<<BACK | GESBUK?

18.9.03

Khamis, 18 September 03 - Bukan seharian, bukan mingguan malah bulanan, gua sentiasa berfikir. Berfikir untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan hubungan persahabatan dan wang ringgit. Mengapa perkara ini berlaku dalam hidup gua? Mengapa? Sesungguhnya dugaan dan ujian Tuhan diturunkan tidak mengira waktu. Gua hanya mampu berserah. Walau bagaimana pun, gua tetap berpegang pada ayat 1000 dinar.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Gua kena tipu dengan kawan sendiri. Kawan yang mana gua anggap boleh diharap dikala susah senang. Kawan yang selalu mendengar keluh kesah gua. Kawan yang selalu keluar melepak sesama. Kawan yang selalu gua tolong di kala susah. Kawan yang... ah, banyak sungguh perkara yang gua buat ketika bersama kawan itu. Namun bila gua anggap dia kawan baik, dia umpama talam dua muka. Tidak disangka dia kawan yang selalu menikam belakang kawan. Bukan gua sorang, ramai lagi tertipu. Tertipu dengan keperibadian yang nampak 'baik'. Dan sekarang... gua tidak perlukan lagi kawan seperti tu. Yang gua harapkan, duit gua yang dia tipu itu gua dapat balik! Kalau setakat 100 200 kire boleh dimaafkan. Ini sampai 4 angka. 2 kali gaji gua baru dapat... huh! Maunya tak terbakar.

Ahh.. lagi diingat lagi terbakar. Malas nak ingat lah. Apa apa hal... lebih baik gua layan lagu. [Alleycats - Puisi Untuk Sang Puteri]

Andainya gua terpaksa berkeras, jangan terkejut seandainya satu hari nanti keluar satu tajuk utama dalam paper, MAYAT RENTUNG DITEMUI. Itu mungkin korang terbaca paper lama pasal kematian Canny Ong, Jurutera IT kat US mati dibakar. Gua takde kaitan aaa... Korang ni, pikir lain lak.

Hehehe. ;p

Cakap-cakap
Orang selalu cakap...

Don't judge a book by it's cover.

Gua suka cakap...
But, from the cover we'll know the story, right?!

Apa apa lah... :)