Sejak kebelakangan ni gua ada bz sikit. Forum jarang masuk, jurnal lambat updet. Kalau sebelom ni hari hari NGANGA je kat opis, minggu lepas ngan minggu ni gua tak sempat nak jelir lidah pun! Yang sempat masuk cuma emel ngan friendster je. Yang lain, tengok gitu gitu jer, then blah. Peluang nak updet segala hanya bila gua pegi umah abang gua jer, pasal... dia pakai Streamyx, hehehe!
Sabtu
Open House - Amyz
Gua janji ngan Mat Jan nak jumpa kat stesen lrt STAR Salak South. Ambik dia, jumpa Salji then terus ke rumah Amyz. Amyz buat open house. Lepas balik keje gua terus ke sana, tunggu Mat Jan. Lama gak menunggu sampai tertidur dalam kete. Hampir sejam lebih, Mat Jan sampai. Lepas tu terus gi Bandar Tasik Selatan nak ambik Salji. Laa.. kalau tau nak ambik kat situ tak payahla Mat Jan turun kat Salak South. Baik turun Bandar Tasik Selatan terus, kan!
Mat Jan: “Tambang pun sama. Singgit tujuh posen jugakk!!”
Salji sorang jer. Aida tak dapat datang, ada keje tak siap. Disebabkan Salji dah kenal umah Amyz, so tak menjadi masalah sangat untuk sampai ke sana. Tak perlu makan makan angin dulu [baca:sesat], terusss jer then sampai. Whoaa... ingatkan sampai lewat dah, pasal janji kul 3 petang, sampai kul 4 lebih. Rupa rupanya kitorang paling awal. Syabas untuk diri sendiri! Sesambil lepak lepak sembang sembang barula muka muka lama sampai [baca:geng otai], heh! Mula mula kak Dayah, lepas tu Ludi [Bluehikari] ngan Pikor..
Ludi: “Zhoulsz?!!” sambil bersalam ngan gua.
Eh, Ludi cam gua ker??? Tak sangka... tapi dia sendiri memang gua dah tau awal awal siapa.. lepas tu baru Tok Rimau & kameranya sampai.. kemudian Mie.. Nett.. Spyz & family.. Kak Ungku & family.. Pipet.. Eri.. sapa lagi? Sorila kalau lupa, ramai sangat. Gua rasa kalau buat gathering masa kat umah Amyz lebih sesuai daripada open house. Pasal ramainya yang datang tak seperti masa gath memanah atau bukak posa itu hari. Suasana meriah sangat. Gua sebagai pendatang baru.. errr.. segan jugak! Tapi biasalah, malu tolak belakang. Prinsip gua, malu rezeki lari, heheh. Kalau malu, tak dapatlah makan mee hun goreng ngan nasik hidang berlaukkan sup daging dan beberapa jenis lauk lagi hari tu. Hehe..
Pagi tu, gua ada msg kat Pipet ngan Pikor dalam friendster, tak sangka petang tu boleh jumpa diorang. Anyway, pertama kali jumpa ngan Pipet, Pikor, Tok Rimau, Ludi, kak Dayah dan Eri. Nice to meet u all. Waccaa!!!
Gua: “Psstt.. Mat Jan, Mie ngan Pikor adik beradik ker? Muka nak sama laa..”
Mat Jan: “Eh, takdelah!”
Ooo bukan ekk? Ingatkan adik beradik..
Open House – mIe [webmaster GJ]
Masa kat umah Amyz, mIe cuit gua.. “Nanti lepas ni ko datang umah aku ekk!” So, gua dijemput ke rumahnya di Sungai Buloh. Yang lain pun sama.. mIe main style cuit cuit, hehehe.
Lepas hantar Salji balik, tinggal gua ngan Mat Jan jer. Salji tak dapat join pasal ada hal ngan Aida [Tgk LOTR???]. Kitorang berdua terus ke Sungai Buloh ikut direction yang diberi. Jujur gua katakan, gua tak pernah sampai Sungai Buloh. Ini pertama kali gua jejak kaki. Ngan Mat Jan plak tuh! Ingatkan dapat kejar kete kak Ungku, tapi kerana jalan jam teruk tahap dewa, maka bergeraklah kete gua umpama penyu nak bertelur. Hampeh. Dan.. perjalanan dari rumah Amyz ke rumah mIe akan gua ingat sampai nyanyuk. Apa taknya, lepak dalam kete hampir 3 jam, sedangkan jarak tak sampai 20 km. Campur sekali ngan masa jalan jalan makan angin sekejap [baca:sesat]... Gua ingat kalau tak jam sure dah sampai Johor ni, huhuhu! Nasib baik diorang semua tunggu kitorang kat stesen minyak Petronas, so dapatlah jumpa umah mIe, kalau tidak... maunya sampai penjara, har har har!
