<<BACK | GESBUK?

31.12.03

Ehem! Apa yang gua nak ngomel pagi ni yer? Cuba tengok tarikh tu.. hari ni adalah hari terakhir untuk tahun ni. Maknanya besok kita semua akan melangkah ke tahun baru. Tahun yang gua sendiri tak pasti sama ada penuh dengan cabaran hidup berbanding tahun tahun sesudahnya.. Namun gua harap biarlah tahun 2004 ni memberikan banyak kenangan manis dan kesenangan untuk gua. Aminn..!

Azam
Semua orang bercakap tentang azam. Gua pegi mana mana ada je yang tanya pasal azam. Heran jugak, ramai yang tanya.. Semua kenal ngan azam ker?!! Gua sendiri dah lama tak jumpa dia. Dengar citer skang keje dah ok, gaji pun ok. Tapi kat mana gua tak tau... lama benar tak jumpa dia.

Haaa? Apa?? Oh ye ker? Laa.. azam tahun baru ker? Gua ingatkan korang tanya pasal si Azam member sekampung gua tu. Hehehe! Sori ekk. Pagi pagi ni kepala tengah mamai sikit, ngantuk! Sori! Sori! ;p

Ntahlah.. Masih ada beberapa belas jam untuk melangkah ke tahun baru, namun gua masih tak terpikir lagi apa azam gua. Bukan kata tak ada apa yang nak diazamkan, tapi kalau terlalu banyak azam, mampu ke gua nak realisasikan semua tu? Yang lepas lepas pun tak tertunai lagi [beberapa] ni nak tambah lagi satu.. Hmm.. gua ingat gua malas nak berazam la tahun 2004 ni. Cukuplah dengan azam sudah, mana mana yang belum tertunai tu akan gua tunaikan seboleh yang mungkin. Harap takdelah aral melintang!

Lama giler gua tak jumpa Azam.. mesti badan macam dulu jugak, kuruih tak besaq besaq, hehe!

Activities Flashback
Untuk setahun ni apa yang gua dah buat ye? Sat nak pk..

Jan - Baru 2 bulan keje kat kompeni sekarang. Masih tak tahu banyak pasal skop keje. Apa pun gua bersyukur pasal dapat keje kat kompeni yang tak kedekut duit ni.. Sebab? Baru keje dua bulan gaji gua dinaikkan sebanyak 10% dari gaji pokok. Lepas tu dapat bonus 3 bulan gaji dari gaji lama. Peh, loaded gila masa tuh!

Feb - Dapat peluang trip ke Brisbane/Gold Coast, Australia selama 6 hari 4 malam. Kompeni support. Kompeni belanja gara gara nak rest daripada belenggu keje yang menimbun. Pertama kali gua dapat naik kapalterbang. Best nak mamposs [Masa tu jakun skit lah, haha!]. Masa tu ambik gambar menggunakan digital kamera yang gua beli menggunakan duit sendiri. Pertama kali dapat beli kamera. Digital lak tuh! Perghh!

Mac - Keje macam biasa. Tapi dalam kesedihan jugak pasal masih teringatkan di dia. Kami break off sebelum gua pegi Australia. Si dia bertunang ngan orang lain. Ada ka patut? Patut ker? Marah ni, marah!!

Apr - Pertama kali dalam hidup gua sambut besday. Bebudak opis yang arrangekan. Terharu sungguh! Tapi tak dapat hadiah, huhuhu!

Mei - Keje, keje dan keje. Cuti hari buruh, gua ngan opismates bercuti di Port Dickson. Hohoho, pertama kali juga pegi PD. Tapi sayang, pantai tak cantik, kotor..

Jun - Bermulanya blog Celoteh Sana Sini. Gua mula menulis setelah tertarik ngan blog Pakdi dan beberapa blog lain. Cuba cuba berkecimpung dalam dunia jurnal. Entahlah, apa nak jadi? [S. M. Salim] Tapi, seronok jugakk.. Thanks to all!

Jul - Dapat bini nombor dua [baca:beli kete]. Gua berjaya beli menggunakan hasil titik peluh gua sendiri tanpa mana mana dana bantuan. Hehehe, bangga beb! Bini gua bernama Wira Aeroback. Kalau jumpa tegur laa, dia selalu pakai nametag WGV8275.

Ogos - Gua berkawan rapat/baik dengan seorang gadis ayu dari KB. Kenal sebelom beli kete lagi. Ingat lagi tak kitorang dating dalam LRT Star? Si dia cuba buangkan serangga terbang dalam mata gua menggunakan tisu. Masa tuu.. ah, romantiknya! Oh ya, takde mood nak tengok bunga api masa Kemerdekaan. Pasal tak dapat balik kampung, cuti dah apply.

[Alleycats - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi]

Sept - KLIMS [Kuala Lumpur International Motor Show]. Gua pegi sana.. dapat tengok macam macam jenis kete yang dah ada atau akan ada atas jalan nanti. Seronok siot! Kete yang gua minat banyak dipamerkan. Gua ambik kesempatan bergambar ngan model model kete yang cun melecun!

Okt - Okeh, sekali lagi gua terkena. Si Dara pergi lagi tanpa memikirkan perasaan si Uda. Rasa nak mati jer! Nasib baik kengkawan ramai.. namun rindu tu takkan hilang selagi tiada pengganti, huh! :(

Nov - Pindah rumah, dari AU3 ke Ukay Perdana. Penat sih! Buat sorang sorang, takde orang tolong.. dalam bulan pose lak tuh. Dugaan..

Dis - Menghitung hari hari yang dah berlalu, heh!

2003 meninggalkan banyak kenangan manis pahit. Teringat kat roommate gua masa kat sekolah teknik dulu.. err.. apa nama dia ekk? Zul kot!

