<<BACK | GESBUK?

15.10.03

Rabu, 15 Oktober 03 - Pernah dengar radio kat internet? Yang gua tau Era jer... itu pun tak nah dengar, hehe. Hari ni nak ceritakan sikit... pasal kewujudan radio internet yang baru bertapak di ruang siber nih. Namanya Techfm Radio - Internet Radio Made In Malaysia. Gua tau pun pasal abang gua yang bagitau. Penubuhan awal radio internet ni hanya 'on air' secara LAN [internal] di kalangan mereka mereka jer. Lama kelamaan, diorang buat untuk semua pendengar, tak kira secara internal atau external.

Apa pun, sesapa yang mendengar lagu secara online ni hanya boleh membuat permintaan lagu dan tujukan ucapan sahaja. Takdelah sebijik cam radio Era... Radio Muzik, THR dan sebagainya. Takde iklan, takde cerita, takde sembang melalui telefon. Satu segmen yang paling best siaran radio ini hanyalah mendengar DJ bertugas merepek sensorang. Sesapa yang nak bertanya, boring tak buat apa, nak buat ucapan, tuju lagu, bagi cerita kat DJ, bolehlah chat ngan para para DJ berstatus amatur menggunakan Yahoo Messenger. Ini bukan DJ import tau, Ipoh mali juga... hahaha.

Hari hari gua kat opis mesti layan radio ni. Sesaja nak dengar para para DJ dok mengarut. Kadang kadang DJ buat lawak gua gelak. Gelak bukan kerana lawak, tapi kerana lawak tak jadi. Hehehe. Dah lah si DJ pun cakap sempoi habis... Ni mesti kaki lawak kat opis semua ni... Pernah sekali gua nak buat permintaan lagu. Nasib la kot, dapat chat ngan salah sorang DJ tak terkenal, immortal.

zhoulsz: Dj bertugas?
Matrox_72: Immortal
zhoulsz: Okeh... Permintaan lagu... Boleh?
Matrox_72: Boleh.
zhoulsz: Nak lagu Slam - Gerimis Mengundang! Tuju ucapan?
Matrox_72: Uh ah laaaa. Adihhh. Jap ekkk. Tak Mungkin Berpaling ada la.
zhoulsz: Alamak... tak kena la... tgh frust nih!
Matrox_72: M Nasir. Mencurah di daun keladi?
zhoulsz: Hmm... Jap nak tgk lirik, kalau kena, bolehla.. aiseh... lirik tak power la. Okla. Exists - Frustrasi.
Matrox_72: Takde la.
zhoulsz: Laaa... Macam mana dj takde lagu ni?
Matrox_72: Sori.
zhoulsz: Ok, lagu yg diputarkan dalam format apa? Mp3?
Matrox_72: Yup!
zhoulsz: Transfer lagu boleh? Biar saya transfer ke sana...
Matrox_72: Tak boleh. Behind firewall.
zhoulsz: Hukalloh laaa. Macam ni la, dj putarkan lagu yang mengisahkan pasal org putus cinta. Tapi tak nak yang jiwang meleleh cam band budak budak. Lagu lagu lama laa...
Matrox_72: Alaaa. Lagu apa yg nak nie?
zhoulsz: Spring - Pesanan Buat Kekasih. Ada ker?
Matrox_72: Jap. Takde.
zhoulsz: Huhu. Bertambah tambah sedih aku... kumpulan Kulit ada?
Matrox_72: Kulit?
zhoulsz: Takde la tu... kulit, band dari Pasir Mas. Penyanyi dia nama Azmani. Tajuk Sedih Aku Pedih.
Matrox_72: Sori!
zhoulsz: Emm... takde gak! Ukays ada?
Matrox_72: Jap. Tajuk Pahit Akan Manis Akhirnya ada.
zhoulsz: Ok. Cantik. Nak lagu tu la.
Matrox_72: Done!
zhoulsz: Ucapan boleh buat?
Matrox_72: Boleh. Lepas lagu ni...
zhoulsz: Ok, lagu ini ditujukan kepada mereka mereka yang pernah atau baru break ngan girlfriend. dengan ucapan SABOR JE LA. DAH KITA TAK HENSEM NAK BUAT MACAM MANA? YE TAK?!! Hehhe...
Matrox_72: Hehehe. Ok.
zhoulsz: Ok dj, tq bebanyak! Jumpa lagi.
Matrox_72: Okies!

Cara cara untuk mendengar radio ni boleh dibaca kat web Techfm. Just klik and listen. Try lah, have fun yourself! ;p

Kelakar siootttt...!!!