<<BACK | GESBUK?

30.6.03

Isnin - Macam biasa gua kena bangun awal pagi - 8.00 pagi. Hampeh betul nak mimpi pun susah. Ye lah, bilik gua kalau pukul 8-9.00 pagi cerah tak ingat. Macam kul 12.00 tengah hari dah! Hari Isnin seperti biasa adalah hari yang paling susah untuk bangun awal pagi. Sebab, Ahad gua dah biasa bangun tidur lewat. Tapi kalau dah biasa bangun awal ok lah. Macam Selasa Rabu Khamis dan seterusnya.

Hari ni tak banyak perkara yang gua buat. Setakat check emel awal-awal pagi sampai opis, lepas tu baca berita online - Utusan dan Berita Harian. Lepas tu buat la apa apa yang patut. Hari ni masa lunch rasa macam cepat tiba lak. Bagus gak, bole makan awal.

Sebelum gi lunch sempat jugak bersms dengan Liza. Siapa Liza? Hehehe... Nanti lambat laun gua citer la, skang masih terlalu awal untuk disentuh pasal Liza.

Oh ya, tadi mamat yang jaga tempat jual kereta terpakai call gua. Suruh bawak apa apa yang patut. Nak settle pasal beli kereta. InsyaAllah kalau tiada aral melintang dapatlah gua pakai kereta dalam minggu ni jugak. [Linkin Park - Somewhere I Belong] Lerr... dah dekat nak balik keje lah... cepat betul masa berlalu. Kan bagus kalau dunia takde jam. Baru semua orang tak perlu pikirkan pasal masa. Tiada keje lebih masa, tiada buang masa dan tiada masa itu emas, hehhe!

Cakap pasal masa ni, gua pun pakai jam yang orang bagi - my boss! Thanks boss!


Chinese Drama & Loan Form

Gua suka menonton drama Cina bersiri kat TV3. Sampai rumah ngam ngam kul 6.00 petang. Sempat layan gak. Dalam pukul 7.30 gua keluar ngan Zam pegi settle pasal kereta baru gua. Ceh, baru nak isi form untuk apply loan. Lambat lagi lah nampaknya, mungkin dalam 4 hari baru siap kot! Tak lama gua kat kedai kereta tu, malas nak layan sangat tokey kedai tu. Dia punya cakap semua baik. Gua pun jenis yang malas nak cakap banyak, janji kereta tu gua dah berkenan. Lepas isi form, borak borak sikit, gua balik. Zam ada hal. nak kuar ngan bini dia katanya.


Tidur

Malam ni gua takleh tidur. Tak rasa mengantuk. Mungkin pasal tadi [8.30 mlm gua dah tidur dua jam, hehehe!]. Gua paksa diri tidur jugak sampaikan habis sakit sakit badan. Macam macam gaya tidur ada, semuanya tak berkesan. Sampai ke Subuh masih lagi tak lelap. Last last gua buat tak tahu, sedar sedar dah kul 8.00 pagi [itupun nasib baik alarm handset bunyik!].
Ahad, 29 Jun 03 - Hari ni gua bangun tido lewat [Ahh... Macam tak biasa, tiap-tiap minggu pun lewat, heh!]. Hari ni gua ada plan ngan member. Mau pergi cari kereta. Kereta baru beb! Dah lama mengidam nak pakai kereta ni. Baru dapat lesen kereta katakan. Kalau tak silap dalam sebulan dah kot! Tapi ingat aa.... bukan lesen P haa.... Gua dah ada lesen full la...

Gua janji nak pegi ngan Li Selasih. Alih-alih dia sms kat gua kata tak jadi pulak. Hujan katanya. Lebat giler lak tuh! Ntah la, padahal masa tu area rumah gua mana ada hujan pun. Gua tengok cerah jer... Siap matahari atas kepala lagi! [Kalau tak silap gua bangun tido dalam kul 1 tengah hari kot.] Nak tak nak terpaksalah gua kensel je plan tuh. Pikir nyer pikir gua ingat kat Mat Dien. Oklah tu, ajak dialah. Tapi naik motor jer lah. Gua terus call Mat Dien tanya nak ikut ke tak, sekali dia cakap mau pergi Karnival TV3 Sure Heboh la pulak... Tensen... tensen... Lepas tu gua terus blank. Apa nak buat hari ni hah? Member semua pergi Bukit Jalil. Gua tak pergila... mana minat semua ni... Takpelah... jap-jap lagi tu ada la plan baru gamaknya, heheheh!

Housemate gua, Zam & Syana [bini dia daa...], ajak ikut diorang pegi Bank Maybank Setiawangsa. Nak check gaji katanya. Sebenarnya paip rumah bocor, so nak kena repair la. Dalam RM200 jugak la kalau nak dikira charge. Katanya kalau gajinya tak masuk lagi, nak pakai duit gua dulu. Okla... Gua bukannya jenis yang berkira. Lepas mandi, gua follow diorang pegi Maybank. Nasib tak bagus, gaji Zam belum masuk lagi, so terbanglah jugak sen gua dalam 200. Takpe, nanti tolak sewa rumah, hehehe...

