan sen, tapi gua sanggup belikan mak ayah gua tiket. [Nak jadi anak yang soleh katakan...] Hampir kul 8 malam, diorang terus turun ke platform bawah. Masa nak bertolak pulang, gua teringat pesan mak ngan ayah...

"Mie, naik kete tu elok elok dan jangan laju laju. Kena selalu beringat masa memandu!"

Gua diam jer. Tak elok menjawab. Nak jadi anak soleh katakan... Heh! [Cradle Of Filth - The Forest Whisper My Name]

KLCC ngan Mat Dien
Pukul 9 lebih, gua kuar ngan Mat Dien. Kitorang takde hala tuju sebenarnya. Gua ajak Mat Dien keluar pun sebab nak dia jadi co-pilot jer. Gua nak test drive, hehehe.... Malam malam orang tak ramai sangat, so takdela jamm sangat. Malam ni lepak kat KLCC. Dah lama tak datang KLCC. Dulu gua pernah berangan, datang KLCC naik kete sendiri. Hari ni, impian sudah tercapai, yes!!! "Dapat jugak aku datang KLCC naik kete sendiri" bisik hati gua.

Jam dah hampir kul 11.30 malam. Malas nak melepak lama-lama. Planning dah nak blah, sekali masa lalu depan Shroom, sempat gak tengok live show dari belakang belakang. Huish, awek awek yang nyanyi semua seksi seksi. Masa nyanyi pakai baju dalam jer? Lepas nyanyi baru pakai baju balik, pelik... pelik... Gua dah tak larat nak tengok dah, perut dok panggil mintak diisi. Kitorang lepak makan kat kedai mie celup. Somewhere nearby my place. Lepak lebih kurang, lepas tu gua hantar Mat Dien balik. Gua pun dah lewat ni, esok keje. Masa tengah drive sempat gak bersms dengan Liza...

"Ngapa Mie rindu sangat ke nak jumpa Liza? Kalau betul betul miss Liza, mimpikan Liza malam ni, hehehe!"

"Mie tak perlu mimpi untuk rindukan Liza, hari hari kalau tak tidur pun Mie masih rindukan Liza. Apatah lagi kalau tidur, siap ngan ngigau sekali..."

"Amboi, sampai gitu sekali. Jangan amalkan selalu, tak elok untuk kesihatan. Lain kali basuh kaki dan baca doa sebelum nak tidur barulah tak ngigau"

"Kalau macam tu rugi la, kalau Mie basuh kaki nanti susah lah nak mimpikan Liza. Tak nak basuh kaki la... Hehehe!"

Gua selalu dengar orang cakap, kalau tidur tak basuh kaki, nanti mimpi ngeri atau ngigau, betul ker? Selama ni pun gua tak penah basuh kaki masa nak tidur, tapi tak pernah lak ngigau atau mimpi ngeri. Mimpi lain adalaa... Mimpi apa tu? Hehehehe...

[M Nasir - Apokalips]

9.7.03

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, saudara-saudaraku, muslimin dan muslimat, ampunilah dosaku. Kuatkanlah Iman kami menghadapi cabaranmu. Bukakanlah pintu rezekimu dan jadikanlah kami makhlukMu yang bersyukur. Amin Ya Allah! "

Artikel ini diambil daripada laman web AnakBugis
[Amuk - Aku Mahu Pulang]

Dinner...
Pukul 8.00 malam gua dapat call dari abang Dien. "Nak pegi Puchong tak, makan malam kat sana?" Puchong tu bermakna rumah abang gua yang sorang lagi, Zamri. Mak ayah gua ada kat sana, sesambil nak ambil diorang balik dok rumah abang sulung gua. Senang nak hantar mak ayah balik kampung besok. Gua ok jer, perut tengah meraung minta diisi "Ok, datang ambil orang lepas pukul lapan, skang blom mandi, lagipun drama Kantonis belum habis lagi." [The Files of Junior Bao II]

Best gak sekali sekala dinner ngan family, bukan selalu beb! Ingat senang ke nak dapat peluang macam ni. Bermesra ngan kaum kerabat, pergh! Bermakna sekali hidup gua... Dalam pukul 11.15 mlm gua bertolak pulang. Yang buat gua hangin tu, ada kaa dah lah naik Kancil, penumpangnya pulak sampai 6 orang. Maunya tak sendat. Rasa cam dok dalam tin sardin. Rasanya ikan sardin pun tak rasa macam tuh kot?!!