Gua: "Apakah kenangan manis dan kenangan pahit yang ko takkan lupakan?"

Zul: "Aku? Hmm.. Kenangan manisnya masa aku berjaya menjatuhkan beberapa bijik mangga kat belakang umah pengetua sekolah dengan sedikit balingan selipar jepun aku. Kenangan pahitnya.. Err.. dahlah selipar tu lekat kat atas pokok, kena kejar lak ngan tuan pengetua! Hehehe. "

Hahaha, padan muka! Setahu gua berpuluh puluh batang pohon mangga kat sekolah tu dah kena tebang, pasal nak tambah beberapa blok bangunan, dewan besar dan kantin. Sekolah lama gua dinaiktarafkan. Tiada lagi pohon mangga depan kelas, belakang dewan makan, belakang bengkel, belakang surau, depan hostel, belakang tembok hostel girl...

Eh, bukan ke Zul tu gua? Hehehe, ye kot!!

27.12.03

Open House - Kak Zar
Yeehhaa.. maka arakian tiadalah lagi baki cuti tahunan untuk gua tahun ni. Gua dah habiskan kesemua sekali gara gara kehadiran cuti Krismas. Best kan.. dapat cuti 5 hari, dari Sabtu hingga Khamis lepas. Sebenarnya baki cuti 3 hari jer, tapi pasal gua pandai ambik kesempatan.. campur Ahad dan Khamis [Krismas], maka gua dapat 5 hari. Hehe!

Banyak perkara gua buat sebelom bertolak balik pada Sabtu minggu lepas. Setelkan yang mana penting, then baru boleh balik kampung dengan aman. Oh ya, Kak Zar buat open house. Mula mula plan tak nak pegi pasal banyak hal belom setel lagi. Tapi gara gara bertembung ngan sekumpulan aweks kat Setiawangsa tu, maka gua ringankan kaki juga untuk singgah umah Kak Zar. Memang betul, tak manis kalau gua tak datang.. pasal gua selalu dok tanya bila, bila dan bila. Tapi bila tiba hari tu, gua tak datang. Tak best kan? Beberapa urusan terpaksa dibatalkan semata mata gua nak jugak jejakkan kaki open house kat Kolej Ke-2 tuh. [Kak Zar patut puji aku nih, hehe!! ;p]

Tak lama gua kat umah Kak Zar.. sampai kat sana pun dah lewat. Segan nak melangkah masuk ke dalam rumah, namun nasib baik gua ajak si Lan temankan. Dia tu jenis muka tak malu, hehehe. Ramai gak yang datang. Kaum kerabat tuan rumah.. memember.. geng geng jurnal..

Memang betul, gua blank masa tu. Gua tak tau nak cakap apa. Menggigil pun ada, tapi cover. Tak taulah kalau ada yang perasan. Tak tau napa.. mungkin kerana masa tu ramai gejuis yang gua tak kenal, macam Wkdin & family, Mal [DJW], Effa dan Mawar. Beberapa orang lagi tak sempat jumpa pasal diorang blah awal. Pin & Joliekins kalau tak silap gua [Takde jodoh kott!!]. Apa pun gua try buat macam biasa. Sembang sembang ngan Mal dan Wkdin macam dah lama kenal lak, heh!

Hampir pukul 8 lebih baru gua blah. Tak boleh dok lama lagi, tiket bas pukul 9 malam. Terlepas kang sapa nak hantar? Balik kampung jalan kaki? Gila apaa??? Teringat masa nak beli tiket, gua sempat tanya akak kaunter tiket..

Gua: "Kak, ni naik bas selamat tak??"

Akak kaunter: "InsyaAllah selamat.."

Gua: "Takut gak saya, sekali ada 14 orang tahan bas nak tumpang. Haru!" ;p

Rudy hantar gua kat hentian Putra. Dia tak tunggu dah, lepas tinggalkan gua kat sana, dia terus blah. Nasib baik gua sempat warning dia.. soh jaga bini muda gua [baca:kete] elok elok. Heheh.
Hmm.. masa kat atas bas, rasa boring giler! Apa lagi, main sms ler. Dengan siapa tu? Sapa lagi, dengan *toot* ler.

Har har har!

Kampung
Mula mula gua ingat nak cuti kat kampung sampai Khamis, then malam Jumaat tu bertolak pulang ke KL. Tapi disebabkan Sani dah jemput untuk meeting pendaftaran kelab foto kitorang pada Khamis tu, maka gua terpaksa beli tiket sehari awal. Yang tension nya, baru jer beli tiket ke KL, Sani sms gua. Kata meeting Khamis tu ditunda ke Ahad. Cis! Hangin sungguh. Gua dah malas nak tukau tarikh perjalanan... Leceh. Lantaklah nak sampai awal sehari pun. At least boleh rileks dulu kat rumah sewa. Hmm...

Well, cuti ni sungguh seronok. Masa kat kampung, gua just lepak lepak kat rumah jer. Takde jumpa memember lama.. takde lepak lepak kat atas tembok tepi jalan tengah sawah.. takde ronda ronda bandar KB dan sebagainya. Gua jadi anak dara jap. Dok kat rumah, main main ngan anak sedara. Main terup, hahaha! Best apa main ngan budak kecik, asyik gua je yang menang sakan, har har har!