First thing masa kat sana, gua main main ngan Crispy, kucing kesayangan mIe. Cantik siootttt! Oh ya, masa kat umah mIe, makan mee goreng berlauk ayam goreng. Walaupun gua tak makan banyak, at least tetap jamah juga pasal nak cover tenaga yang banyak habis masa 3 jam dalam kete, hehe! Sesambil makan, kitorang banyak bersembang ngan mak ayah mIe. Err.. mak mIe orang Pasir Mas. Sekapal la kite, mak cik! Hahaha.
Yang datang umah mIe.. Ludi, Dayah, Amyz, kak Ungku & family, Mat Jan, Pikor dan gua. Pukul 10 lebih baru tau nak blah. Itu pun nasib baik hidangan dah habis, kalau tak maunya melepak lagi sampai ke tengah malam. Kesian mak ayah mIe, mesti ngantuk nak tido, hehe.
Lepas sesi berposing maut, kitorang pakat pakat beransur. Mat Jan tak naik ngan gua.. dia tumpang Ludi plak. Ondeway balik, gua follow kete kak Ungku. Sampai area Jalan Duta, baru gua potong kete kak Ungku dan memecut laju selaju 280km/j utk sampai ke rumah. Peh, macam Ferrari la pulak..!
Ahad
Open House – Datuk Mokhtar
Kenapa Datuk Mokhtar? Kenapa tak umah Abasan? Pasal Abasan cakap kat gua..
“Bukan rumah aku laa.. rumah bapak aku!”
Gua plan nak pegi petang, pasal selalunya pagi pagi ni orang baru nak bersiap. Sekali tengah sedap lena diulit intan, ehh.. mimpi... dapat satu sms dari kak Ungku, kata nak konvoi sama sama. Gua sms Salji, tak jawab. Tau semua nak pegi tengah hari, nak tak nak terpaksa la bangun tidur dan mandiwajib.
Janji ngan Salji kat Mc D Bangsar. Tak sempat nak parking kete, Salji dah meluru masuk dalam kete gua. Pergh, laju betoi... tak tahan lapar ker??? Nasib baik dia kenal kete gua.. tak payah nak tunggu tunggu, call call dan sebagainya. Apa pun, susah jugak nak jumpa umah Abasan. Sempat jugak makan makan angin [baca: ah.. banyak la korang nyer baca..]. Keliling Bangsar seround dua, baru jumpa! Itu pun pandai pandai carik sendiri, gara gara nama jalan yang Abas cakap tak ada. Hilang dalam terang, hee..
Nak tau kebestsan rumah Abasan? Gua tak nak cakap, anda sendiri ceritakan.. hehe.
Tengah best layan kepala borak borak sambil melahap chicken chop ngan kuay tiow kerang, tetiba gua terpandang sorang pempuan tidak jauh dari meja kitorang. Oh, oh, Cik Nina rupanya..! Gua nyer Executive Director. Alamak, macam mana dia boleh ada kat sini ni? Kenal Abasan ke? Abasan kata tak kenal. Kenalan Datuk Mokhtar la kott.. dia bangun dari kerusinya dan datang ke meja kitorang. Aiseh, segan beb! Tak tau nak kata apa.. Tegur lebih kurang, then Cik Nina kembali ke kerusinya. Pheew!
Abasan kena buli. Kena buatkan kitorang air bancuhan istimewa. 3 jug habis, walaupun masing masing cakap jangan buat lagi. Hehehe, kontrol konon. Kalaulah Abasan buat satu jug lagi, habis jugakk! Kompem lah! Sesi bergambar kat rumah Abasan best! Kalau boleh segenap penjuru nak posing waima toilet sekalipun, ha ha ha. Lebih kurang pukul 4.30 kitorang blah. Gua hantar Salji ke Mc D Bangsar dulu, then terus ke KLCC. Dah janji nak jumpa Rudy, Lan ngan Awie kat sana.
KLCC
Sementara menunggu diorang, gua lepak kat masjid KLCC sensorang. Dah lama berangan nak melepak kat masjid KLCC. Alang alang dah ada kat situ, gua ambik kesempatan la. Sambil duduk duduk, main main sms... gua dapat lihat gelagat orang ramai. Masa tu hati rasa tenang.. damai.. hilang segala tension, penat dan serabut.
“Wahhh, baiknya aku.. nak lepak pun carik masjid?!!”
Ct mesti cakap, “Ah, ye la tuu...” Hahaha!

Gua plan nak pegi petang, pasal selalunya pagi pagi ni orang baru nak bersiap. Sekali tengah sedap lena diulit intan, ehh.. mimpi... dapat satu sms dari kak Ungku, kata nak konvoi sama sama. Gua sms Salji, tak jawab. Tau semua nak pegi tengah hari, nak tak nak terpaksa la bangun tidur dan mandi