<<BACK | GESBUK?

15.9.03

Isnin, 15 September 03 - Sekejap sekejap gua tengok tangan gua. Sekejap sekejap tengok lagi... Dua dua belah lengan gua... kulit tangan mengelupas macam... err... macam apa ekk? Nak kata cam kulit ular ganas sangat bunyiknya. Kulit tangan gua cantik kasar... kulit ular menggerutu. Mana boleh disamakan, ceh! Tapi sekali tengok memang geli gak... sepanjang lengan kiri kanan. Gua tak tau kenapa jadi macam tu! Nak kata kurang minum air, dulu pun kurang gak. Tak jadi macam ni pun. Mungkin pasal perubahan cuaca tak menentu kot! Atau mungkin gak gua ada allergic. Tak sedar... Ntahlah. Yang pasti dah seminggu. Hari hari gua pakai baju lengan panjang, cover, huhu!

Cam alien lak rasanya!

25th AGM Meeting
Ahad, lepas hantar dia balik Klang, gua sendiri pun balik rumah dulu. Lepas mandi, siap siap baru gerak ke UTM Jalan Semarak. Kampus lama ku... oh! Gua dijemput menghadiri mesyuarat agung tahunan Kelab Fotografi UTMKL sebagai bekas ahli merangkap super duper senior. Sebagai penyeri majlis gamaknya... itu pun kalau ada seri lagi, hehehe!

Perjalanan meeting yang memboringkan. Barisan MT yang kurang kenal... berucap tanpa menggunakan mic. Gua ngan geng geng lama asyik dok bantai sembang kat belakang. Sekali sekala si Sani ada buat lawak bodoh gak. Lepas tu pakat gelak ramai ramai, heh! Ni kes nak balas dendam la ni, pasal dulu tak boleh nak buat kecoh. Masing masing ada jawatan tinggi. Jaga standard konon!

Dari acara doa pembukaan, kata kata aluan, pembentangan sampailah bacaan doa penutup, tak ada apa apa isu berbangkit. Boring dan lapar. Di akhir meeting, proses penyerahan "tampuk pemerintahan" MT lama kepada bakal bakal MT baru yang akan berkuatkuasa pada tahun depan berlangsung. Semua pakat tepuk tangan...

Sani: "Apa la korang ni, orang nak letak jawatan pun tepuk tangan? Cam suka sangat!"

Hahaha. Proses perletakan jawatan berlangsung dengan penyerahan blazer dan sijil. Masa batch gua dulu, serah fail jer. Hmm... ada peningkatan! Sebelum makan, sempat gak buat acara permainan. Main Kotak Beracun [Pandoras Box?]. Ntah hapa hapa. Layan je lah... janji hilang ngantuk! Heee.... ;p

Acara last dan yang paling ditunggu tunggu, makan! Dapat belasah 1 kotak nasik ayam jer. Nasib baik kenyang. Hehhe! Kenapa gua suka KFUTMKL ni? Pasal semua acara diorang mesti ada makan makan, sedap sedap lak tuh! Hahaha!
[Gerhana Ska Cinta - Mimpi]