Kali ni gua banyak bergurau senda ngan anak buah gua. Seronok! Budak kecik yang baru pandai bercakap ni... lebih lebih lagi cakap ikut style orang tua, hmm.. tak kering gusi la jawabnya. Kalau gua boring, gua kejar anak buah gua tu.. dapat kalu, gua cucuk/geletek perut dia. Lepas tu gua lak yang lari, dia kejar. Hehe! Masa masa free, gua sembang ngan mak ayah gua. Dan sekarang baru gua tau sebenarnya adik beradik ayah gua, semua dah meninggal. Kira anak yatim piatu la kononnya. Kalau tak silap, semua adik beradik dan atuk nenek sebelah ayah gua, gua tak kenal. Bila meninggal, dok kat mana.. semua tak tau. Kerabat ayah gua yang tinggal hanyalah anak anak sedara dia [sepupu gua la tu..]. Itupun dah tua tua bangka. Kalau gua tak kenal, maunya gua panggil pak cik. Mak gua cakap, anak sedara ayah gua ni jarang benar jenguk dia. Pada hal ada yang lalu depan rumah menggunakan jalan raya tu hari hari.. Sekurang kurangnya singgah sekejap jadi ler. Sesama anak sedara boleh lak kunjung mengunjung tak kira sama ada raya atau tak. Mak gua marah! Tapi tak bagitau kat diorang. Mak gua sempat ingatkan gua..

"Kita sebagai anak [anak anak sedara] lah yang patut carik ayah [ayah sedara]. Bukannya ayah yang carik anak!"

Insaf sekejap! Hehehe... tapi memang betul kata mak. Walaupun ayah gua tau mana diorang semua duduk, ayah tetap tak pegi ke rumah rumah diorang [Jarang jarang sekali singgah jugak!]. Bukan kerana ego, tapi kerana hormat dan respek. Kalau tidak, jatuh taraf sebagai orang paling tua, dan secara tak langsung takut wujud sifat derhaka. Entahlah. Yang pasti, gua tak akan jadi macam anak anak sedara ayah gua tu. Gua tau diri sendiri macam mana.

InsyaAllah!

Resdung
Gua berani cakap, masalah resdung dalam diri gua dah sampai tahap kronik! Dah lama dan makin teruk dari hari ke hari. Macam macam cara dah buat, tapi macam tu jugak! Mungkin pasal gua tak yakin.. buat treatment pun walaupun banyak kali tapi jarang jarang. Tak boleh jugak. Terbaru, muka gua ditumbuhi cucu cicit jerawat di kiri kanan pipi. Tension betul, tapi nak buat macam mana... benda tu tak penah kurang. Makin banyak ada laa..

Gua sempat pegi buat rawatan tradisional masa balik cuti. Bomoh tu muda lagi. Cara simple jer, takyah nak pakai apa apa ayat, tapi seeloknya selawat tu jangan tinggal. Dia titikkan beberapa titik air ubat dalam lobang hidung gua, then biarkan ia mengalir sampai ke anak tekak. Pedihnya mak aihh... sapa yang penah buat tau la macam mana rasanya. Lepas beberapa saat, banyak lendir keluar dari hidung ngan mulut gua. Gua buat 2 round. Kalau ditadah lendir tu semua maunya cukup satu gelas besar, hahaha. Selepas rawatan tu, gua rasa pernafasan jadi lancar. Pandangan rasa cerah, kepala ringan dan masalah bersin bersin atau alergic hilang. Tok bomoh cakap, tak payah nak kontrol pasal makan. Belasah je apa yang ada. Apa yang boleh dimakan, makan jer. Jangan takut, pasal kalau buat rawatan tu selalu, insyaAllah semua akan hilang. Tok bomoh ada bagi ubat soh balik buat sendiri kat rumah, tapi biasalaa... gua nak buat sendiri? Mamposs tak buat.

Pedih tekak sampai ke otak!

Lan
Tadi balik dari keje gua tak terus balik rumah. Jumpa Zam dulu, amik bini tua gua [baca:motor] yang dah lama tersadai kat rumah lama gua tu. Hantar pegi bengkel pasal nak bagi power balik. Err.. dah lama tak pakai ingat nak ceraikan [baca:jual]. Dah ada orang nak beli sebenarnya, syukrann!

Lepas setelkan beberapa hal, baru gua balik umah. Lebih kurang pukul 6 petang kot. Lan baru siap mandi. Baru bangun tido katanya, tido yang dari pukul 10 malam semalam. Gila, tido hampir 20 jam! Lan cakap dia lapar. Ye lah, dari 2 petang semalam sampai sekarang belom masuk apa apa dalam perut. Lebih 24 jam tuu.. Boleh masuk Malaysian Book of Record nih! Gua terus ajak dia, pasal gua sendiri pun belom santap lagi. Kitorang lepak kat Restoran Ali Maju cawangan Ukay Perdana, heh!

Gua: "Lama gila ko tak makan. Mengalahkan bulan posa. Posa itu hari tak cukup. Bukan bulan posa boleh lak tak makan sampai satu hari!"

Lan: "Aah. Kire semalam aku puasa la ye, puasa advanced!"

Gua: "Ni kira ganti posa posa lepas la ye?"

Lan: "Tak! Tahun depan. Nanti tahun depan aku dah tak payah posa.. Hehehe."

Siyol!

19.12.03

Hmm.. gua tengok ramai orang join ranking dalam site ni. Gua pun nak try la jugak, nak tau sejauh mana top nya site gua nih. Harap harap boleh menandingi kepopularan Siti Nurhaliza hendaknya, hehehe! Kawan kawan... tunggu apa lagii... vote me lah!

-->Klik sini<--

**Sila simpan resit voting anda [kalau ada], boleh claim belanja ngan gua nanti, ahaks! ;p

18.12.03

Return of The King

"...Three rings for the Elven-kings under the sky,
Seven for the Dwarf-lords in their halls of stone,
Nine for the Mortal Men doomed to die,
One for the Dark Lord on his dark throne
In the Land of Mordor, where the shadows lie.
One Ring to rule them all, One Ring to find them,
One Ring to bring them all, and in the darkness bind them,
In the Land of Mordor, where the shadows lie..."


