<<BACK | GESBUK?

12.10.03

Ahad, 12 Oktober 03 - Jam menunjukkan 12 tengah hari. Gua bingkas bangun dari tidur yang tak nyenyak. Kalau seperti biasa, hari minggu merupakan hari yang paling best. Dapat bangun tidur lewat! Pada gua, pukul 12 masih terlalu awal. Rutin mingguan, gua akan buat 'part-time' sekitar 1.30 - 2.00 petang. Hehe! Gunakan masa sepenuh dan secukupnya. Ini pun prinsip jugak ni... ;p

Apa pun, hari ni gua tak seperti biasa. Gua tersedar lebih kurang 10 pagi. Gua paksa diri untuk sambung 'OT' tu, tapi masih tak mampu. Makin kuat dipaksa, makin susah nak lelap. Meniarap... terlentang... menonggeng [hehehe.]... pusing kiri... kanan... arrgghh... Apa susah sangat nak lelap ni? Pada hal gua tidur pukul 5 pagi... sepatutnya susah nak bangun awal! Dalam kepala... siapa sangka, dia juga yang gua nampak! Jelas bermain di depan screen kanta mata. Ah sudah... Perjalanan sebuah cerita ala ala Hindustan menerjah dalam ruang kepala hotak berjambul.

Gua dah tak larat nak layan kepala. Terasa sedikit pening, sakit. Stress?? Mungkin. Ah, layan tv best gak nih... Gua terus ke ruang tamu. Hak allaaa.... budak 3 ekor tu masih bergelimpangan depan tv. Takde ruang nak lalu la plak! Langkah je la... hehe!

Takde apa cerita best yang boleh ditonton. Mula mula Juara Lagu, lepas tu berita... then Melodi [Eh, Aznil lak jadi hos?]. Ahhh... bosan..bosan.. Sementara nak menunggu pukul 2, kire bolehlaa...

Gigs
Aik! Joe ngan Bob boleh siap awal lak daripada gua??? Padahal diorang bangun lewat. Lepas siap solat Zohor, gua keluar ngan diorang. Pendi tak mandi terus balik Kajang, ada hal katanya. Kitorang bertiga terus menuju ke destinasi. Uptown...

Kami sampai lewat. Gig start pukul 2. Kami sampai kul 4. Sesat punya pasal. Tersalah jalan... tak jumpa carik Paul's Place. Macam macam lah... Tengah meronda area Uptown, ternampaklah seorang dua bebudak ngan dressing Grindcore nya. Yes... follow diorang la. Senang, takyah nak tanya orang, hehe!

Banyak band yang gua tak kenal. Gua tau dua jer, Negation ngan band projek Adik - Necrotic Chaos. Yang lain, ntah la. Tapi semua main power power la. Bertenaga habis. Masa kat dalam sempat gak jumpa member lama, Pijai. Dia pun datang... tak sangka boleh jumpa kat situ. Kecik betul dunia. Belum sempat acara habis, gua ajak Pijai lepak kat bawah. Biar si Joe ngan Bob layan lah. Gua nak carik air, dahaga gila. baru jer turun bawah... ada kes pulak. Mamat Hindu [tokey pub tingkat bawah] mengamuk. Marah marah pasal bebudak tingkat atas dok melompat lompat buatkan pasir siling jatuh dalam pub diorang. Hahaha. Padan muka korang. Tokey pub tu hampir hampir bergaduh ngan bebudak Metal nih. Nak mampos mamat India nih. Silap orang la kalau dia start dulu. Dia tak tau ngan puak mana dia nak belasah ni... Nasib baik ada orang sama sama leraikan keadaan tu. Gig terpaksa dihentikan sebelum semua band sempat perform. 2-3 band gak tak sempat main. Takpelah, bukan rezeki, huh!

Walau bagaimana pun, gua puas... puas kerana berjaya me'release'kan tension. Hilang segala benda dalam kepala. Yang tinggal, bunyik bising hiruk pikuk pukulan drum, suara orang melalak dan kenyaringan gitar elektrik yang hampir memecahkan gegendang telinga gua. Sampai skang terasa bingit lagik, adeii... tak tahan...

Aaa... Apa? Tak dengar lah. Kuat sikit!!!

[Destruction - Thrash Till Death]