Open House - Kak Zar
Yeehhaa.. maka arakian tiadalah lagi baki cuti tahunan untuk gua tahun ni. Gua dah habiskan kesemua sekali gara gara kehadiran cuti Krismas. Best kan.. dapat cuti 5 hari, dari Sabtu hingga Khamis lepas. Sebenarnya baki cuti 3 hari jer, tapi pasal gua pandai ambik kesempatan.. campur Ahad dan Khamis [Krismas], maka gua dapat 5 hari. Hehe!
Banyak perkara gua buat sebelom bertolak balik pada Sabtu minggu lepas. Setelkan yang mana penting, then baru boleh balik kampung dengan aman. Oh ya, Kak Zar buat open house. Mula mula plan tak nak pegi pasal banyak hal belom setel lagi. Tapi gara gara bertembung ngan sekumpulan aweks kat Setiawangsa tu, maka gua ringankan kaki juga untuk singgah umah Kak Zar. Memang betul, tak manis kalau gua tak datang.. pasal gua selalu dok tanya bila, bila dan bila. Tapi bila tiba hari tu, gua tak datang. Tak best kan? Beberapa urusan terpaksa dibatalkan semata mata gua nak jugak jejakkan kaki open house kat Kolej Ke-2 tuh. [Kak Zar patut puji aku nih, hehe!! ;p]
Tak lama gua kat umah Kak Zar.. sampai kat sana pun dah lewat. Segan nak melangkah masuk ke dalam rumah, namun nasib baik gua ajak si Lan temankan. Dia tu jenis muka tak malu, hehehe. Ramai gak yang datang. Kaum kerabat tuan rumah.. memember.. geng geng jurnal..
Memang betul, gua blank masa tu. Gua tak tau nak cakap apa. Menggigil pun ada, tapi cover. Tak taulah kalau ada yang perasan. Tak tau napa.. mungkin kerana masa tu ramai gejuis yang gua tak kenal, macam Wkdin & family, Mal [DJW], Effa dan Mawar. Beberapa orang lagi tak sempat jumpa pasal diorang blah awal. Pin & Joliekins kalau tak silap gua [Takde jodoh kott!!]. Apa pun gua try buat macam biasa. Sembang sembang ngan Mal dan Wkdin macam dah lama kenal lak, heh!
Hampir pukul 8 lebih baru gua blah. Tak boleh dok lama lagi, tiket bas pukul 9 malam. Terlepas kang sapa nak hantar? Balik kampung jalan kaki? Gila apaa??? Teringat masa nak beli tiket, gua sempat tanya akak kaunter tiket..
Gua: "Kak, ni naik bas selamat tak??"
Akak kaunter: "InsyaAllah selamat.."
Gua: "Takut gak saya, sekali ada 14 orang tahan bas nak tumpang. Haru!" ;p
Rudy hantar gua kat hentian Putra. Dia tak tunggu dah, lepas tinggalkan gua kat sana, dia terus blah. Nasib baik gua sempat warning dia.. soh jaga bini muda gua [baca:kete] elok elok. Heheh.
Hmm.. masa kat atas bas, rasa boring giler! Apa lagi, main sms ler. Dengan siapa tu? Sapa lagi, dengan *toot* ler.
Har har har!
Kampung
Mula mula gua ingat nak cuti kat kampung sampai Khamis, then malam Jumaat tu bertolak pulang ke KL. Tapi disebabkan Sani dah jemput untuk meeting pendaftaran kelab foto kitorang pada Khamis tu, maka gua terpaksa beli tiket sehari awal. Yang tension nya, baru jer beli tiket ke KL, Sani sms gua. Kata meeting Khamis tu ditunda ke Ahad. Cis! Hangin sungguh. Gua dah malas nak tukau tarikh perjalanan... Leceh. Lantaklah nak sampai awal sehari pun. At least boleh rileks dulu kat rumah sewa. Hmm...
Well, cuti ni sungguh seronok. Masa kat kampung, gua just lepak lepak kat rumah jer. Takde jumpa memember lama.. takde lepak lepak kat atas tembok tepi jalan tengah sawah.. takde ronda ronda bandar KB dan sebagainya. Gua jadi anak dara jap. Dok kat rumah, main main ngan anak sedara. Main terup, hahaha! Best apa main ngan budak kecik, asyik gua je yang menang sakan, har har har!