Semalam gua, Shimi, Mai & Rudy tengok LOTR. Kat TGV KLCC. Macam tak caya kitorang dapat tengok semalam. Sebab.. kitorang adalah antara penonton terawal seluruh dunia. Kan citer ni ditayangkan serentak seluruh dunia. Teringat Matrix Revolutions itu hari... kitorang antara penonton terawal jugak. Bangga.. bangga.. Maunya tak.. seminggu sebelum citer ditayangkan, kitorang dah siap reserve tiket dah. Hehe!

Mula mula gua tak caya sangat dapat tengok semalam, pasal kat tv ngan paper dok iklankan tayangan serentak pada 18 hb. Tapi pasal dah dapat reserve tiket, kira kompemlah tu.

Citer part 3 ni memang menarik gila babas wa cakap luu.. Lebih best dari 2 episod sebelumnya. Ending yang cukup menyentuh perasaan. Ada part part yang touching habis, sampai rasa nak nangis lak. Tapi tahann.. Banyak sangat part part yang best sampaikan kalau gua citer kat sini, kire sesapa yang baca ni dah tak payah nak pegi tengok dah. Cukup lengkap! Tak payah nak baca novel J.R.R Tolkien. Baca apa yang gua tulis sudah cukup, hahaha. Tapi disebabkan gua ni jenis yang prihatin nya, maka tak perlulah nak tulis habis, nanti kang tak laku lak buku tu, si mamat Tolkien tu nak makan apa? hehe.. ;p

Dalam banyak banyak watak, gua paling minat kat Nazgul. Alaa.. yang tunggang naga sayap kelawar tu. Peh! Darkness habis. Dari mula mula citer sampai mamposs, tak nampak muka dia.. Misteri gila. Kena la dengan minat gua yang ala ala blacken & darkness. Yang bestnya masa Eowyn lawan Witch King [Nazgul]...

Witch King: "Not a man can kill me!"

Tapi dia silap, Eowyn bukan lelaki. Lepas kena tikam tang muka, terus cair. Sedih kan? Ada satu persamaan antara gua ngan Nazgul ni, mudah cair ngan pompuan, hehhe. Lain lain part yang best, masa perang antara Orcs ngan manusia.. Banyak aksi ganas dan kejam nampak macam real. Kena pijak.. kena panah.. kena belasah.. fuhh.. tak ingatt!!

3 jam lebih masa berlalu langsung tak terasa. Citer habis lebih kurang pukul 3.10 pagi. Nasib baik tak bawak bantal ngan selimut. Apa pun, memang tak menyesal gua habiskan RM11. Berbaloi dan cukup puas hati. Kalau tidak, masakan penonton penonton lain pakat bertepuk tangan bila The End terpampang kat layar putih? Macam baru lepas tengok persembahan live muzika, hehhee...

Rating::4 thumbs up [2 ibu jari tangan dan kaki], cukup?!!!

15.12.03

Sejak kebelakangan ni gua ada bz sikit. Forum jarang masuk, jurnal lambat updet. Kalau sebelom ni hari hari NGANGA je kat opis, minggu lepas ngan minggu ni gua tak sempat nak jelir lidah pun! Yang sempat masuk cuma emel ngan friendster je. Yang lain, tengok gitu gitu jer, then blah. Peluang nak updet segala hanya bila gua pegi umah abang gua jer, pasal... dia pakai Streamyx, hehehe!

Sabtu
Open House - Amyz

Gua janji ngan Mat Jan nak jumpa kat stesen lrt STAR Salak South. Ambik dia, jumpa Salji then terus ke rumah Amyz. Amyz buat open house. Lepas balik keje gua terus ke sana, tunggu Mat Jan. Lama gak menunggu sampai tertidur dalam kete. Hampir sejam lebih, Mat Jan sampai. Lepas tu terus gi Bandar Tasik Selatan nak ambik Salji. Laa.. kalau tau nak ambik kat situ tak payahla Mat Jan turun kat Salak South. Baik turun Bandar Tasik Selatan terus, kan!

Mat Jan: “Tambang pun sama. Singgit tujuh posen jugakk!!”

Salji sorang jer. Aida tak dapat datang, ada keje tak siap. Disebabkan Salji dah kenal umah Amyz, so tak menjadi masalah sangat untuk sampai ke sana. Tak perlu makan makan angin dulu [baca:sesat], terusss jer then sampai. Whoaa... ingatkan sampai lewat dah, pasal janji kul 3 petang, sampai kul 4 lebih. Rupa rupanya kitorang paling awal. Syabas untuk diri sendiri! Sesambil lepak lepak sembang sembang barula muka muka lama sampai [baca:geng otai], heh! Mula mula kak Dayah, lepas tu Ludi [Bluehikari] ngan Pikor..

Ludi: “Zhoulsz?!!” sambil bersalam ngan gua.

Eh, Ludi cam gua ker??? Tak sangka... tapi dia sendiri memang gua dah tau awal awal siapa.. lepas tu baru Tok Rimau & kameranya sampai.. kemudian Mie.. Nett.. Spyz & family.. Kak Ungku & family.. Pipet.. Eri.. sapa lagi? Sorila kalau lupa, ramai sangat. Gua rasa kalau buat gathering masa kat umah Amyz lebih sesuai daripada open house. Pasal ramainya yang datang tak seperti masa gath memanah atau bukak posa itu hari. Suasana meriah sangat. Gua sebagai pendatang baru.. errr.. segan jugak! Tapi biasalah, malu tolak belakang. Prinsip gua, malu rezeki lari, heheh. Kalau malu, tak dapatlah makan mee hun goreng ngan nasik hidang berlaukkan sup daging dan beberapa jenis lauk lagi hari tu. Hehe..

