<<BACK | GESBUK?

24.10.03

Jumaat, 24 Oktober 03 - SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI! Gua tak sambut... heh! Aiseh mennn... hari ni Jumaat, tapi gua tak pegi solat Jumaat. Bukan tak ingat, tapi ini semua Rudy punya pasal. Gua datang pepagi lagi umah dia semata mata nak ajak dia pegi tengok sendiri rumah baru. Tapi gua kena call tuan rumah dulu, nak kompemkan kedatangan lawatan sambil buat permerhatian, hehe.

Gua: "Bang, jap lagi saya nak pegi tengok rumah tu. Member saya dah ada nih."

Tuan rumah: "Haa... boleh, boleh! Pukul berapa nak datang?"

Gua: "Kalau tak keberatan sekarang lah."

Tuan rumah: "Skang dah pukul 12. Macam nilah, lepas Zohor boleh?"

Gua: "Hahaha. Bang, hari ni Jumaat. Lepas semayang Jumaat terus lah ye!!"

Tuan rumah: "Oh yer ker? Hehehe. Lupa plak! Okeh, lepas semayang Jumaat."

Lepas semayang Jumaat? Sial betoi la, area rumah Rudy takde masjid. Kalau nak ke masjid, kena menapak jauh tak ingat. Si Rudy lak jenis penghasut besar... gua terus termakan pujuk. Last last, dua dua tak pegi masjid. Dok kat rumah layan VCD. Astaghfirullah!!!

Bajet lebih kurang, dalam pukul 2.30 kitorang sampai kat Ukays Perdana. Gua ronda ronda kat atas sana carik public phone. Mak aih, susah nak mamposs. Satu pun takde. Alih alih terpaksa turun balik, carik phone kat bawah. Call tuan rumah bagitau kitorang kat area rumah tu. Dalam 10 minit dia sampai. Dalam masa menunggu tuan rumah, sempatlah kami survey area tu, tengok tengok apa yang ada. Hmm... oklah, semua ada. Restoran mamak, snooker, pasaraya mini, kedai makan, mcm mcm lah. So, takde masalah kalau kitorang kompem nak duduk kat sana. Tuan rumah sampai sambil bawak bini dia. Aiseh, gua bukan tak suka kat bini dia. Cuma... kalau gua nak mintak apa apa dengan tuan rumah [tambah perabot], nanti bini dia mesti potong ayat gua. Jadi segan lak! Takpe, bila bini dia dah takde nanti, boleh la gua mintak macam macam ngan tuan rumah tu nanti. Tungguuuu!!!

Lepas tengok kurang lebih... Rudy macam berpuas hati ngan rumah tu. Tapi tak berani nak bagi keputusan lagi. Kitorang janji ngan tuan rumah, kalau tak malam tu, esok pagi kitorang call bagi jawapan. Kalau ikutkan hati gua, memang gua nak jer. Sapa tak nak, rumah besar, murah, atas bukit, cantik, kawasan best... pendek kata seronok la dok atas bukit ni. Macam kat Genting... Lepas salam ngan tuan rumah, kitorang blah. Nak kemana? Ntah... takde planning. Siyol...

Ulu Yam
Lepas pekena nasi ayam Dato' Keramat [tepi air buah], Rudy ajak gua pegi Ulu Yam. Wahhh... gua pun dah lama tak pegi. Pegi dulu pun tak mandi. Tengok orang jer... kali ni kalau pegi, gua nak mandi puas puas. Lagi pun posa dah dekat, mana boleh mandi jeram masa posa. Hehehe. Plan tak boleh pikir panjang panjang, nanti tak jadi. Lepas bayar nasik, terus pegi Kg Baru, ajak si Lan ngan Am join sekali. Dua dua baru bangun tidur. Lan nak pegi mandi, Rudy cakap tak payah, pasal nak mandi kat Ulu Yam. Bawak apa apa yang patut. Tuala, baju, seluar pendek, beg galas... google? Ingat nak pegi mandi laut ker? Hehe...

Kitorang sampai sana dalam pukul 6.30 petang. Gila! Orang semua dah nak balik, kitorang baru sampai. Dalam hutan tu... hari dah nak gelap. Err... memang dah gelap pun. Sesampai sana, dah tak cakap banyak dah. Lambat lambat nanti malam lak. Belum sempat nak terjun... Rudy tahan gua.

Rudy: "Mie, dah niat dah?"

Gua: " Niat apa?!!"

Rudy: "Mandi wajib. Bwahahahaha!!!"

Cis! Ingat gua apa... nak mandi wajib carik jeram??? Mandi kat rumah lagi best la brader...

Kitorang balik dalam pukul 8 malam. Hohoho... 'raya' ni gua betul betul bercuti.