Abang Dien hantar gua balik rumah dulu. Sekali gua dapat sms dari Li Selasih. Nak bagi Business Card baru untuk gua. Kalau ikutkan hati, gua penat dan ngantuk, malas nak jumpa dia. Tapi dah sifat gua tak suka hampakan harapan orang...

"Mie, jumpa kat NZ" sms Li Selasih.

"Ok, tunggu, jap lagi sampai!" gua lak balas.

Lama gak lepak kat NZ Curry House kat Wangsa Maju ni. Kalau tak silap sampai kul 3 pagi. Mat Dien pun join sekali gak. Ceh, rupa rupa nya dia pun dapat Business Card jugak. Masing masing dapat jawatan tinggi. Gua nya jawatan, IT Manager. Mat Dien lak Mechanical n Electrical Manager [M&E Manager]. Perghh.... Lepas ni bolehla gua ek skit! Hehehe... [Exists - Langkah Seiringan]

8.7.03

Selasa, 8 Julai 03 - Zam ngan Syana dah bawak balik anak diorang dah. Ada kat rumah tu haa... Maknanya penghuni rumah gua skang 4 orang lah. Tapi tak pasti lak Zam betul betul nak letak anak dia kat rumah tu. Biasanya dia tinggalkan kat rumah maknya atau rumah mak Syana. Mungkin dia saja nak main main ngan anak dia seminggu. Lepas tu hantar balik rumah mak bapak diorang.

Gua macam biasa la, anak dia ada ker takde ker, ok jer. Anak dia takut sangat ngan gua. Apa, dia nampak tanduk ke atas kepala gua??? Apsal haaaa, semua budak budak kecik tak suka kat gua. [Mungkin pasal gua berbintang Taurus kot?!!] Semua nangis kalau pandang gua. Anak sedara sendiri pun takut kat gua gak. Takpe... takpe... lepas ni gua nak pakai kopiah la... kasi nampak alim sikit, baru budak budak berani masuk dekat kot!! Hehhe... Nama anak Zam Fira, tapi panggil Po' Ya. Appa da.... Gua rasa nama Fira ok apa... Ntah macam mana boleh jadi Po' Ya. Tapi best gak tengok orang ada anak ni. Bila la gua nak merasa ada anak sendiri ni. Kalau gua ada anak pun, tentu anak gua pun takut kat gua gak. Emmm... tak payah beranak lah!

[Therion - The Wild Hunt]

Kisah Sedih Dari Kawan...
Petang lepas lunch gua try online jap. Tengok orang sama jer... Ingat malas nak chat pasal gua takde cerita hari ni. Tetiba jer gua dapat online msg dari Tasya [Memang nama sebenar!]. Aiseh, tak nampak lak nama Tasya online. Ok gak nih, boleh sembang panjang ngan dia. Lagipun dah lama gua tak chat ngan Tasya. Jumpa? Lagi lah lama... Macam mana nak jumpa, cik adik tu skang kat Perth, tengah belajar lagi. Bila balik gua tak tau. Nampak cam tak nak balik jer... Hehehe [Jangan marah aku Tasya, gurau jerk!] Sebenarnya ada cerita sedih yang diceritakan kat gua. Pasal peribadi lah tu... Gua tak boleh nak story panjang lebar nanti jadi gosip lak. Lagipun hal peribadi orang tak elok diheboh hebohkan. Kan Tasya kan?!!! [Ini dikira heboh gak ke?]

imie "Ko kenapa? ada prob ker?"
tasya_hardy "problem besaq la yang. ko kalau dgr mesti takcaya kan"
imie "apa nya?"
tasya_hardy "boifren aku laa. i mean ex boifren aku"
imie "haa....?"
tasya_hardy "dah ex pon"

Hmm... Gua terkejut jugak beb. Dulu gua tau diorang bahagia sebagai couple. Skang apa sudah jadiii??? Takde jodoh nak buat macam mana. Gua sendiri pun penah experience gak benda benda macam ni. [Nanti gua tulis pasal C.I.N.T.A. nih!] Sadis beb! [Cradle Of Filth - Red Roses For The Devil Whore]

tasya_hardy "aku tak kesah tapi naseb baik aku kat sini. Kalau aku kat mesia mmg nahas laa dia"
imie "lantak ko lah tasya. aku dah cakap awal awal. jadi apa apa jgn salah kan aku lak"
tasya_hardy "hahaha. apa yg bole jadi kat aku"
imie "tak tau. macam macam bole jadi"
imie "ultraman ker, batman ker, hahahhaa"
tasya_hardy "hahah, aku nak jadik hulk ni ko tak kire, hahaha"
imie "macam nilah... balik nanti bawak balik mat saleh sorang"
tasya_hardy "tu yg aku plan pon"

