<<BACK | GESBUK?

5.9.03

Jumaat, 5 September 03 - Sebelom solat Jumaat tadi, gua pegi melantak dulu. Pekena nasik berlauk ayam kampung, fuhh... Best tak ingat! Sedang gua tengah best menjamu selera, tetiba gua teringat kat member lama. Member masa belajar kat UTM dulu merangkap housemate masa kat umah sewa - Setapak Jaya, Jalan Rejang 3! Nama betul dia... err.. tak ingat dah!!! Li kot! Tapi member member semua panggil dia samseng! Mana dapat gelaran tu? Gua pun tak tau...

Yang kelakarnya, kalau masa kitorang nak call dia kat kampung...
"Hello, samseng ada?!!" tersasul. Lupa nak sebut nama betul.

"Apa samseng samseng??? Kurang ajar nyer budak!" sekali mak dia daa... Semua pakat gelak!

Satu hari masa nak jumpa kat satu kedai makan, dia sampai dulu. Kitorang sampai lewat sikit. So, bila nampak dia kat kedai tu, terus jer kitorang melaung nama dia...

"Hoi, samseng!!!"

Lepas tu semua orang kat kedai makan pandang kitorang. Muka masing masing hangin!

Hahahah! ;p

SD-6
Tepat jam 12.30 malam gua sampai di tempat yang dijanjikan. Apa nama kedai makan tu... Ntah! Lupa, hehe! SD-6, orang pertama yang gua jumpa dari kalangan ahli GengJurnal. Yang peliknya, dia pun baru lagi dalam forum tuh. Ramai lagi orang lama kat situ tapi tak pulak diajak jumpa. Heeee... Tak. Gua jumpa dia bukan pasal dia pernah citer problem dia ngan BF dia. Gua jumpa pasal rumah dia dekat ngan rumah gua. Ikutkan hati gua nak jumpa semua ahli gengjurnal, cuma belum sampai masanya. Ni kira dah start nak bersuai kenal la ni. Mana yang terdekat dulu la... Yang lain lain sabar ye!

Meeting AJK Penaja Gengjurnal kat Tol Senawang, Seremban. Rumah kak Ungkunorfaizah. Gua tak tahu dapat pegi ker tak! Rasanya tak! Pasal pagi Ahad tu ada hal. Lagipun tempat perjumpaan tu jauh! Ingatkan plan itu hari, nak buat kat Carrefour Subang Jaya, dah ok dah! Alih alih tukar tempat lak. Kalau buat somewhere area KL kan lagi bagus, mesti ramai yang dapat datang. Gua pun bolehlah bawak member sekali...

Gua try ajak SD-6. Dia kata tak dapat pegi, pasal banyak assignment. Minggu ni ada test lak tu. Sibuk sangat gamaknya. Kalau dia dapat ikut best gak, ada teman. Hmm... Pertama kali jumpa SD-6, banyak lak citernya. Sembang sembang sampai kul 2.30 pagi. [Wah... Mie, esok hang keje tu!] Tak sangka lak orangnya kecik kecik molek, comel... Tapi brutal! Layan UG katanya. Tapi lain aliran. Tak sama ngan gua. Gua aliran makan sup "kepala kambing"! Heh!
[XPDC - C. T. Cinta Kenangan Silam]