"Hello, Mie. Ko kat mana skang? Buat apa? Ngan sapa?" oo... Rudy yang call.
"Aku kat Setapak Jaya, tengah makan. Ngan member aku ni haaa. Apahal?"
"Mie, ada masalah la. Aku nak jumpa ko skang. Ko kat mana? Nanti aku datang!" suara sedih dan kecewa... hehhe!
"Emm... aku kat kedai makan ni. Takpelah, nanti siap aku terus ke rumah ko. Ok?!"
Ok la tu. Mat Dien tak sempat minum air, gua dah bangun nak bayar. Memang sifat gua, member ada problems jer... zupp! Tang tu gak, gua sampai. Tak sampai setengah jam, gua sampai umah Rudy. Terus jer masuk dalam bilik dia. Gua tengok muka si Lan ngan Rudy tengah gelisah.
Lepas habis story semua semua... Gua paham! Handphone Lan ngan Rudy hilang. Tak tau sapa ambik, tapi disyaki diorang nyer housemate sendiri yang cilok. Cari nyer cari, tak jumpa jumpa. Tanya semua tapi takde yang mengaku. Last last, kitorang buat keputusan jumpa bomoh. Eh, bukan... Ustaz. Hehehe.
Jumpa Ustaz
Susah gak nak jumpa umah ustaz ni. [Lupa la nama dia, huh!] Lan beberapa kali call ustaz tu pakai handphone gua. Ceh, melambung lagi bil bulan ni nampaknya! Lepas tanya beberapa orang kampung, akhirnya kitorang sampai jugak. Ustaz tu tengah bersembang depan pintu rumah dia. Kitorang bagi salam. Lepas bersalaman, dia ajak semua masuk. Aiseh, segan gak sebenarnya. Ye laa... pegi ramai, yang nak jumpa 2 orang jer.
Ustaz: "Ye... apa masalahnya?!"
Lan: "Begini ustaz, sebenarnya kitorang ni kehilangan telefon bimbit. Tak tahu sapa yang ambik. Telefon tu bla bla bla bla..." Lan terangkan panjang lebar. Gua menguap, ngantuk!
Ustaz: "Baiklah, saya cuba setakat yang termampu. Apa apa hal kena berserah padaNya. Awak pegi ambik wudu' dulu." Lan bingkas bangun pegi ke paip air, ambik air semayang.
Rudy: "Semua ker?"
Ustaz: "Takpe, dia sorang jer cukup!"
Gua peratikan ustaz tu. Umur muda lagi rasanya. Dalam lingkungan 28-30. Pakai kopiah, berbaju Melayu putih dan berkain pelikat hijau gelap. Dia ambikkan senaskhah al-Quran dan sebuah buku. Lepas Lan siap ambik wudu', ustaz mula baca ayat ayat al-Quran. Gua memang perati habih la. Tak nak terlepas sikit pun adengan... perbomohan? Tak boleh... dia sendiri mengaku dia bukan bomoh. Nak cakap apa ekk?! Ritual? Ahh.. apa apa lah!
Ustaz tu suruh Lan tuliskan nama sendiri berbinkan nama mak. Lepas tu, ustaz tu terus baca ayat lagi. Sekejap sekejap dia tengok nama Lan, sekejap sekejap dia eratkan pegangan al-Quran kat tangan dia. Lepas seketika, dia suruh Lan bukakkan al-Quran. Mana mana muka surat. Lan akur. Ustaz teruskan lagi bacaannya sambil perhati muka surat yang terbuka tadi. Mungkin ada maklumat berkait daripada muka surat tu kot! Ntahlah...
Ustaz: "Sebenarnya, bukan orang lain yang ambik, antara kamu juga. Orangnya mungkin sorang, mungkin dua. Kalau betul dua orang, bermakna diorang bekerjasama. Tapi saya tak pasti lagi... Yang pastinya, lelaki! Barang awak ada lagi kat rumah awak semasa awak nak keluar tadi. Dan, orangnya pun ada di rumah sekarang. Ketika ini pun, dia dah tak senang duduk dah." terangnya.
Kitorang tanya macam macam kat ustaz. Harap dapat gambaran yang jelas tentang pencuri tu. Ustaz suruh Lan bukak lagi satu mukasurat dalam al-Quran tu. Dia baca lagi. Termenung...diam, baca...diam, peratikan mukasurat yang terbuka tu... baca lagi... Gua perati. Dalam hati, gua nak tergelak. Gua memang suka alami benda benda macam ni. Geli hati. kadang kadang terfikir, betul ker apa yang ustaz ni buat?! Ntah ntah action jer lebih. Gua pandang Mat Dien, Rudy. Gua senyum... Gua tutup mulut ngan tangan, nak cover sengih! Hehehe.
