Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba tiba dia berlanggar dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua dua kakinya patah. Jangan risau... ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi...
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah . Makbulkan hajat ku ini... jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman... tolong ya Allah! Aminnn .."
Tiba tiba guruh berdentum! Beruang tadi tiba tiba terhenti betul betul di hadapan lelaki tadi.
Sambil menadah kedua dua kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!"
Beriman betul beruang tu... nak makan lelaki tu pun baca doa dulu... hehehe ;p
Sumber::emel