<<BACK | GESBUK?

23.9.03

Ahad, 21 September 03 - Pernah tonton 3R? Gua bukan saja pernah, malah gua suka tonton. Gua tak pernah tunggu masa rancangan tu, tapi kalau sekali menonton, tak berganjak le jawabnya. 3R... hmm... gua suka tengok Kartini... muka comel comel dan tembam. Badan berisi, wahahaha! Sebenarnya gua bukan nak citer pasal Kartini lah. Ini pasal mesej yang nak disampaikan dalam rancangan tersebut.

LELAKI MENANGIS?!! [Woo... malu weh!] Satu persoalan yang ditimbulkan, yang mana jarang dipersoalkan. Banyak cara lelaki melepaskan tekanan. Tapi jarang ditunjukkan pada sesapa lebih lebih lagi di hadapan kaum wanita. Satu babak di mana seorang mamat tuh melepaskan tekanan dengan menangis dalam tandas sambil membasuh baju... Mula mula elok jer basuh baju, lepas tuh terus masuk toilet, kunci pintu then nangis sambil tumbuk tumbuk dinding. Hmm... boleh tahan! Memang jauh berbeza dengan perempuan. Mungkin perempuan nak menangis pun, kena baring baring dulu atas katil sambil peluk teddy bear atau bantal peluk... lepas tu nangis semahunya sambil ditemani housemate/roommate. Contoh sahaja... Tapi betul kan?

Gua pernah menangis. Tak semestinya gua lelaki bermakna gua tak boleh menangis. Memang memalukan. Tapi seandainya tiada jalan lagi untuk melepaskan tekanan, menangislah! Jika menangis difikirkan dapat melegakan hati yang sedang gundah, menangis saja. Lepaskan segala yang terbenam dalam hati ketika menangis. Gua berani cakap, lepas menangis, hati rasa tenang... ringan... Tapi janganlah menangis depan orang pulak! Buat macam citer 3R tuh, kalau tak nak dalam toilet, dok dalam bilik. Sorang sorang... atau pun panjat bukit yang takde orang, atau pegi dok tepi highway masa takde kete lalu. Meraung puas puas! Hehehe... idea je beb. Gua pun tak pernah buat sebenarnya!

Namun ada satu perbezaan antara lelaki dan perempuan berkaitan dengan menangis... Seperti kata seorang 'lecturer' dalam rancangan 3R tuh...
"...Perempuan akan menangis dulu, kemudian barulah 'meletup' [marah], manakala lelaki pula akan 'meletup' dulu kemudian barulah menangis..."

Hmm... betullah tu!

Alahai...
Dah seminggu gua hantar baju kat kedai dobi tu. Tak ambik lagi... esok keje. Baju kemeja takde nih. Ah, nak tak nak terpaksalah pegi ambik. Akak yang jaga dobi tu nampak gua dari jauh lagi terus jer carik bungkusan baju gua. Sesampai jer kat kaunter...

Akak dobi: "Apa nama? Mie ekk? Betul haaa yang ni awak punya?" sambil menghulurkan bungkusan baju.

Gua: "Aah... Betul la tu, tengok 'ni' pun dah tau!" sambil membelek belek spender seluar pendek usang kat celah celah lapisan baju.

Akak tu senyum... Siyol! ;p