Pagi tu, gua ada msg kat Pipet ngan Pikor dalam friendster, tak sangka petang tu boleh jumpa diorang. Anyway, pertama kali jumpa ngan Pipet, Pikor, Tok Rimau, Ludi, kak Dayah dan Eri. Nice to meet u all. Waccaa!!!

Gua: “Psstt.. Mat Jan, Mie ngan Pikor adik beradik ker? Muka nak sama laa..”

Mat Jan: “Eh, takdelah!”

Ooo bukan ekk? Ingatkan adik beradik..

Open House – mIe [webmaster GJ]
Masa kat umah Amyz, mIe cuit gua.. “Nanti lepas ni ko datang umah aku ekk!” So, gua dijemput ke rumahnya di Sungai Buloh. Yang lain pun sama.. mIe main style cuit cuit, hehehe.

Lepas hantar Salji balik, tinggal gua ngan Mat Jan jer. Salji tak dapat join pasal ada hal ngan Aida [Tgk LOTR???]. Kitorang berdua terus ke Sungai Buloh ikut direction yang diberi. Jujur gua katakan, gua tak pernah sampai Sungai Buloh. Ini pertama kali gua jejak kaki. Ngan Mat Jan plak tuh! Ingatkan dapat kejar kete kak Ungku, tapi kerana jalan jam teruk tahap dewa, maka bergeraklah kete gua umpama penyu nak bertelur. Hampeh. Dan.. perjalanan dari rumah Amyz ke rumah mIe akan gua ingat sampai nyanyuk. Apa taknya, lepak dalam kete hampir 3 jam, sedangkan jarak tak sampai 20 km. Campur sekali ngan masa jalan jalan makan angin sekejap [baca:sesat]... Gua ingat kalau tak jam sure dah sampai Johor ni, huhuhu! Nasib baik diorang semua tunggu kitorang kat stesen minyak Petronas, so dapatlah jumpa umah mIe, kalau tidak... maunya sampai penjara, har har har!

First thing masa kat sana, gua main main ngan Crispy, kucing kesayangan mIe. Cantik siootttt! Oh ya, masa kat umah mIe, makan mee goreng berlauk ayam goreng. Walaupun gua tak makan banyak, at least tetap jamah juga pasal nak cover tenaga yang banyak habis masa 3 jam dalam kete, hehe! Sesambil makan, kitorang banyak bersembang ngan mak ayah mIe. Err.. mak mIe orang Pasir Mas. Sekapal la kite, mak cik! Hahaha.

Yang datang umah mIe.. Ludi, Dayah, Amyz, kak Ungku & family, Mat Jan, Pikor dan gua. Pukul 10 lebih baru tau nak blah. Itu pun nasib baik hidangan dah habis, kalau tak maunya melepak lagi sampai ke tengah malam. Kesian mak ayah mIe, mesti ngantuk nak tido, hehe.

Lepas sesi berposing maut, kitorang pakat pakat beransur. Mat Jan tak naik ngan gua.. dia tumpang Ludi plak. Ondeway balik, gua follow kete kak Ungku. Sampai area Jalan Duta, baru gua potong kete kak Ungku dan memecut laju selaju 280km/j utk sampai ke rumah. Peh, macam Ferrari la pulak..!

Ahad
Open House – Datuk Mokhtar

Kenapa Datuk Mokhtar? Kenapa tak umah Abasan? Pasal Abasan cakap kat gua..

“Bukan rumah aku laa.. rumah bapak aku!”

Gua plan nak pegi petang, pasal selalunya pagi pagi ni orang baru nak bersiap. Sekali tengah sedap lena diulit intan, ehh.. mimpi... dapat satu sms dari kak Ungku, kata nak konvoi sama sama. Gua sms Salji, tak jawab. Tau semua nak pegi tengah hari, nak tak nak terpaksa la bangun tidur dan mandi wajib.

Janji ngan Salji kat Mc D Bangsar. Tak sempat nak parking kete, Salji dah meluru masuk dalam kete gua. Pergh, laju betoi... tak tahan lapar ker??? Nasib baik dia kenal kete gua.. tak payah nak tunggu tunggu, call call dan sebagainya. Apa pun, susah jugak nak jumpa umah Abasan. Sempat jugak makan makan angin [baca: ah.. banyak la korang nyer baca..]. Keliling Bangsar seround dua, baru jumpa! Itu pun pandai pandai carik sendiri, gara gara nama jalan yang Abas cakap tak ada. Hilang dalam terang, hee..

Nak tau kebestsan rumah Abasan? Gua tak nak cakap, anda sendiri ceritakan.. hehe.

Tengah best layan kepala borak borak sambil melahap chicken chop ngan kuay tiow kerang, tetiba gua terpandang sorang pempuan tidak jauh dari meja kitorang. Oh, oh, Cik Nina rupanya..! Gua nyer Executive Director. Alamak, macam mana dia boleh ada kat sini ni? Kenal Abasan ke? Abasan kata tak kenal. Kenalan Datuk Mokhtar la kott.. dia bangun dari kerusinya dan datang ke meja kitorang. Aiseh, segan beb! Tak tau nak kata apa.. Tegur lebih kurang, then Cik Nina kembali ke kerusinya. Pheew!

Abasan kena buli. Kena buatkan kitorang air bancuhan istimewa. 3 jug habis, walaupun masing masing cakap jangan buat lagi. Hehehe, kontrol konon. Kalaulah Abasan buat satu jug lagi, habis jugakk! Kompem lah! Sesi bergambar kat rumah Abasan best! Kalau boleh segenap penjuru nak posing waima toilet sekalipun, ha ha ha. Lebih kurang pukul 4.30 kitorang blah. Gua hantar Salji ke Mc D Bangsar dulu, then terus ke KLCC. Dah janji nak jumpa Rudy, Lan ngan Awie kat sana.

