<<BACK | GESBUK?

2.10.03

Khamis, 2 Oktober 03 - Ya, betul! Citer LXG [League of Extraordinary Gentleman] memang best! Tak dapat dinafikan lagi, gua memang suka tonton citer yang pelik pelik. Semalam gua pegi TGV KLCC ngan Shimi. Jumpa kat sana. Nasib baik tiket dah reserved, so takdela kelam kabut nak beratur. Kena lak semalam Rabu, tiket half price. Orang ramai tak ingat.

LXG memang tak rugi ditonton. Lakonan Sean Connery best! Aksi aksi penuh mendebarkan... Terlalu banyak part yang actionnya gila gila. Grafik computer pun nampak canggih gak. Gua peratikan, grafik diorang seakan akan sama seperti dalam Lord of The Ring. Berlatarbelakangkan suasana pada kurun-19, di mana zaman penggunaan alat alat perang biasa digempakkan dengan kehadiran senjata canggih oleh orang yang tidak diketahui, Phantom yang ingin menakluk dunia dengan mewujudkan perang agar senjata senjata canggih ciptaannya di beli oleh negara negara kuasa besar untuk berperang. Dua kali pikir, ada la persamaan dengan zaman sekarang...

M,seorang misterius merekrut beberapa manusia yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk mewujudkan satu liga bertujuan menentang kebangkitan si jahat, Phantom. Diketuai oleh Allan Quatermain lakonan Sean Connery, liga yang terdiri daripada Captain Nemo - bekas lanun dari India dengan kapal selam yang melampau, Dorian Gray - manusia tak boleh mati, Skinner - invisibleman, Ms Harke - pakar kimia merangkap vampire, Sawyer - agen rahsia Amerika [orang biasa jer!] dan Dr Jekyll & Edward Hyde - kuat nak mamposs [kalah Incredible Hulk].

Mereka semua ditugaskan menghapuskan si Phantom dan menggagalkan rancangan jahatnya. Namun tanpa disedari, dalam liga itu sendiri terdapat seorang pembelot, yang ditugaskan untuk mengintip pasukan liga dan mendapatkan sampel darah dan cecair dari badan setiap ahli liga untuk mewujudkan angkatan tentera berkuasa pelik. Askar sekuat Hyde, pembunuh berdarah Vampire, perisik halimunan dan mencipta kapal secanggih Nautilus - Ocean Sword, kapal selam milik Captain Nemo. Siapakah yang menjadi pengintip Phantom? Siapakah Phantom sebenarnya? Siapa pula M?

Saya tak nak cakap... Anda sendiri ceritakan... Hehehe.

Rating::4 bintang + Thumb Up!

*Kesilapan telah dibetulkan. Thanks Sya!