Ustaz: "Orang ini dah takut takut. Dia dah tak senang duduk dah. Mungkin kamu boleh dapat balik barang kamu tu. InsyaAllah, saya usahakan. Tapi ingat, kalau lepas ni dia datang jumpa kamu. Nak hantar balik barang tu, kamu jangan buat apa apa kat dia. Cukuplah kalau dia minta maaf jer."
Gua: "Ustaz tak boleh sebut nama dia ker?"
Ustaz: "Oh, tak boleh... Saya tak tahu nama dia. Tapi kamu semua kenal dia."
Hmm... dalam hati, gua tak berapa yakin boleh dapat balik handphone tuh. Tapi takpe lah, kita usaha jer, selebihnya kenalah bertawakkal. Kan?! Ustaz suruh salah seorang dari kami belikan lada hitam. Rudy volunteer. Lada hitam tu adalah dalam 40 biji. Ustaz masuk dalam bilik berserta lada hitam tu. Tak tahula apa yang dia buat. Lebih kurang 20 minit, dia keluar. Lada hitam tadi dibungkuskan dalam kertas putih.
Ustaz: "Kamu balik, taburkan lada hitam ni di depan pintu rumah dan bilik, atau tempat tempat yang dirasakan pernah dilangkah oleh pencuri tuh. InsyaAllah, dia jadi takut, panas... macam macam lagi."
Kiranya selesailah acara perjampian tadi. Kitorang sembang sembang kosong ngan ustaz. Gua terpikir, kalau betul lah ustaz ni boleh buat semua tu, tak mustahil dia boleh ubatkan orang sakit. Maksud gua, sakit yang berkaitan batiniah la. Setakat sakit sakit lahiriah tu, pegi jumpa doktor lagi senang. Gua ada penyakit. Misteri la jugak. Gua selalu muntah muntah. Tak kira masa dan tempat. Tengah driving, makan, buat keje, borak, gosok gigi, nak tidur... macam macam lah. Tak selesa dibuatnya. Badan sihat. Tak menunjukkan langsung yang gua ni ada penyakit. Kecuali.... resdung! Gua ada resdung. Boleh dikatakan kritikal la jugak. Lepas berjela jela bagi penerangan kat ustaz tu, dia suruh gua tulis nama gua berbinkan nama mak gua. Gua tak perlu ambik wudu' pasal gua takyah sentuh Quran tuh.
Ustaz baca ayat sikit sikit, ambik pen, tulis kalimah atas kertas putih dalam bentuk segitiga. 1 besar, 2 kecil. Yang besar tu, digunting ikut kalimah tu seperti segitiga. yang 2 kecil tu, digunting sama cuma dilipat lipat sekecil yang boleh. Gua kena telan yang kecil tu, satu selepas solat Subuh dan satu lagi sebelum solat Maghrib. Yang besar tu, rendamkan dalam air kemudian minum. Erk... nak minum air dakwat? Nak telan kertas? Mamposss gua! Selagi dakwat tak hilang, selagi tu lah gua boleh rendamkan dalam air dan buat minum. InsyaAllah, katanya... semua penyakit yang gua ada boleh hilang.
Sehingga pagi ni... dah kurang sikit sakit tuh. Kalau dulu dalam satu hari [hari hari...] gua muntah muntah sampai 5-6 kali, skang sudah 4 hari, baru je sekejap tadi rasa nak muntah! SEKALI jer! Alhamdulillah... ada keberkatan dalam usaha yang dilakukan. InsyaAllah, sesiapa yang ada masalah seperti gua, gua boleh tunjukkan tempat dan orangnya. Jadi tak jadi lain cerita, yang pasti... usaha. Selebihnya, tawakkal.
Dah lama berada di rumah ustaz tu. Segan lak... Hari beransur gelap, selepas bersalaman dan berterima kasih pada ustaz, kami berempat berangkat pulang dengan 1001 persoalan dalam kepala hotak masing masing.
Pesan ustaz, apa apa yang diberinya tadi jangan disimpan dalam poket seluar. Pantang! Kemungkinan pemberiannya akan balik pada dirinya semula. Hmm... macam macam lah!
Nak percaya ke tak nak? Terpulang pada anda...