Madah ::"Adakala hidup ni membosankan. Adakala hidup ini sungguh bermakna. Turun naiknya umpama roda berputar"

Sabarlah Tasya, hidup ini penuh dengan dugaan. Suatu masa kita gembira, suatu masa kita sedih. Yang pastinya Tuhan menguji kita dari pelbagai sudut tanpa mengira kita senang atau susah. Tawakkal je la... Gua selalu beringat walaupun gua senang, itu pun adalah dugaan Tuhan gak. Dia nak tengok kita bersyukur atau tidak.

Gua teringat dulu pernah seorang kawan gua cakap "Kalau simpan barang mana mana dan kita yakin ianya tak hilang, barang tu tak akan hilang"

Gua tanya balik "Habis kalau hilang jugak???"

Dia jawab "Redha je lah, itu ketentuanNya" Macam tu pulak....!

[Hypocrisy - Don't Jugde Me]

7.7.03

Isnin, 7 Julai 03 - Hari ni gua datang opis awal lak. Selalunya kul 9 atau lebih lebih sikit. Tapi hari ni gua datang awal sikit jer, 8.57 pagi, hehehe!!! [Linkin Park - Figure .09] Sabtu halfday, Ahad lak cuti. Tak sempat nak tulis masa cuti, sibuk banyak. Biasaklaa, mak ngan ayah datang KL, kena selalu bersama ngan diorang. Nanti kecik hati diorang kalau gua tak datang jenguk. Semalam gua rasa seronok jugak, pasal satu fanily berkumpul, jenjalan kat Genting Highland. Bukan senang gua nak join sekali dengan kaum kerabat gua ni. Selalunya gua sorang jer la yang bz sampai tak sempat nak jumpa semua. Abang abang gua semua orait, Sabtu Ahad cuti, best! Ada banyak masa nak buat itu ini. Gua pegi Genting dua buah kete. Dua dua Kancil. Iskh... bilalah dapat naik kete sendiri ni? Selama kat Genting tu gua tengok mak ayah gua happy jer. Alhamdulillah, dapat gak diorang naik ke Genting. Pertama kali tuu... Gua? Baru 2 kali, heheh!

Email...
Minggu lepas gua dapat emel dari Ard. Satu petikan yang buat gua rasa teruja, tergamam dan tergezut. Gua tak pasti isi kandungan tu benar atau salah, cuma gua takut kalau kalau ia benar. Maknanya hari yang dijanjikanNya dah dekat dah tu... Nauzubillah... Wallahualam!

"DUA Gerhana pada Ramadhan 2003
Pejabat Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu Keajaiban yg akan berlaku pd 9 & 23 November 2003, di mana akan terjadi satu gerhana bulan & satu gerhana matahari pada tarikh2 tersebut tidak lama lagi. Tarikh itu akan jatuh pada bulan ramadhan 2003. Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 & berakhir pada 27 November 2003. Dgn itu tarikh 9 & 23 akan jatuh dalam bulan Ramadan.

Gerhana bulan pada 9 November 03 akan dapat dilihat di seluruh negara Eropah, Asia Tenggara, Benua Afrika dan Amerika. Manakala gerhana matahari pd 23 November 03 pula akan dialami penduduk Antartika & Selatan Laut Hindi.

Oleh itu kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara kita yang boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan fakta dibawah. Seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :

" kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w" (Ikmal Al-Din m.s 361)

Assalamu'alaikum"

Paham paham je la...!

Sani...
Malam semalam lepas gua balik dari Genting, gua lepak kat rumah ngan Naswan. Sekali Sani call cakap nak datang rumah. Dah lama rasanya tak jumpa Sani. Kalau dulu masa tengah study selalu gak dia datang. Skang dia tengah buat latihan praktikal, ambik jurusan elektrik kuasa. Sibuk katanya... tu yang tak sempat nak jenguk gua tu... Satu lagi orang dah ada awek, biasaklah... Bila dah jumpa tu macam macam lak perkara yang ditopikkan. Dari kartun Ultraman, Japan Super Heroes, Dragon Ball GT, kereta, awek sampaila kenangan dulu dulu masa masing masing kat Teknik. Heboh satu rumah! Hahaha... Lepas dinner sama sama, dia terus blah. Gua pun blah jugak. Tak larat nak melepak kedai makan lama lama, pasal masing masing keje besok.

