<<BACK | GESBUK?

26.10.03

Agenda::Geder-Geder Sambil Memanah
Tempat::Big Shot Archery, Maju Junction
Tarikh ::26 Oktober 2003
Masa ::11.00 pagi

11 pagi??? Gua sampai sana tepat... pukul 12 tengahari ;p Hehehe! Lewat sejam. Gua ingatkan gua orang yang paling lewat. Dalam kepala, dok pikir diorang semua mesti tengah best dok memanah. Aiseh, mesti gua terlepas peluang nak menunjukkan bakat terpendam, huahuahua! [Gelak riak!] Sebenarnya gua singgah kat stesen minyak jap, nak cucuk 'ongkos'. Sesambil tu nak beli bateri kamera. Nasib baiklah masih ada saki baki dalam akaun gua, kalau tak, hmm... kering kontang. Beratur punyalah panjang, tu yang lewat sikit tuh...

Masa parking kete, macam macam gua pikir. Ini first time gathering yang gua join. Maknanya gua belum pernah jumpa sesapa. Macam mana nak kenal diorang? Dahlah nombor semua tak kasi, macam mana nak contact? Ah, gamblelah! Gua teruskan langkah menuju ke Big Shot Archery dengan harapan janganlah takut nak tegur orang. Nanti menyesal...

Sesampai kat ruang legar, orang pertama yang gua nampak adalah Ep ngan Hayazi. [Cam Ep ngan Hayazi dari gambar kat forum] Yang lain terlindung balik tiang. Dari jauh lagi gua dah bagi salam. Hehehe. Diorang ni semua terer lah, belum sempat gua kenalkan diri, diorang dah tau gua sapa. Pakai ilmu apa diorang ni? Ilmu falaq kot?!! Atau kaji bintang, heh! Bila sampai dekat ngan meja, baru nampak si Salji ngan HS [HanyaSayang]. Terkejut tengok Salji, ooo... ini orangnya. Salji, hang dah tua lah, hahaha! Sebelah HS anak Ep. Err... lupa nama dia. [*Ok, stop jap. Ada orang ketuk pintu rumah... Sapa pulak ni?!!*]

************************************

[*Ooo... orang mintak derma. Terbang duit gua. Takpe, ikhlas. Ok, sambung balik!*]
Gua segan sebenarnya. Tak tau nak kata apa. Tengok Ep rancak bersembang, gua menambah jer la sikit sikit. Lama lama ok lak! Walau pun belum pernah bersua muka, namun pertama kali jumpa... hmm... sembang tak ingat jugak! Macam dah lama kenal. Mungkin itulah salah satu kelebihan GengJurnal nih. Tengah borak borak kosong, sampai pula si budak Jepun, Abasan. [Hait!] Baru lepas main golf katanya. Huyyoo...

Lepas tu si Firdaus pulak sampai. Yazi cakap Firdaus pun GeJuis jugak. Tak cam lah yang mana satu. Nanti gua check balik. Last sekali Kak Ungku ngan Kak Zar sampai siap bawak anak anak sekali. Oh ya, Fiza [pun tak cam...] sampai bila hah? Tak perasan... Nampaknya dah cukup korum ni, maka acara yang ditunggu tunggu [memanah] hampir bermula. Sebelum tu, untuk menambahkan kudrat masing masing agar bertenaga mengangkat busur panah, acara sampingan dah lama start. Acara makan makan kuih raya. [Posa pun belum lagi!] Gua suka makan kek lapis yang Kak Ungku buat, sedap! Pergh, rasa kenyang pulak. Sesambil makan, sesambil menunggu Achik [Ilham Hanna]. Ep cakap dia nak datang jugak, ngan mak dia. Tapi tunggu punya tunggu sampai sudah, tak nampak muka.