KLCC
Sementara menunggu diorang, gua lepak kat masjid KLCC sensorang. Dah lama berangan nak melepak kat masjid KLCC. Alang alang dah ada kat situ, gua ambik kesempatan la. Sambil duduk duduk, main main sms... gua dapat lihat gelagat orang ramai. Masa tu hati rasa tenang.. damai.. hilang segala tension, penat dan serabut.

“Wahhh, baiknya aku.. nak lepak pun carik masjid?!!”

Ct mesti cakap, “Ah, ye la tuu...” Hahaha!

10.12.03

Hmm... gambar belum upload lagi ke forum GJ. Sori la ekk, tak sempat nak buat.. Tapi gua tengok Nett dah taruk beberapa gambar yang masa kenduri jiGO. Nanti bila kelapangan gua tambah.

Mie, jangan lupa..
1) Kena check balik links gambar kat forum GJ [album gambar]. Banyak yang broken links. Ni gara gara kompeni tempat gua keje tukau hosting server baru.

2) Tambah gambar masa kenduri jiGO dan gambar masa open house umah kak Ungku & Salji kat album GJ.

3) Kad raya nyer links dalam forum thread Sembang Apa Saja.

Apa lagi?!

Ong Bak
Tengok Ong Bak untuk kali kedua.. First tengok VCD pirate kat umah abang gua kat Gombak... tapi tak sempat habis, pasal nak kena balik awal. Ada hal... Then second time kat TGV, ngan Shimi, Mai, Shima & Sherry. Takleh nak puji lebih lebih tang kesan bunyi pasal biasa jer. Tak macam tengok citer LOTR atau X-Men, tapi jalan citer ngan aksi aksi lawan memang best gila. Gua suka bila tengok aksi yang dilakukan tanpa menggunakan tali atau kesan khas. Real beb! Kasi siku kaw kaw nyer...

Dah lama dah citer nih, malas nak buat review... korang tengok la sendiri. Hehhe... Apa pun, citer memang best! Tak caya? Gua dah tengok 3 kali. Pirate nyer lah, hahaha!

8.12.03

Fuhh! Yaa... gua kenyang! Kenyang tak ingat sampai nak berjalan pun tak larat. Perut sendat dan padat dengan segala macam makanan. Kalau la hari hari makan macam ni memang gua cepat boroi la. Mana taknya, gua makan banyak pun bukannya boleh menggemukkan atau memberisikan lagi badan gua yang ala ala kering ni, tapi bak kata boss gua... "Tengok badan ku, macho kan?". Gua balas.. "Ah ye, macho tang perut!" dan terus gua kena pelangkung, hehehe. ;p

Untuk minggu ni, jadual hari Sabtu dan Ahad teramatlah pack sekali. Semua orang nak buat open house. Berebut rebut sampai tak cukup hari. Bak kata..

Mat Jan: "Kenapa semua orang nak buat hari Sabtu haa? Dah tak cukup hari ker?"

Gua: "Hari nak kiamat kot?!!" Hehehe..

Dan gua sarankan, kalau nak buat open house tanpa clash ngan orang lain... buatlah belah malam sampai ke pagi. Kompem tak clash. Orang pun mungkin ramai datang pasal semua tak pegi open house lain lain tempat. Sabtu dan Ahad kelmarin memang mengejutkan gua juga.. Begitu ramai umat manusia keluar bersesak sesak atas jalan raya. Mana nak pegi gamaknya? Pada hal bukannya ada apa apa perayaan pun. Bukannya ada megasale besar besaran pun. Namun untuk 2 hari ni, sebelah malam iaitu malam Ahad dan Isnin... semua jalan boleh dikatakan jem teruk tahap khurafat! Eh, ada ker? Ah, bedal laa..! ;p

Kenduri jiGOMorrison
Sabtu, 3 tempat gua serang. Pertama nya gua serbu rumah jiGO. Rumah jiGO atau rumah orang rumah jiGO? Gua konpiuss.. Pegi sana ngan Yazi, Fida (sepupu Yazi) & Mat Jan. "Wahh... macam tak caya Mat Jan naik kete aku! Har har har."

Mat Jan kata, "Woi, ingat aku femes sangat ker?"

Gua berani cakap hang femes di kalangan para blogger Malaya gengjurnal. Tapi masih ada juga orang tak kenal dia. Tak caya? Masa kat rumah kak Ungku, ada orang, tanya, "Tu sapa?". Hehehe.. [Eh, belum sampai part rumah kak Ungku lagi..!]

Gua ambik diorang bertiga di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Jumpa kat sana pasal ingat nak mintak tolong Salji tunjukkan tempat kenduri jiGO, tapi disebabkan Salji nak kena ambik PuteriSalji dia dulu... terpaksa la kitorang gerak dulu. Senang cakap, carik sendiri! Huhu.. Apa pun tak susah nak carik rumah tu, peta tu senang nak paham... Sesampai kat sana, kelihatan Spyz & family tengah mengisi tangki perut. Kitorang tak boleh tengok jer.. nasi berlaukkan ayam kentucky tuu.. Shedap! Apa pun gua tak belasah kaw kaw pasal lepas ni ada 2 destinasi lagi nak kena ziarah, heh! Lepas bergambar sakan ngan pengantin, Salji & Aida & sepupu sampai. Borak lebih kurang sampai orang siap dok kemas kemas kerusi meja. Majlis dah nak habis. Paham paham je laa.. takkan nak dok situ lagi kan? Hehhe... well, tak sempat nak bersalaman ngan pengantin, kitorang teruskan gerak [bukan gerak khas] ke dentinasi seterusnya.

Khas untuk jiGO, SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga berkekalan sampai mati.