Kali ni gua banyak bergurau senda ngan anak buah gua. Seronok! Budak kecik yang baru pandai bercakap ni... lebih lebih lagi cakap ikut style orang tua, hmm.. tak kering gusi la jawabnya. Kalau gua boring, gua kejar anak buah gua tu.. dapat kalu, gua cucuk/geletek perut dia. Lepas tu gua lak yang lari, dia kejar. Hehe! Masa masa free, gua sembang ngan mak ayah gua. Dan sekarang baru gua tau sebenarnya adik beradik ayah gua, semua dah meninggal. Kira anak yatim piatu la kononnya. Kalau tak silap, semua adik beradik dan atuk nenek sebelah ayah gua, gua tak kenal. Bila meninggal, dok kat mana.. semua tak tau. Kerabat ayah gua yang tinggal hanyalah anak anak sedara dia [sepupu gua la tu..]. Itupun dah tua tua bangka. Kalau gua tak kenal, maunya gua panggil pak cik. Mak gua cakap, anak sedara ayah gua ni jarang benar jenguk dia. Pada hal ada yang lalu depan rumah menggunakan jalan raya tu hari hari.. Sekurang kurangnya singgah sekejap jadi ler. Sesama anak sedara boleh lak kunjung mengunjung tak kira sama ada raya atau tak. Mak gua marah! Tapi tak bagitau kat diorang. Mak gua sempat ingatkan gua..
"Kita sebagai anak [anak anak sedara] lah yang patut carik ayah [ayah sedara]. Bukannya ayah yang carik anak!"
Insaf sekejap! Hehehe... tapi memang betul kata mak. Walaupun ayah gua tau mana diorang semua duduk, ayah tetap tak pegi ke rumah rumah diorang [Jarang jarang sekali singgah jugak!]. Bukan kerana ego, tapi kerana hormat dan respek. Kalau tidak, jatuh taraf sebagai orang paling tua, dan secara tak langsung takut wujud sifat derhaka. Entahlah. Yang pasti, gua tak akan jadi macam anak anak sedara ayah gua tu. Gua tau diri sendiri macam mana.
InsyaAllah!
Resdung
Gua berani cakap, masalah resdung dalam diri gua dah sampai tahap kronik! Dah lama dan makin teruk dari hari ke hari. Macam macam cara dah buat, tapi macam tu jugak! Mungkin pasal gua tak yakin.. buat treatment pun walaupun banyak kali tapi jarang jarang. Tak boleh jugak. Terbaru, muka gua ditumbuhi cucu cicit jerawat di kiri kanan pipi. Tension betul, tapi nak buat macam mana... benda tu tak penah kurang. Makin banyak ada laa..
Gua sempat pegi buat rawatan tradisional masa balik cuti. Bomoh tu muda lagi. Cara simple jer, takyah nak pakai apa apa ayat, tapi seeloknya selawat tu jangan tinggal. Dia titikkan beberapa titik air ubat dalam lobang hidung gua, then biarkan ia mengalir sampai ke anak tekak. Pedihnya mak aihh... sapa yang penah buat tau la macam mana rasanya. Lepas beberapa saat, banyak lendir keluar dari hidung ngan mulut gua. Gua buat 2 round. Kalau ditadah lendir tu semua maunya cukup satu gelas besar, hahaha. Selepas rawatan tu, gua rasa pernafasan jadi lancar. Pandangan rasa cerah, kepala ringan dan masalah bersin bersin atau alergic hilang. Tok bomoh cakap, tak payah nak kontrol pasal makan. Belasah je apa yang ada. Apa yang boleh dimakan, makan jer. Jangan takut, pasal kalau buat rawatan tu selalu, insyaAllah semua akan hilang. Tok bomoh ada bagi ubat soh balik buat sendiri kat rumah, tapi biasalaa... gua nak buat sendiri? Mamposs tak buat.
Pedih tekak sampai ke otak!
Lan
Tadi balik dari keje gua tak terus balik rumah. Jumpa Zam dulu, amik bini tua gua [baca:motor] yang dah lama tersadai kat rumah lama gua tu. Hantar pegi bengkel pasal nak bagi power balik. Err.. dah lama tak pakai ingat nak ceraikan [baca:jual]. Dah ada orang nak beli sebenarnya, syukrann!
Lepas setelkan beberapa hal, baru gua balik umah. Lebih kurang pukul 6 petang kot. Lan baru siap mandi. Baru bangun tido katanya, tido yang dari pukul 10 malam semalam. Gila, tido hampir 20 jam! Lan cakap dia lapar. Ye lah, dari 2 petang semalam sampai sekarang belom masuk apa apa dalam perut. Lebih 24 jam tuu.. Boleh masuk Malaysian Book of Record nih! Gua terus ajak dia, pasal gua sendiri pun belom santap lagi. Kitorang lepak kat Restoran Ali Maju cawangan Ukay Perdana, heh!
Gua: "Lama gila ko tak makan. Mengalahkan bulan posa. Posa itu hari tak cukup. Bukan bulan posa boleh lak tak makan sampai satu hari!"
Lan: "Aah. Kire semalam aku puasa la ye, puasa advanced!"
Gua: "Ni kira ganti posa posa lepas la ye?"
Lan: "Tak! Tahun depan. Nanti tahun depan aku dah tak payah posa.. Hehehe."
Siyol!