"Eh, gua dok sembang pasal kartun ke??? Macam budak budak!" Tak sesuai betul bagi gua nak citer pasal kartun.

Peristiwa Petang Sabtu...
Hari ni gua janji nak jumpa Liza. Liza nak balik Kelantan, nak naik bas kat stesen Putra. Gua dah janji nak tolong hantarkan sampai hentian Putra. Sekali dia bagitau abang ipar dia nak tolong hantarkan. Aiseh... tak best lah camni! Gua segan kat abang ipar dia. Gua tak putus asa, berbekalkan Hikmat Usha Awek Peringkat Kelima, selepas 157 jurus pujukan, maka Liza bersetuju untuk jumpa gua.

"Nanti kita jumpa di LRT Setiawangsa kul 8 malam" sms Liza.

"Liza dah tak ingat dah macam mana rupe Mie"

"Alaa.. Takde orang lain yang lepak kat LRT kecuali Mie sorang jer. Kalau nampak orang macam malu malu tu, Mie lah tu. hehehe" [Malu konon... ceh!]

Janji kul 8 malam. Gua tengok jam, "Alamak... Dah nak kul 8 la... Kena pecut ni!" Gua tekan minyak, berdesup motor gua menghala ke LRT Setiawangsa. Gua harap gua sampai sana sebelom kul 8. Nanti Liza yang sampai dulu tak best la. Tak gentleman la gua. Heh! Masa tengah memecut tu tetiba ada sekor benda terbang halus masuk dalam mata kanan gua. Mak datuk nenek.... pedihnya mata toksah cakap la. [Padan muka, sapa suruh tak pakai helmet?!!] Gua berenti jap, nak buang benda terbang tu, tapi susah. Jam dah hampir kul 8, "Tak bole jadi ni, aku kena cepat. Nanti Liza plak yang tunggu aku!" Gua terus memecut ke destinasi.

[Evanescence - Fields Of Innocence]

Sesampai kat LRT tu, lepas parking motor je gua terus usha. Mana tau kot kot Liza dah sampai. Alhamdulillah, dia belum sampai lagi. Dalam hati asyik dup dap dup dap. Gua belum pernah jumpa Liza, so gua tak dapat bayangkan macam mana orangnya. Mata gua makin merah. Pedih tak ingat. Benda terbang tu ada lagi dalam mata gua. Tengah dok cuba sapu mata [sambil tunduk], gua terpandang sorang awek baru melangkah nak naik tangga. Dia senyum kat gua. Senyuman pertama daripada seorang kenalan baru yang cukup bisa membuat lelaki lelaki hensem tangkap leleh. [Gua pun meleleh gak, adakah itu bererti gua........?] Ya Allah, senyuman itu cukup bisa membuat jantung gua gugur... Senyuman yang cukup manis pernah dilemparkan pada gua. Tak tahan beb, itu baru senyuman jer... Hilang sekejap sakit mata!

"Dah lama tunggu?"

"Tak lah, baru je sampai, hehehe" Gua tersengih sambil mata tak lepas pandang kat Liza.

"Macam mana bole tau saya Mie?" Gua sesaja tanya..

"Tengok Mie pandang Liza macam malu malu jer..." Heh, ada ke aku ni pemalu? Hmmm... dia belum kenal siapa Imie. Gua gelak! Sebenarnya gua pandang Liza sambil tunduk, tu yang dia nampak cam malu malu tu. Sebenarnya gua tengah tahan sakit. Mata gua pedih giler... Masa beli tiket lrt pun benda terbang tu ada lagi. Masa kat dalam lrt putra, Liza tolong buang benda tu dengan tisunya. Alamak, romantiknya!

Lepas sampai kat stesen Masjid Jamek, kitorang tukar lrt lak. Naik STAR. Lepas tu terus ke PWTC. Sepanjang dalam lrt, banyak gak bergurau ngan Liza. Manja betul! Dia takut sangat... takut tertinggal bas. Hehehehe.... Gua saja nyakat dia, bagi dia bimbang. Gua hantar dia sampai dalam bas Transnasional. Dia dok tepi tingkap, asyik pandang, senyum kat gua dari dalam bas. Gua malas nak blah lagi, rugi! Gua pandang Liza sepuas puasnya. [Sebenarnya tak puas pun, rasa nak pandang lagi!] Gua rasa seronok sangat bila pandang wajah Liza. Sambil menunggu dari bawah, gua borak ngan Liza pakai handphone. Sempat lagi tuu... Lepas bas gerak jer, gua terus melangkah pulang. Ondeway balik umah, Liza sms gua...