Laporan Pertandingan Memanah
Acara memanah berlangsung [Laa... ingatkan ramai yang nak main]. Pertandingan memanah antara gua, Salji, Abasan, Hayazi ngan Firdaus amat sengit sekali [Kategori dewasa]. Memasing berjaya menunjukkan bakat dan kehebatan memanah sehinggakan ada yang berjaya menjatuhkan anak panah tanpa melekat di papan tuju [focus point]. Pusingan pertama adalah sponsor dari Ep dan nampaknya peserta peserta hanya menggunakan masa tersebut sebagai acara memanaskan badan. [Sebenarnya, belum masa nak tunjuk terer lagi, hehehe] Beberapa orang peserta tidak berpuas hati kerana pencapaian memanah 'kureng' lalu meminta agar pihak penganjur mengadakan satu lagi pusingan perlawanan. Disebabkan pusingan kedua ini adalah atas sponsor sendiri sendiri, maka peserta memasing bersungguh sungguh menggunakan daya kreativiti dan mengeluarkan segala ilmu dalam agar berjaya meraih hadiah utama berupa coklat berjenama sumbangan HS. Kak Zar, Kak Ungku ngan HS secara sukarela menjadi jurukamera bertahap novis, manakala Ep pula bertindak sebagai tukang sorak [cheerleader] bagi memberi sorakan semangat pada para peserta. Gaya gaya memanah yang ditunjukkan oleh peserta hebat hebat belaka. Walaupun Salji berjaya menggunakan gaya memanah ala ala Legolas, tetapi kehebatannya masih belum mampu menandingi kehebatan Zhoulsz. Ini kerana anak didik Fong Sai Yuk ini tak mudah mengaku kalah. Namun begitu, kehebatan Abasan seumpama Robin Hood, tidak boleh dipandang remeh. Satu persatu anak panahnya terlekat dalam bulatan kuning. [Cis! Cis!]

Acara pertandingan ditamatkan dengan anak panah terakhir milik Hayazi. Itu pun setelah berjaya mengontrol ayu dirinya setelah mengetahui bahawa dialah satu satunya peserta wanita yang berupaya menerima anugerah pemenang yang paling lama menggunakan masa untuk menghabiskan anak panah. Err... itu pun jika ada anugerah sebegitu. Hahaha ;p Acara yang ditunggu tunggu... pembahagian hadiah kepada para pemenang. Nampaknya hadiah tempat pertama berjaya dimiliki oleh Abasan manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Zhoulsz [gua menang beb!]. Bwahahaha! Hadiah tempat ketiga berjaya dimiliki oleh Salji setelah berpeluh sakan sedaya upaya untuk mendapatkan tempat teratas. Ini bermakna tiada hadiah untuk Hayazi dan Firdaus. Namun kita berharap mereka yang tidak berjaya jangan bersedih hati tetapi terus berusaha agar berjaya di lain waktu. Hahaha.

Lebih kurang pukul 2 petang, kitorang menuju ke medan selera di tingkat 3. Oh... ini acara sampingan jugak ni! Acara makan makan tengahari. Disebabkan esok start posa, maka gua ingat nak makan banyak banyak. Tapi pasal penyakit nak muntah tu ada lagi, maka gua terpaksa meng'order' makanan yang jarang dimakan. Chicken Chop! Eh, eh... Salji ngan HS pun makan chicken chop jugak?!! Takde selera jugak ker? Si Firdaus tak join sekali. Dia kena balik awal pasal nak jumpa orang. Dating kot! Lepas makan makan sambil berborak bergelak berketawa, acara terakhir adalah berposing depan kamera. Ambik gambar group photo. Gambar diambil beramai ramai menggunakan setting timer. Pasal dah lama tak guna, so makan masa sikit untuk setting kamera tuh. Maka terdengarlah suara sumbang di belakang... ;p

"Kamera pinjam ker Zul?"

Ha ha ha hampeh!

Lepas bersalaman, gua terus balik rumah. Ingatkan nak pegi Plaza Low Yat ngan abang gua. Alih alih tak jadi, malam besok pulak... Takpelah, at least gua boleh balik rumah terus, mandi... solat... dan... tido! Hehehe.

*Terima kasih kepada Ep, Kak Zar, Kak Ungku dan HS atas sumbangan anda.*
*Adk, Hayazi... Sori tak dapat reply msg. Handset masih kena barred, :( huhu..*