Nak kata apa? Hmm... ni my first testing, try taruk apa apa gambar kat entry. Gua jeles tengok orang lain boleh buat, gua pun nak buat gak, heh! Amacam, worrraitt tak? Macam tak jadiiiii jer!
Mailing List...
Tadi gua dapat emel dari Mai, opismate gua. Ada satu citer kelakar... ingat nak kongsi ngan semua. Gua suka pasal cerita ni mengingatkan kita agar BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP. Nah..!
Mana Satu?
========
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya... dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu ngan bahasa Melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini Jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, "Ha'ah!"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk, dia yakin bahawa jawapannya adalah betul. Masih dalam kebingungan... melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya...
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah Jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar!"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa... lalu pelancong itu segera bertanya.
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul!"
Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan... Lalu untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi...
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama saja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje. Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi... Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya pelancong lagi..
"Ha'ah!" sambil mengangguk kepala.
[Mariah Carey & Whitney Houston - When You Believe]
Napa tulisan ngan gambar ada jarak sangat nih? Macam mana nak kurangkan? Hmm... sesapa, please..! |