"Akum Mie, terima kasih kerana hantar Liza dan beli tiket lrt, ok" Sama sama... Liza!

[Headwind - Kita Serupa]

5.7.03

Sabtu, 5 Julai 03 - Assalamualaikum w.b.t...
Awal gua menulis hari ni... Selalunya petang petang dalam kul 4.30 atau kul 5 baru start. Gua banyak idea nak tulis tapi tak tahu nak start yang mana dulu. Fening fening... Mak ngan ayah gua ada kat KL sebenarnya. Baru sampai semalam kot. Tak pasti plak kul bape pasal abang Dien call gua pun, my parents tu dah ada kat umah dia pun. Tanya samaada gua nak ke rumah dia atau tak. Huisshhh.... mak ayah tersayang, sapa tak nak jumpa. Dahlah gua ni selalu bz, susah dapat cuti. Jarang sekali balik kampung. Kesian kat mak ngan ayah gua, kalau rindu kat anak anak, bukannya anak anak yang datang melawat, tapi diorang yang datang melawat anak anak sendiri. Patut kaa jadi macam tu? Memang tak patutt... [Rasa nak menitik air mata bila teringatkan mak dan ayah gua] Gua harap perkara macam ni janganlah selalu berlaku dalam hidup kita. Tapi semalam gua tak dapat jumpa diorang, aiseh! Ada hal sikit.

Carrefour
Semalam Naswan sampai. Dia cuti 3 hari, Sabtu hingga Isnin. Dulu dia housemate gua. Tapi selepas dapat tawaran keje kat MRSM Kuala Lipis, dia pindah. Dok sana la. Tapi dia jenis yang tak lupa kawan, baguzzzz. Selalu datang lepak rumah gua. Waktu waktu cuti, dia akan datang. [Boyzone - You Needed Me] Semalam gua pegi Carrefour ngan dia. Nak buat cermin mata baru katanya. Gua temankan je la... Masa kat kedai cermin, sesambil menunggu dia siap tempah cermin mata tu, sempat jugak lah gua test mata gua. Free... takpe! Result test mata gua mengatakan gua rabun jauh dan silau. Kalau pakai cermin mata, power dia 50. 50 ok lagi kot. Hehhe...

Amoi tu cakap "You kalau mau pakai cermin mata sekarang dah bole dah"
Gua balas "Nantilah... Tunggu sampai power dia 100 baru I pakai, lagi pun pakai cermin mata lecehlah, nak kena jaga"
Amoi "Leceh nak jaga apa? Mata ker cermin mata?" Aik, perli gua ker...!

Sabtu Oh Sabtu...
Hari ni gua halfday jer, biasaklah Sabtu. Tapi yang gua tak puas hatinya, gua kena kerja setiap Sabtu. Kerajaan pun ada gak cuti Sabtu Pertama dan Ketiga. Tapi gua, mana ada cuti Sabtu. Tiap tiap minggu kerja. Gua nak buat hal sendiri susah. Nak bayar bil api air, bil telefon, apa apa bil la... nak pegi pejabat pos, nak apa lagi... semua urusan yang berkaitan. Kalau gua cuti, at least mana mana hal yang terbengkalai tu bole lah disettlekan. Kalau tak, memang tak sempat lah. Dulu penah sekali mak gua mintak sen kat gua, 2-3 minggu lepas tu baru gua dapat bagi. Itupun bila gua dah transfer kat account abang gua, kalau nak harapkan sendiri pegi bank memang berjanggut lah gamaknya. Mana ada masa. Bila lah agaknya gua nak dapat cuti hari Sabtu nih...

Moral: Sesapa nak carik keje, pilihlah kompeni yang cuti Sabtu Ahad. Kalau tak, problem....

