<<BACK | GESBUK?

1.10.03

Rabu, 1 Oktober 03 - ...sambungan daripada kisah Ustaz.

Ahad, pagi tu gua bangun tidur lewat, dalam pukul 3 petang rasanya, hehehe. Tidur mamposs! Ops, jangan tuduh sembarangan, gua solat Subuh jugak beb, huh! Selepas mandi, solat Zuhur... gua pegi rumah Lan & Rudy. Nak ajak diorang makan tengah hari sekali. Sifat gua takleh makan sorang sorang, kena berteman. Sebab, masa makan ngan member member, ada satu perasaan timbul. Selesa! Sambil melantak, sembang sembang... buat lawak bodoh cerdik... bergurau senda... [eh, cam kuar ngan awek lak! hehehe.] Seronok.

Sesampai rumah diorang, gua tengok Rudy ngan Lan tengah sembang ngan salah sorang housemate diorang, Shahril. Gua pun join sekali... Borak lebih kurang, gua ajak pegi melantak. Tak tahan dah, lapar sangat nih! Memang best borak ngan 'hantu' berdua tu, melawak sepanjang masa. Kalau dah berjumpa, mesti tak kering gusi dibuatnya, heh!

Gua: "Macam mana ngan tepon tu? Ada apa apa perkembangan?" gua tanya Lan.

Lan: "Ntah, aku dah call balik Ustaz tu. Dia kata dia buat sembahyang hajat nanti. Dia takde skang, pegi Pinang."

Rudy: "Malam ni kitorang plan nak gi jumpa bomoh lak, nak ikut?!!"

Gua: "Waahhh... best tuh! Boleh la. Aku tak sabar nak gelak ni. Hehehe." Gua memang tak boleh tengok orang buat acara perbomohan, mesti nak gelak. Gua akan rasa geli hati. Mungkin excited sangat kot!

Dengar citer bomoh tu boleh menilik dalam air. Hohoho, bahaya ni. Kalau tak nampak alamatnya nak mamposs! ;p

Jumpa Bomoh
Kami berlima, gua, Lan, Rudy, Shahril dan Iwan. Kami tahu pasal bomoh ni pun dari ayah Iwan la. Kitorang sampai rumah tok bomoh lebih kurang pukul 11 malam. Itu pun dengan pertolongan orang orang kampung. Segan gak dok tanya orang, mana rumah bomoh itu ini... Sah sah orang pikir yg bukan bukan. Masuk lorong keluar lorong, belok kiri kanan, akhirnya jumpa. Laa... senangnya nak carik. Pada hal kat tepi jalan raya jer. Kenapa la kitorang boleh ikut longcut? Siyol...

Tok bomoh biasa dikenali sebagai Wak. Wak ni orang Indon agaknya, dengar pada slang percakapan dia. Hmm... lama gak menunggu, ikut turn. Adala lebih kurang 20 minit, sampaila turn kitorang.

Wak: "Ye.. apa masalahnya?"

Lan: "Macam ni Wak, sebenarnya kitorang berdua ni bla bla bla..." detail habis si Lan cerita.

Wak: "Ada bawak air?"

Gua hulurkan air mineral bersaiz 1.5ml. Tak guna lagi air tu, ambik dalam kete gua. Ingatkan nak simpan dalam kete jer, buat minum. [Beli kat stesen pam Petronas, heh!] Takpela... guna lah, nanti gua beli yang lain. [Hampeh!] Gua tengok Wak bukak penutup botol, kemudian baca beberapa ayat. Dengar cam ayat al-Quran. Beberapa kali diulang bacaannya. Dalam dengar tak dengar jer... apa yang disebutnya gua tak paham. Apa pun, memang gua dah tersengih dah, cepat cepat gua tutup mulut ngan tangan. Gua pandang diorang semua, masing masing pun tersengih gak! Semua nak tergelak, tapi cover. Tahu kat Wak kan, kena terajang pulak. Dikatanya kita tak percaya kat dia kang susah lak. Hahaha.

Yang gua dengar dan paham hanyalah perkataan "tolonglah..." daripada Wak. Beberapa kali diulang sambil menjenguk ke dalam botol air mineral tuh. Macam dok skodeng [mengintai]!

Wak: "Hah tu dia... Dah nampak. Orangnya berkulit cerah. Muka bulat bulat. Rambut sikat ke belakang. Badan biasa jer, tak besar tak kecik."

Gua: "Ada misai ker... janggut ker...?"

Wak: "Takde. Kamu nak tengok?"

Lan: "Oh, semua boleh tengok ke Wak? Tak pe ker?"

Wak: "Takpe... takpe... tengok jer. Semua boleh!"

Lepas tu semua berebut nak tengok. Bergilir gilir kami pakat intai dalam botol air tu. Tapi, hasilnya... nampak air je la! Nasib baik botol, lubangnya kecik. Kalau dalam baldi, maunya nampak imej muka sendiri. Nanti dikatanya muka kita lak muka pencuri, hehehe. Wak kata, wajah orang tu takkan hilang dalam masa 3 hari. Maksudnya, kalau bawak balik air tu, masih boleh ditengok di rumah. Kalau nak lebih jelas, boleh tuang air tadi dalam bekas yang lebih besar. Ye ker Wak ni? Gua tak yakin sangat... Tapi ikut je la. Katanya lagi, renjis renjiskan sedikit air di tempat telefon yang hilang tu, kemungkinan pencurik tu akan rasa tak sedap badan.

Lan: "Kalau orang tu tak pulangkan jugak macam mana Wak?"

Wak: "Wak boleh buat dia pulangkan. Ada bawa kain sapu tangan?" Lan hulurkan dia punya.

Gua tengok Wak angkat botol tadi lalu diletakkan betul betul atas penghujung kain sapu tangan. Dia baca jampi serapah apa ntah, sambil menggulung kain itu secara perlahan lahan, dari hujung kakinya hingga ke botol air. Kemudian, disimpul simpul kain tu seperti ikat mati. Katanya, selepas disimpul, pencurik tu tak akan dapat berak kencing. Selagi tak dibukakkan simpulan tadi... Maknanya, kalau tak bukak sampai bila bila, orang tu boleh MATI! Kejamnya... Wah harap kalau dah dapat balik telepon tu nanti, jangan lupa untuk bukakan balik simpulan tu. Lan ngan Rudy hangguk jer. Dalam hati, dok pikir nak pedajal orang jer gamaknya, heh!

Selepas bersalaman ngan Wak, kitorang terus balik umah. Kesian gak gua tengok orang tua tuh. Dari padi bawak ke pagi, tak rehat. Orang datang tak putus putus. Disebabkan ada lagi orang sedang menunggu, kitorang blah dulu. Bagi peluang kat orang lain lak. [Peluang buat jahat kat orang!]

Dalam perjalanan balik, masing masing bukak mulut...

Lan: "Wei, ko nampak tak?. Aku tak nampak lah!"

Rudy: "Aku pun tak nampak! Ko nampak, Mie?"

Gua: "Ntah, takde pun! Nampak air ada laa, hehhe..!"

Iwan: "Itu maknanya korang nak mamposs!"

Hahaha. Teringat kat Pak Belalang...

[Mistik - Perjanjian Syaitan]