Open House - Kak Ungku [Sekarang baru part betul]
Dari kenduri jiGO, kitorang ke rumah Shimi [opismate gua]. Dia nak follow jugak ke rumah terbuka kak Ungku ngan Salji. Dah lama dia nak kenal Ep, kak Ungku, Mat Jan, Salji dan lain lain tapi tak sempat. Bz. So, skang masa yang sesuai.. gua ajak join sekali. Tapi pi sana naik kete dia ler. Kete gua tak power. Huhuhu.

Kat rumah kak Ungku, kelihatan segerombolan manusia tengah bergelak ketawa. Gua bagi salam, tapi tak tau la tuan rumah sedar ke tak! Heh! Masuk je dalam rumah terus ditawarkan kek lapisss, aiya! Hmm.. ramai jugak yang datang rumah mak kak Ungku.. yang ada.. Ep, kak Zar & hubby, Mushroomcute, Ctcute dan Salina. Diorang semua seperti sudah selesai membelasah juadah kak Ungku. Gua masih kekenyangan. Nak cukupkan syarat, terpaksala makan jugak. Tapi tak banyak, 2-3 potong kek lapis ngan semangkuk mee sup... terus overload. Rasa segala objek dalam rantaian tali perut macam nak keluar balik. Tapi cover, heheh! Sekali sekala macam nak termuntah tapi gua tetap tahan. Nasib baik kak Ungku paham jiwaku, ewwah!

Nak cerita ke gua kena buli ngan geng geng Hawa kat rumah kak Ungku? Tak payahlah, nanti jatuh standard dan saham, hahaha.

Ctcute... memang cute pun orangnya! Kenapa semua cakap muka dia familiar? Pasal mukanya penah keluar paper!

Open House - Salji
Last destination for today, Salji's house. Ooo.. baru tau rumah dia, kat situ rupanya. Gua penah sesat kat area situ gara gara nak carik stesen LRT Bandar Tasik Selatan tu dulu. Skang tidak lagi!

Rumah Salji ada spaghetti. Tapi gua tak makan.. tak biasa. Kampungan?!! Nasib badaannn... Tapi gua makan mee hun goreng. Boleh tahan. Lepas tu banyak dok kunyah kacang almond. Ep paling kecoh tak kira tempat. Dengan Jawanya tak habis habis, hehehe. Semua orang kena soal oleh mak Salji. Macam guru besar kata Mat Jan. Alahh, sebenarnya pasal dia yang paling banyak kena soal. Tu yg cakap cenggitu tuu. Apa pun mak Salji banyak bagi pandangan pasal Law. Mungkin Fida ngan Mat Jan paham, tapi untuk gua.. dengar je laa, it wasn't my course indeed, huh!

Untuk semua, all in all.. thanks! Lain kali buat lagi tapi jangan tak jemput lak, ahaks!

Open House - Ard
Ahad, gua dapat serbu 2 tempat jer. Mula mula gua pegi umah Ard. Gua pegi ngan Isma ngan Shahrir. Diorang berdua ni gua salute laa, pasal sanggup datang dari UPSI semata mata nak ke rumah Ard. Hmm.. boleh juga dikatakan diorang ni takde keje sebenarnya. Hehehe. [Study la woi!] ;p

Ramai orang datang umah mamat ni. Tapi yang best takde benda lain, aweks beb aweks! Huishh.. tak tau la gua mamat ni pakai ilmu apa, tapi rumah dia memang dipenuhi gadis gadis Malaya. Tak sanggup dok lama lama kat situ. Nanti rambang mata. Heh! Apa pun suasana memang meriah.. ramai yang datang lebih lebih lagi member member mak bapak dia. Tapi tak heran la pasal bapak dia berpangkat Datuk. Ramai kenalan.

Gua lepak lama jugak. Borak borak ngan Isma, Shahrir dan Ad. Lama betul tak jumpa diorang. Dapat pekena sate ngan oren, terus kembung perut. Ikutkan hati nak belasah benda benda lain lagi tapi tangki sudah penuh. Lebih lebih lagi nak kena standby untuk open house yang satu lagi. Hmm... best! best!

Open House - Dato' Zainal (MD)
Wahh laauu... bapak besau nya rumah Dato' Zainal!!! Ni pertama kali gua sampai umah dia kat Glenmarie Court. Raya tahun lepas gua tak dapat datang pasal kena stayback kat opis sampai ke Subuh. Projek kompeni tengah jalan dan gua kena siapkan keje ikut dateline. Tapi nasib baik boss gua datang opis lepas beraya rumah Dato', siap tapaukan sate untuk gua ngan Joe. Thanks boss!

Raya kali ni, gua berpeluang menjejakkan kaki ke rumah seorang manusia yang berpangkat tinggi, tapi tidak setinggi pohon kelapa walaupun badannya memang tinggi giler, hehhee! Tapi sedikit kecewa kerana tak dapat buat pemantauan keadaan dalam rumah Dato'. Dapat tengok dari luar jer... Bukan tak boleh masuk, cuma segan. Siapa la gua nak jejakkan kaki dalam rumah umpama istana tu? Mereka mereka yang bersembang belah dalam mungkin kaum kerabat Dato' kot. Nanti kang pakat pandang kat gua jer bila gua sesaja masuk dalam hanya niat nak tengok tengok! Malu wehh!

Gua pegi sana tumpang kete Shimi. Mai, Sherry dan adik angkatnya ikut juga. Kerana lambat sedikit sampai gara gara jalan jem, kitorang tak dapat melantak banyak hidangan. Kebanyakan booth dah tutup. Yang masih buka, booth sate, roti jala ngan kambing panggang. Gua tak makan sangat kambing ngan roti jala. Nak tak nak, telan sate jugak. Aiii... petang tadi dah sate, malam pun sate. Muka pun dah jadi macam sate dah! Huhu..