Download...
Hari ni gua banyak mendownload jer. Takde keje nak buat, hehehe! Best kan... Semalam gua jumpa Ery, dia suruh gua downloadkan seberapa banyak lagu mp3 kat internet, nak burn katanya. Buat bisness ker cik abang?!! [ACAB - Where Have All The Bootboys Gone] Nasib baik skang ni gua sedikit free, bolelah buat kerja kerja mendownload ni. Yang tak tahannya, lagu lagu yang nak didownload ni semuanya power power gitu. Antaranya Morbid Angel, KREATOR, IMPIETY, Deicide, Cradle Of Filth dan macam macam lagi la. Walaupun gua layan lagu ni semua, takdela sampai nak download, burn then buat bisness. Setakat dengar sendiri cukuplah. Jangan sampai nanti kita dicop lanun lak. Nak ker? Gua sendiri dah lama tak aktif dengan lagu lagu nih. Tapi sekali sekala layan gak, hehehe... aiseh... gua dapat sms, abang gua tengah tunggu tuh. Okla... Sambung minggu depan lak... Cau lan cau!

HAIL METAL 666- Peace!!!!
[Children Of Bodom - Bed Of Razor]

4.7.03

Jumaat, 4 Julai 03 - Ni salah satu emel yang gua dapat dari salah sorang member, sorilah pasal gua tak ingat sapa [Ard, ko ke yang emel kat aku???]. Emel yang gua dapat ni berkisar tentang satu family yang ntah hapahapa ntah. Naik pening kepala gua baca cite ni. Korang bacalah sendiri... Gerenti lepas tu kena telan Panadol 4 bijik 2 kali sehari selepas melantak, hahahahaha!

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... .
Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang
mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah
dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli,
Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.
Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai
Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian,
Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul
adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada
isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak
seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee.
Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak
dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar
kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah
Ramli, jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya,
isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak
Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah
datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk...
.. nennooo... nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku
pening... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih.. bangang
sehhh...!!

Amacam, ok tak cite ni? Best kan... [Macam sial...!] Tapi secara tak langsungnya ada pengajaran di sebalik cerita ni. Ye lah, cuba bayangkan kalau benda macam ni betul-betul jadi, haru beb! Sebab tu la dalam Islam sendiri menyuruh umat nya berkahwin dengan orang yang jauh. Maksudnya, seboleh bolehnya jauhkanlah daripada berkahwin dengan saudara terdekat. Takut nanti kan jadi macam cerite kat atas tu... Secara lojiknya lah... Ini pendapat gua jer... Sorilah kalau ada silap!

Teka-Teki
Ok, Ingat teka-teki semalam? Gua ulang lagi sekali aaa.... Soalannya: Apakah perbezaan antara asap air sejuk ngan asap air panas?

Jawapannya senang jer... Asap air panas naik atas, asap air sejuk turun bawah. Betul tak? Wahahahaha.... gua jugak yang terer... Tapi ada satu jawapan dari sorang mamat tu namanya Joe [bukan nama sebenar, hehhe..] Dia cakap bezanya asap air panas datangnya dari air panas tu... Kalau air sejuk lak asap dia datang daripada ais, kalau takde ais asap pun takdelaaa.... betul kaa??? [Betul ka Joe? Mana hang dapat jawapan ni hah?] Ok, jawapan lain lak...sapa ada jawapan lagi??? Post kat gua... Nanti bole gua gelak kat lu orang lak, hahahaha.... [George Michael - Careless Whisper]

Guestbook & Hosting...
Terima kasih gua ucapkan kat si Ard. [Salute lu lah mat!!!] Gua tak sempat lagi nak carik orang yang akan rasmi guestbook tu. Alih alih dia yang rasmi dulu. Siap ada reben lagi tuuu.... Takpelah.. Dah ada orang tak perlu gua nak susah susah carik orang lagi. Dia orang pertama yang sign kat gua nyer guestbook. Harap-harap lepas ni ramai lagilah yang lawat weblog gua nih. Tapi jangan la lawat saja, isi sekali la guestbook tuh. Sesapa yang nak komen ker, komplen ker, puji ker, isi jer... Tak kena bayar pun [Dah lah free, percuma lak tuh!]. Tapi seeloknya janganlah gunakan bahasa yang tak elok. Ingat slogan "Bahasa Jiwa Bangsa". Nak ke orang cakap nama je Melayu tapi bahasa masyaAllah... So, sebaik baiknya apa apa komen atau komplen tu biarlah beradab. OK!
Gua plan nak ubah layout semua ni, dari weblog sampailah ke guestbook. Nak buat sendiri... Yang sekarang ni pakai template jer. Ingat nak guna Dreamweaver... tapi tak terer... Sapa terer tolonglah ajar gua, nanti gua kasi upah. Apa upahnya? Hehhe... Rahsia... Kalau takde orang nak ajar gua Dreamweaver, terpaksalah gua pakai frontpage jer... Itu pun kira ok gak. Hmmm... Tengoklah macam mana, insyaAllah dalam masa terdekat ni. Mungkin hosting akan tukar... Ini free nyer hosting. Macam mana buat? Tak boleh cerita, tau kat orang tu mamposs gua [Hosting sapa agaknya?]. Hehehe... Nanti jangan terkejut lak... Anyway, tak ramai orang tahu pasal weblog gua ni. Saja je malas nak kecoh kecoh lagi. Bila gua dah tukar layout semua barulah gua nak announcekan kat semua orang. Setakat ni baru 2-3 kerat je yang tahu... member member rapat jer. Yang tak rapat tunggu dulu lah... Heh!