Baru gua teringat area Setiawangsa tu ada kedai jual kereta terpakai. Gua ajak Zam [terpaksala, dia yang drive]. Sampai kat kedai tu, gua terus masuk kawasan tempat letak kereta. Banyak tak banyak jugak, ada la dalam 20 buah kereta. Kebanyakannya kereta nasional la. Tengah syok dok usha kereta, tiba-tiba ada mamat Melayu datang tegur kitorang. Ejen jual kete la tu... Pilih punya pilih gua berkenan kat dua buah kete je warna kelabu ngan hijau, dua-dua Wira Aeroback 1.3. Dua-dua nampak baru, condition pun elok lagi. Lama gak memilih, last-last gua pilih yang kaler kelabu. Plat WGV 8725. Tahun 99 rasanya. Lepas bincang [bukan bincang petang ekk...] gua terus booking. Ingat nak tanya banyak lagi, tapi member gua, si Pendi dari Kajang call nak datang rumah gua. Terpaksalah balik.

Sesampai je kat rumah, gua dah nampak Pendi tengah melepak atas pagar tangga. Gua pun tumpang lepak sekali la. Perut pun dah berbunyi. Gua tak makan dari pagi lagi la beb! Pendi ajak gua pegi melantak dulu. Lepak kedai mamak lagi. Heh! Masa tengah makan, gua ajak si Ery datang join sekali. Rumahnya tak jauh sangat. Jalan kaki jer. Best jugak bila member sekampung berjumpa. Banyak benda nak diborakkan. Sekali dapat sms dari Has.

'Mie, kalau nak jumpa aku datang la KLCC. Aku ngan member aku ni.'

'Tengokla macam mana, aku ingat nak pegi sana gak, ngan member aku ni.'

'Ok, sampai nanti call aku ekk, kredit dah habis ni.'

'OK'

Lepas borak panjang, gua dapat lagi sms dari Has.

'Mie aku ada kat Pudu ni. Nak hantar member aku balik Skudai. Kalau nak datang, sebelum 6.30 petang. Aku kat KFC depan stesen Pudu. Lagipun member aku nak kenal sangat ngan ko'

'Ok, nanti aku datang tapi bawak member la, ko ngan member ko tak segan ker nanti?'

Bila sampai kat Pudu, lama jugak gua tunggu si Has ni. Dekat sejam. Banyak kali gua try call handset dia tapi tak dapat. Asyik-asyik voice msg, tensennn....! Hampir 6.30 gua dapat call. Has kot... nombor public ni. Memang sah dia. Jumpa kat Platform 3. Sekali Has bagitau member dia dah naik bas daaa.... Aisehmen, melepas gua nak kenal ngan sorang awek [cun ker? ntah!]. Dengan perasaan kecewa nya gua pegi CM. Masuk satu kedai kaset kat tingkat atas CM. Usha flyer mana tau ada gig. Dah lama tak layan gig ni. Nasib baik, ada flyer gig Black kat 3 tempat dalam bulan 7 dan 8. Best...best... boleh pegi lagi... Lepas ambik note sikit, gua terus blah. Pegi kat parking motor. Lepas tu balik.

Malam ni tak ke mana, penat beb. Lepas layan konsert Sure Heboh kat tv, gua terus tidur. Malas nak pikir benda lain, pasalnya......BESOK KEJE!

28.6.03

Assalamualaikum untuk diri sendiri.

Sabtu, 28 Jun 03 - Gua rasa heran, ye la... selama ni gua mana penah buat benda-benda macam ni, tulis artikel ker... jurnal ker... catatan harian ker... apa apa la yang bersangkut paut dengan blogger nih. [Skang tengah layan Linkin Park - In The End] Sebenarnya gua minat buat benda macam ni, tapi disebabkan masa tak cukup so terpaksalah tangguh dulu. Dah lama teringin nak buat satu dua page mengenai catatan harian / mingguan nih.

Nampaknya sekarang macam ada sedikit peluang untuk merealisasikan impian lama nih. Sejarah bermula setelah gua selalu sangat dok surf internet baca artikel-artikel orang. Surf surf surf... alih-alih jumpa satu webpage namanya Esprit De Corps. Gua suka isi kandungan penulis ni... banyak bersangkut paut dengan isu-isu semasa, politik, agama dan sebagainya. Walaupun gua bukannya kuat iman sangat, namun bab-bab agama & politik gua suka. Suka baca dan tambah ilmu/pendapat. Nanti susah lah orang nak kencing sama gua. He he he...! Anyway, gua harap laman ni dapat digunakan sebaik mungkin [ambilpakai maklumat berguna, kalau rasa tak berguna jangan ambil]. Walau pun dipublickan, laman ni sebenarnya gua nak buat catatan sendiri-sendiri jer.

Kepada sesapa yang termasuk ke laman gua ni, harap jangan lak kutuk pulak, gua buat bukannya nak masuk bertanding, saja suka suka. Else matters? Tadak kot!!! Takpela, sebagai pendahuluan untuk hari ini, tak perlu la gua berceloteh panjang lebar... Intro katakan. Yang pastinya, bila dah start menulis ni, rasa susah lak nak berenti. OK laa... [Tangan ni susah sangat nak berenti...] Cau cin cau!

Emm... Full stop.