<<BACK | GESBUK?

4.10.03

Sabtu, 4 Oktober 03 - Apa apa hal, gua nak gelak dulu. Bwahahahaha!!! Seronok sioottt... gua dapat balik kampung. Apply cuti 3 hari, Isnin sampai Rabu campur Ahad, fuh! 4 hari beb. Malam ni, pukul 9 malam, di hentian Putra, bas Transnasional. Seat belakang sekali, huh! Teman? Ada... 2 orang lagii... kecik sorang, besar sorang. Tapi yang tak bestnya, gua dok sorang sorang. Yang dua orang tu dapat satu seat. Takpelaa... nak buat macam mana. Bukan rezeki, huhu!

Dah lama gua tak balik kampung. Sejak raya Haji lagi. Cuti raya haji pun berapa hari jer gua balik. Ingat nak balik masa cuti Merdeka itu hari, tapi tak dapat. Tiket takde. Gua dah apply cuti dengan alasan nak balik kampung. Bos pun percaya! Alih alih, gua melepak kat KL gak, sampaikan hari keje, semua orang gi kerja. Gua kat rumah buat peta dunia, hehe! Bila bos tanya, Imie mana... budak budak cakap, dia balik kampung. Padahal... nun di Keramat, tengah best layan tidoq! Alhamdulillah, bos tak tau. Kalau tidak...

Harap malam ni takde masalah apa apa. Semoga gua dapat pulang dengan selamat. Gua rindu kat kampung, mak ayah, member sekampung, ayam itik, pokok kuini depan rumah, katil dalam bilik, komik komik... semua lah! Nak makan masakan mak gua... sedap! Chef Wan pun kalah, hehehe. Harap selama 4 hari tuh, naiklah sikit berat badan gua yang cekeding nih. 1 kg pun dah syukur...

Dan selama 4 hari ni, gua mungkin tak sentuh weblog, forum, emel dan apa apa sekerabat dengannya. Harap harap tak banyak yang gua tertinggal. Kalau tertinggal pun, janganlah jauh sangat, tak larat den nak kejor, hehe! Disebabkan terlalu gembira dan perasaan teruja nak balik kampung, gua nak nyanyi sikit. Lagu Sudir. Kalau korang reti, ikutlah sekali. Jom...

[Sudirman Hj Arshad - Apa Khabar Orang Kampung]
Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Asal ada kemahuan
Semua jadi kenyataan

Cukuplah sampai di sini
Lain kali cerita lagi
Doa restu untuk kita
Panjang umur kita berjumpa


Hmm... dua dua 'bini' kat rumah tu sapa nak jaga ye?