<<BACK | GESBUK?

22.10.03

Rabu, 22 Oktober 03 - Masa makin suntuk! Posa kemungkinan start pada 27/10. Maknanya, gua ada 5 hari je lagi untuk dapatkan rumah baru. Mana nak carik beb?! Gua dah terdesak nih... Kalau gua tak dapat carik dalam minggu ni, terpaksalah gua menumpang umah abang gua dulu. Mana nak, Gombak atau Kinrara? Kinrara jauh beb! Gombak senang jer... hmm... nanti lah! Apa pun gua mesti dapatkan rumah baru.

Kalau ikutkan hati, gua tak nak pindah tapi ini housemate nyer pasal laa... Pada awalnya rumah yang gua dok skang adalah rumah bujang. Gua tinggal ngan member member sekelas masa study dulu. Bila dah habis belajar, seorang dua blah pasal dapat keje kat tempat lain. Last last tinggal gua ngan Zam jer. Si Zam lak sebenarnya dah kawin. So, bila kitorang tinggal berdua, dia nak bawak masuk bini dia pulak. Gua jenis yg tak kisah... lantak lu lah Zam, asalkan bini lu tak segan ngan gua, hehehe.

Bila masuk bulan posa nanti, Zam nak ajak pak mertua dia dok situ lak. Alasannya, keje kat KL rumah kat Kajang, ulang alik hari hari pakai motor. Orang tua... so kena lah pulak bulan posa ni, kira tak larat la konon. Hmm... kalau pak mertua dia masuk, dah kompem mak mertua pun join sekali, anak Zam pun tentu ada sekali. Laa... ini bukan rumah bujang dah, ini dah jadi rumah family. Dah angkut kaum kerabat lepak sama sama... Zam ada pikir tak pasal gua ni sebenarnya? Arrgghhh... tension. Tapi gua tak nak besar besarkan hal... gua jenis tak cerewet nyer orang... biaq gua susah, asalkan member senang. [Susah nak carik orang macam gua ni, hehehe!] ;p

Mana nak carik rumah yer?

Plan
Gua jumpa Rudy. Nak plan pasal rumah baru. Dia sebenarnya tinggal kat rumah sewa kat Gombak sekali ngan Iwan, supervisornya. Bila gua story pasal nak pindah, ye ye jer nak join sekali. Pada hal, rumah dia dah ok jer. Bila gua tanya apsal, dia kata tak berapa best dok sana. Nak pegi keje jauh, nun kat jalan Ampang. Dahlah Iwan dah nak kawin. Kengkadang Iwan pun selalu bawak balik tunang dia ke rumah tuh. Walaupun Rudy tak kisah, masalahnya tunang Iwan ngan dia tak sekepala. Pantang jumpa asyik nak tarik muncung masing masing! Susah gak. Itu pasal nak join ngan gua.

Canteekkk!!! Dah ada geng dah! Skang gua nak dapatkan satu rumah area Keramat atau Dato' Keramat. Tak kisahlah 2 atau 3 bilik, janji rockkk rumah elok, ok, sesuai, senang nak pegi keje dan senang transport awam. Sapa sapa ada info bagitau laa... ekk! Gua pun bukannya nak duduk ramai, maksimum pun 3 orang jer. Kalau dulu masa study lagi bolehla, satu rumah sampai 11 orang. Semua pakai motor, sampaikan rumah dah tak macam rumah. Sekali tengok... cam bengkel motor, hahaha! Skang dah keje ni, tak sesuai la nak dok ramai ramai. Tak aman! Serabut! Takde privacy! Apa yang gua nak, seeloknya sorang satu bilik. Boleh buat hal sendiri sendiri [apa tu? hehhee!].

Semalam dah pergi tengok satu rumah kat Ukays Perdana, apartment 3 bilik. Hmm... cantik. Murah. Boleh nampak permandangan sekitar KL. Ikutkan hati, gua nak jer. Tapi nak kena tanya Rudy dulu... kalau dia setuju, gua orait jer. Masalah untuk dia kalau dok situ. Kena menapak dulu... tinggi beb! Gua nak pegi keje ok jer, turun bukit terus masuk highway... setakat Cheras takde la jauh sangat. Tapi dia, ngan Honda C70 nya... nak ke Renaissance tu... hmm.. berpeluh sakan la jawabnya! Hahaha... entahlah, apa apa hal petang ni jumpa Rudy, bincang balik!

Tuan rumah cakap... sapa cepat dia dapat. Gua cakap... cepat dapat cepat habis duit, hehehe.

[Anuar Zain - Keabadian Cinta] - Techfm -