Apa pun sebagai staff Dato', layanan yang kami dapat memuaskan jugak. Bolehlaa bergurau senda ngan dia dan Datin, hehe.

Dato': "Kambing tu banyak lagi, makan la banyak banyak. Nak tapau pun takpe jugak!"

Sekali Datin menyampuk, "Jangan buat pasal, mak pening makan kambing!"

Hahaha.

4.12.03

Sejak dua menjak ni gua jadi gila dikir la plak. Ni gara gara anak sedara gua yang berumur 3 tahun lebih tu selalu dok berdikir. Walaupun tak jelas apa yang dia ucapkan, namun gua tahu juga... mak ayah gua yang bagitau. Advanced betul anak buah gua ni, pak cik dia tak pernah dengar... dia siap dah pandai nak ikut lirik dah. Hmm... ada 3 buah lagu yang gua suka daripada Halim Yazid ni.. Bangkit Asal 1, Bangkit Asal 2 dan Tupai. Nak taruk lirik lah... Harap harap sesapa yang baca pahamlah hendaknya, hehhe.. Ni bahasa Kelate-Jerman peringkat tinggi nih.

***
Bangkit Asal pt 1
Nak bangkit asal ambo nok ghoyak titih
Adik kakok kalu nok dengar male ni gak nyo buleh
Diri ambo bergelar Halim bin Yazid bin Awang Teh
Asal di kampung Changa dale jajahe Pasir Puteh

25 Oktober tahun 60
Ambo lahir ke dunio di serambi gelegar buloh
Tinggal kandunge bonda dinihari awal Subuh
Ambo celik mato tengok ale ni lawa sunggoh

Ambo pun besar dengan penuh kasih saye
Dale sebuah bangsal berdiri atas tanah oghe
Ayah selalu tinggal gi pagi kelik male
Khijo cari samah seghiya nok buwi ambo make

Umo 7 tahun ambo pun ngaji skoloh
Anak murid tigo butir kampung pakat duduk satu darjoh
Cikgu cikgu sanjung kata hati ambo cerah
Tolok kali bagi campur ambo congok jawab mudoh

Naik tingkate skoloh menengah Tok Janggut
Malu tu gak ko oghe baju caghik seluar buruk
Keno bayar yure, tambe bas ngan beli bok
Ayah pakso jual aye hok dio saye dale peghekuk

Perikso SPM ambo buleh gred 1
Naik tingkate 6 keno pindoh ko skoloh baru
Di skoloh menengah Kamil hati ambo bertamboh sayu
Saing sekelah oghe sene sene nok masuk dekat ambo raso malu

Bose ko drebar bas dok mitok pitis hari hari
Doh tambe hok bule lepas ngan bule ni tok bayar lagi
Buke kato ambo ni hagah tapi malu ko diri sendiri
Ambo lopat turun bas galas beg berjale kaki

Dari kampung Changa ko skoloh menengah Kamil
Sikit jale banyok beghungga ngan air mato berline line
hari hari lapar jaghe benar hari kenye
Pitis poket seminggu seghiya pado wat beli baik ambo sipe

Hari skoloh umum keputuse STP
Saing saing maghi kerumun pakat cuih dok pakat puji
Bele bele senyum ambo tanyo bakpo gak ni?
Saing kata hebatnyo mung keputuse mung tinggi sekali

Puah ayah mikir nak cari 1000 ghiya
Doh ambo keno panggil masuk ngaji di U Malaya
Korek abih tukir bawah buku celah bata
Jale yang terakhir tanah sebucu tu ayah jual

Ambo tinggal kampung dengan berline air mato
Sapa Kualo Lupo takdok waris sedara mara
Dengan baju selai sepunggung daftar U tahun pertamo
India Cina pakat lingkung kato budok daghat ni maghi mano?

Ambo masuk U ayah pindoh ko Gua Muse
Ambo mengadap buku ayah menebas tanah hute
Sedih bercampur sayu teringat ko ayah ambo soghe
Lo ni ambo gaji beribu nok balas jaso ayah tok pade

Nak bangkit asal ambo nok ghoyak titih
Adik kakak kalu nok dengar male ni gak nyo buleh
Diri ambo bergelar Halim bin Yazid bin Awang Teh
Asal di kampung Changa dale jajahe Pasir Puteh

***

Gua dah beli cd persembahan dikir ni.. Ori lagi, heh! Sesapa yang nak dengar bagitau laa.. Post sekeping cd kosong nanti gua burn kan. Kalau tak paham takpee... at least jadikan cd tu kamus bahasa Jerman, ehh.. silap.. bahasa Kelate. Hehehe!

Open House - Nana@Cipan
Rabu, Nana buat open house. Err... gua tak biasa nama Nana ni. Biasa nampak kat forum nama Cipan. Cipan??? Hahaha. Salah seorang ajk GengJurnal. Silap gua tak notes sikit pasal majlis tu. Lupa la.. Yang gua ingat gua pegi sana ngan Salji & Aida, Yazi dan Salina@Walinongsari. Tak banyak perkara yang nak ditulis. Masa kat rumah Cipan, kebanyakan yang datang bebudak MDC [Melayu Dot Com] dan Dewa. GeJu? Kitorang laa... campur Nett sorang. Itu pun dah nak blah masa kitorang baru nak bukak selipar kasut. Tak sempat nak sembang. Apa pun, pertama kali jumpa ngan Salina. Tak sangka orangnya stok stok bising jugak. Dulu kemain cakap pemalu.. segan.. pendiam.. sekali bila dah jumpa Aida... macam jumpa kroni, hahaha.

Nak baca lagi? Jom lompat ke Tafakur..