[Elton John - Tiny Dancer]

3.7.03

Khamis, 3 July 03 - Alhamdulillah... nampaknya gua masih lagi berupaya untuk melakukan kerja kerja harian termasuklah menulis kat blog ni hari ni. Sebenarnya badan gua tak seberapa baik lagi ni... Walaupun tak demam dah, tapi panas sejuk panas tu ada lagi. Selesema pun tak hilang lagi. Hari hari dok gosok hidung sampai rasa sakit lak, melecet kot?!! Yang pastinya semua ni buat gua rasa tak selesa.

[Destiny's Child - Emotion]

Gua teringat minggu lepas masa tengah sembang ngan member gua [err... lupa la sapa], gua ada cakap dah lama gua tak rasa demam. Alih alih minggu ni demam. Astaghfirullah... Ni mesti Tuhan nak tunjuk kat gua lain kali jangan cakap besar. Dah elok Dia bagi badan yang sihat, dok mintak lagi nak sakit. Nah! Skang sapa susah, aku dan aku sendiri jugak yang susah! Padan muka. Lain kali tobat tak nak riak takbur lagi, heh!

Weblog...
Hari ni gua cuba masuk beberapa weblog orang lain. Tapi takde yang menarik sangat. Setakat ni gua suka masuk Esprit De Corps ngan Jongkang-Jongket jer. Sebabnya, artikel artikel diorang buat gua berfikir. Gua mana kenal diorang, tapi gua sokong idea idea diorang. Bukan yang lain tak best, mungkin gua tak jumpa lagi. Nanti kalau dah jumpa gua bagitau la. Kebanyakan weblog yang lain lain lebih kurang sama jer. Ye la, macam gua jer... just list down apa yang dilakukan setiap hari/minggu/bulan/tahun dan sebagainya. Gua sendiri dah buat cam tu, so kalau bole gua nak baca yang lain dari gua punya. Biar ada cerita dan isi. Tak kisah la politik ker... agama ker... student life ker... [gua bukan student lagi]. Gua bukan tak nak tulis pasal tu semua. Gua nyer idea banyak... tapi gua tak pandai bermain dengan bahasa. Olahan ayat yang bisa menidurkan orang yang tak mengantuk boleh la... hahahaha.... Gua tak layak jadi penulis. Gua tak penah bercita cita nak jadi penulis. [Penaip boleh?] Gua bukan budak sastera, gua dulu budak teknik. Tapi minat tu ada, tu yang gua cuba jugak untuk publishkan weblog ni, walaupun tak seberapa. Kira ok la ni... daripada takde langsung, tol tak?!!

Chat!
Tadi gua ada log in Yahoo Messenger jap. Gua tengok ramai jugak hari ni yang online. Gua bukan selalu dapat online nih. Tapi nak chat takut... takut kantoi! Nanti bos gua tau mamposs! Gua tengok jam hampir lunch time, so boleh la... at least dah nak lunch, time to rest lah beb. Sempat la gua chat ngan Faiz dan Zawari [Betul ke nama ni?] Tak banyak yang diborakkan ngan diorang. Aku banyak tanya pasal weblog aku jer. Yang lain cerite sampingan jer. Antara sedutan chatting aku ngan diorang...

imie: "Lu dah try masuk ka gua nyer weblog tuh?"
anthraks2002: "Dah pon, tak menarik ah. Geli mata gua tengok"
anthraks2002: "Gua tak baca pon... tengok je"
imie: "Hahahaha"

