Lepas siap mandi, solat, sembang ngan Zam, baca komik, masuk toilet jap... gua terus memecut 'bini kesayangan' gua ke rumah Rudy. Mesti dia hangin gila... cakap nak datang terus, alih alih lewat sejam setengah. Hahaha... sorilah Rudy. Syok pulak sembang, lepak lepak kat rumah sendiri. Ye laa... saat saat akhir katakan, lusa dah nak tinggalkan rumah tu dah, timbul rasa sayang lak. Hmm... lepas buat lawak bodoh sikit ngan Rudy, settle. Dia tu marah kejap jer. Lagi pun bukan tak benda apa pun, masa gua sampai nampak dia tengah melayan VCD. Ceh!
Ondeway nak ke tempat tuan rumah tu, gua try call beberapa kali tapi tak dapat. Kalau tak masuk voice msg, mesti di luar kawasan. Hmm... takkan tuan rumah tutup handset kot!!! Orang nak kasi duit ni... tak nak ker? Maunya lebih 10 kali gua try call, still tak dapat jugak. Last last Rudy ajak pegi jenjalan kat Carrefour Wangsa Maju, nak survey barang katanya. Ye laa.. nak masuk rumah baru kan... barang barang pun nak kena beli baru. Ronda punya ronda punya ronda... banyak lah jugak barang yang berkenan. Boleh dikatakan semua barang kat Carrefour tu nak diangkut. Macam macam plan dalam kepala hotak ni, nak pasang ini lah, itu lah... beli ini lah, beli itu lah [macam pompuan... heh!]. Tapi duit takde! Huhuhu... :(
Last call tuan rumah dalam pukul 11.30 baru dapat. Baru dapat?!! Takkan pegi masjid semayang terawih habis pukul 11 lebih. Melampau tuh! Bila ditanya, rupa rupanya tepon dia rosak. Oklah, alasan diterima. Tak sampai 15 minit tuan rumah sampai kat tempat yang dijanjikan. Kali ni bini dia tak ikut. Bolehla gua mintak macam macam ngan dia, hehehe! Sembang punya sembang punya sembang, barulah gua tau tuan rumah ni polis. Bini dia pun polis, polis trafik. Dia sendiri lak kaki jual barang second hand. Cakap je barang apa yang kitorang nak, bagitau kat dia. Dia boleh dapatkan yang cantik cantik dan murah murah. Yang buat gua ternganga bila dia citer dia boleh supply barang perabot ngan perkakas elektrik murah murah. Nak apa? Cakap jer... kipas, peti ais, mesin basuh, kusyen, TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Sofa, meja makan, ah... semua jenis perabot la senang citer. Dah banyak kali dia buat kerja ni, dan ramai orang berpuas hati. Kalau setakat sofa kat kedai harga RM1200, dia boleh bawak kuar ngan harga RM300, gila kan? Hi-Fi Sony yang baru iklan kat paper, harga pasaran hampir RM3000, ngan dia RM700 jer. Siap cakap kalau ada RM700-RM800, boleh dapat dua barang besar, macam... mesin basuh ngan TV ker... peti ais ngan sofa ker... Tapi itulah, kalau rezeki, tak kemana. Bukan setakat perabot jer, nak sewa kete? Sewa rumah? Handset terpakai yang canggih canggih? Cakap sajee... Paling best, saman trafik pun boleh settle maaa... Oh ya, nak buat cash loan? Pun boleh buat jugak. Tarak hal lah... [Pergghhh!]
Pening gua, pening! Dia cakap barang tu tak boleh pilih sendiri. Pasal stor yang dia jaga hanya dia ngan boss dia je yang boleh masuk. Orang lain takleh, hmm... Nanti la, gua nak suruh dia ambik gambar pakai kamera gua. Hehehe... boleh la gua pilih sendiri nak yang macam mana. Rudy pun dah lupa dah kat barang barang yang kitorang survey kat Carrefour tadi. Heh! Mentang mentang dah nampak yang jauh lebih murah!
Gua betul betul rasa bertuah dapat jumpa ngan tuan rumah ni. Banyak barang yang dari dulu gua nak beli, tapi tak mampu. Alang alang dah ada barang murah, sambar je la. Barang second walaupun takde warranty, kalau still boleh guna apa salahnya. Selagi kita jaga ngan elok, ok la dia... ye tak?!
Panjang lebar lak rasanya bersembang ngan tuan rumah. Dah hampir pukul 12, gua nak kena hantar Rudy balik, lagi pun esok keje. Nak bangun sahur lagi. Lepas bayar deposit separuh, tuan rumah bagi resit. Balance nanti hari Sabtu, siap ngan perjanjian hitam putih katanya. Orait la tu, baru rasa yakin sikit, heh! [Alamak, lupa nak tanya tuan rumah... dia ada jual perempuan jugak ker? hahaha!];p
Malam ni gua tidur dalam senyum. Hehehe... plan brader... plan!