Ehem! Apa yang gua nak ngomel pagi ni yer? Cuba tengok tarikh tu.. hari ni adalah hari terakhir untuk tahun ni. Maknanya besok kita semua akan melangkah ke tahun baru. Tahun yang gua sendiri tak pasti sama ada penuh dengan cabaran hidup berbanding tahun tahun sesudahnya.. Namun gua harap biarlah tahun 2004 ni memberikan banyak kenangan manis dan kesenangan untuk gua. Aminn..!
Azam
Semua orang bercakap tentang azam. Gua pegi mana mana ada je yang tanya pasal azam. Heran jugak, ramai yang tanya.. Semua kenal ngan azam ker?!! Gua sendiri dah lama tak jumpa dia. Dengar citer skang keje dah ok, gaji pun ok. Tapi kat mana gua tak tau... lama benar tak jumpa dia.
Haaa? Apa?? Oh ye ker? Laa.. azam tahun baru ker? Gua ingatkan korang tanya pasal si Azam member sekampung gua tu. Hehehe! Sori ekk. Pagi pagi ni kepala tengah mamai sikit, ngantuk! Sori! Sori! ;p
Ntahlah.. Masih ada beberapa belas jam untuk melangkah ke tahun baru, namun gua masih tak terpikir lagi apa azam gua. Bukan kata tak ada apa yang nak diazamkan, tapi kalau terlalu banyak azam, mampu ke gua nak realisasikan semua tu? Yang lepas lepas pun tak tertunai lagi [beberapa] ni nak tambah lagi satu.. Hmm.. gua ingat gua malas nak berazam la tahun 2004 ni. Cukuplah dengan azam sudah, mana mana yang belum tertunai tu akan gua tunaikan seboleh yang mungkin. Harap takdelah aral melintang!
Lama giler gua tak jumpa Azam.. mesti badan macam dulu jugak, kuruih tak besaq besaq, hehe!
Activities Flashback
Untuk setahun ni apa yang gua dah buat ye? Sat nak pk..
Jan - Baru 2 bulan keje kat kompeni sekarang. Masih tak tahu banyak pasal skop keje. Apa pun gua bersyukur pasal dapat keje kat kompeni yang tak kedekut duit ni.. Sebab? Baru keje dua bulan gaji gua dinaikkan sebanyak 10% dari gaji pokok. Lepas tu dapat bonus 3 bulan gaji dari gaji lama. Peh, loaded gila masa tuh!
Feb - Dapat peluang trip ke Brisbane/Gold Coast, Australia selama 6 hari 4 malam. Kompeni support. Kompeni belanja gara gara nak rest daripada belenggu keje yang menimbun. Pertama kali gua dapat naik kapalterbang. Best nak mamposs [Masa tu jakun skit lah, haha!]. Masa tu ambik gambar menggunakan digital kamera yang gua beli menggunakan duit sendiri. Pertama kali dapat beli kamera. Digital lak tuh! Perghh!
Mac - Keje macam biasa. Tapi dalam kesedihan jugak pasal masih teringatkan di dia. Kami break off sebelum gua pegi Australia. Si dia bertunang ngan orang lain. Ada ka patut? Patut ker? Marah ni, marah!!
Apr - Pertama kali dalam hidup gua sambut besday. Bebudak opis yang arrangekan. Terharu sungguh! Tapi tak dapat hadiah, huhuhu!
Mei - Keje, keje dan keje. Cuti hari buruh, gua ngan opismates bercuti di Port Dickson. Hohoho, pertama kali juga pegi PD. Tapi sayang, pantai tak cantik, kotor..
Jun - Bermulanya blog Celoteh Sana Sini. Gua mula menulis setelah tertarik ngan blog Pakdi dan beberapa blog lain. Cuba cuba berkecimpung dalam dunia jurnal. Entahlah, apa nak jadi? [S. M. Salim] Tapi, seronok jugakk.. Thanks to all!
Jul - Dapat bini nombor dua [baca:beli kete]. Gua berjaya beli menggunakan hasil titik peluh gua sendiri tanpa mana mana dana bantuan. Hehehe, bangga beb! Bini gua bernama Wira Aeroback. Kalau jumpa tegur laa, dia selalu pakai nametag WGV8275.
Ogos - Gua berkawan rapat/baik dengan seorang gadis ayu dari KB. Kenal sebelom beli kete lagi. Ingat lagi tak kitorang dating dalam LRT Star? Si dia cuba buangkan serangga terbang dalam mata gua menggunakan tisu. Masa tuu.. ah, romantiknya! Oh ya, takde mood nak tengok bunga api masa Kemerdekaan. Pasal tak dapat balik kampung, cuti dah apply.
[Alleycats - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi]
Sept - KLIMS [Kuala Lumpur International Motor Show]. Gua pegi sana.. dapat tengok macam macam jenis kete yang dah ada atau akan ada atas jalan nanti. Seronok siot! Kete yang gua minat banyak dipamerkan. Gua ambik kesempatan bergambar ngan model modelkete yang cun melecun!
Okt - Okeh, sekali lagi gua terkena. Si Dara pergi lagi tanpa memikirkan perasaan si Uda. Rasa nak mati jer! Nasib baik kengkawan ramai.. namun rindu tu takkan hilang selagi tiada pengganti, huh! :(
Nov - Pindah rumah, dari AU3 ke Ukay Perdana. Penat sih! Buat sorang sorang, takde orang tolong.. dalam bulan pose lak tuh. Dugaan..
Dis - Menghitung hari hari yang dah berlalu, heh!
2003 meninggalkan banyak kenangan manis pahit. Teringat kat roommate gua masa kat sekolah teknik dulu.. err.. apa nama dia ekk? Zul kot!
Gua: "Apakah kenangan manis dan kenangan pahit yang ko takkan lupakan?"
Zul: "Aku? Hmm.. Kenangan manisnya masa aku berjaya menjatuhkan beberapa bijik mangga kat belakang umah pengetua sekolah dengan sedikit balingan selipar jepun aku. Kenangan pahitnya.. Err.. dahlah selipar tu lekat kat atas pokok, kena kejar lak ngan tuan pengetua! Hehehe. "
Hahaha, padan muka! Setahu gua berpuluh puluh batang pohon mangga kat sekolah tu dah kena tebang, pasal nak tambah beberapa blok bangunan, dewan besar dan kantin. Sekolah lama gua dinaiktarafkan. Tiada lagi pohon mangga depan kelas, belakang dewan makan, belakang bengkel, belakang surau, depan hostel, belakang tembok hostel girl...
Eh, bukan ke Zul tu gua? Hehehe, ye kot!!

Sept - KLIMS [Kuala Lumpur International Motor Show]. Gua pegi sana.. dapat tengok macam macam jenis kete yang dah ada atau akan ada atas jalan nanti. Seronok siot! Kete yang gua minat banyak dipamerkan. Gua ambik kesempatan bergambar ngan model model