Memang gua dah tau musti lu kutuk punya... Tapi takpe, gua jenis tak kisah beb. Kutukan itu gua jadikan pembakar semangat untuk mengupdate dan mengupgrade weblog ni. Makacihhh... [Wei, gurau jer... jangan ambik hati lak] Ada kaa dia suruh gua letak gambar gambar 'melampau' dalam weblog ni. Tak patuttt.... Tapi at least itu idea dia la, sebab gua mintak idea kat dia. Idea tak semestinya nak kena ikut. Yang bagusnya idea no. 2 dia apa tau? Ni hah...

anthraks2002: "Aku bagi cadangan je, ko gak yg suruh aku bagi cadangan"
imie: "Idea negatif nak buat apa, bagila yg positif"
anthraks2002: "Kalau yang positif ko letak la senarai alamat2 masjid kat malaysia ni. Pastu ko letak no tepon sekali"
anthraks2002: "Siap dengan senarai imam yang bertugas, ok tak?"
anthraks2002: "Hehehe"

Patutkah gua ikut? Patutkah...?

Faiz & Bernama
Gua kenal si Faiz masa buat praktikal kat Bernama. Dia jadi IT Exec. Gaji pun masyukkk. [Tak gitu Faiz?] Lama dah tak jumpa ko. Kalau dulu masa gua free selalu gak lepak kat opis ko. Skang susah sikit, keadaan tak mengizinkan. Katanya jabatannya dah nak pindah opis. Dari Bernama ke Empire Tower. Lepas ni ke TPM [Taman Teknologi Bukit Jalil] Harap harap dapat jumpa semua kat opis ko. Kadang kadang rindu jugak kat diorang semua. Kak Leen, abang Dollah, Kak Sue, Abang Radhi, Riduan [Sekadar menyebut beberapa nama].

faizmuvin: "i love u"
faizmuvin: "wei.. tuh kak sue yg type.. kak sue kem salam cinta kat ko.. "
imie: "Haa????"
faizmuvin: "tuh la.. kak suehaila.. dia kem salam cinta kat ko.. dia kata i love u kat ko.. "
imie: "macam mana nak jawab salam tuh?"
faizmuvin: "ko kiss aja dia.. abis crita. "
imie: "hahahaha"
faizmuvin: "nanti ko call la dia.. untuk kak sue"
faizmuvin: "dia rindu karat kat ko.. "
imie: "bangga...banggaaaaa hahahha"
imie: "nanti semua ni masuk dalam weblog aku tau jangan terkejut pulak"

Latihan Praktikal
Terkenang kembali masa gua buat praktikal U kat sana. Macam macam hal. hehehe... [Aik, macam layan blues nampak] Paling best Che Mat - Boss kat situ. Sporting habis. Penah sekali dia bagi gua webcam & mic semata mata selalu tengok gua dok berYahoo Messenger. Mana mau dapat boss macam ni. Kalau bos korang tentu dia bagi jugak kot, tapi bukan mic & webcam, tapi notis berenti keje. Hahaha!

Lunch
Masa lunch tadi gua turun ngan Joe jer. Selalunya Azwan ada. Hari ni dia keluar mana pegi ntah la. Hari ni gua minum ais kosong jer. Sebut pasal ais kosong [a.k.a SkyJuice] gua ada satu teka teki. Soalannya : Apakah perbezaan antara asap air sejuk ngan asap air panas? Haa... jawab...jawab... Sapa betul dapat hadiah! Jawapannya, tungguuu.........!!!

[Linkin Park - Creep]

2.7.03

Rabu, 2 Julai 03 - Semalam gua hampir demam. Badan rasa tak sedap [Gua bukan makan badan laa...]. Maksud gua rasa semacam jer, panas sejuk. Dahlah dari pagi bawak ke malam asyik bersin jer. Hidung tersumbat tapi hingus meleleh, ajaib kan?!! Hari ni pun badan tak selesa lagi. Nasib baik pagi tadi sempat telan dua bijik panadol, rasa ok dah. Cuma hidung masih tersumbat lagi.

Hari ni keje tak banyak sangat... nak kena fotostat beberapa dokumen, lepas tu failkan. Sebelom lunch gua dapat sms dari Liza. [Liza lagi... Dia ada adik, nama Siti Zaleha - Cunnn...]

"Akum Mie, dah sihat dah? Jangan lupa minum air banyak ok!" Oh Liza... hehehehe!

Nampaknya Liza macam ambik berat kat gua jer... [Gua yang perasan, heh heh!] Almaklumlah... heh!

[Westlife - Season In The Sun]