<<BACK | GESBUK?

5.1.04

Jumaat lepas, beberapa orang staf [KL, Kedah & Kelantan] termasuk gua diwajibkan menghadiri satu meeting di Menara Maxis, KLCC. Err.. bukan meeting apa pun, just nak dengar sikit sebanyak tentang produk terbaru Maxis, di mana syarikat tempat gua keje skang akan jadi authorised reseller untuk diorang. Dalam bahasa simple, kitorang jadi jurujual produk keluaran Maxis. Walaupun Maxis ada banyak produk atau servis, kitorang hanya beri tumpuan pada satu servis saja, iaitu VoiceAway!

Alaa.. VoiceAway ni kire macam autodialer phone kat opis laa.. Kebanyakan kompeni nak jimatkan caj panggilan telepon diorang, so diorang akan pakai satu alat dipanggil autodialer. Sebenarnya banyak kompeni yang menawarkan servis macam ni. Salah satunya Redtone Communications nyer kompeni [penah dengar?].

Selesai meeting, gua rasa gualah orang yang paling bodoh sekitar KLCC. Apa taknya, gua kena pegang lebih 10 helai tali leher yang mana semua tu milik gua sendiri. Apa ke bahlol dok berdiri tepi tiang menara Maxis sambil pegang tali leher? Semua orang pandang kat gua, macam gua ni jual tali leher. Bukan gua sengaja nak pegang, masalahnya puak puak tak paham bahasa ni jenis lepas tangan. Mentang mentanglah semua yang masuk meeting pinjam tali leher gua, bermakna selepas meeting diorang dah takyah pegang dah.. Bagi kat tuan dia je lah.. Agaknya la..

Gua tension ngan sikap diorang. Sepatutnya pakai la dulu tali leher tu sementara nak sampai ke opis. Kalau tak suka pakai pun janganla bagi kat gua, soh gua pegang. Pegang dulu tak boleh ker? Dahlah pinjam tak ucap terima kasih. Gua tak marah, cuma tak puas hati. Tu belum dikira ngan dressing diorang.. serabai habis toksah cakaplah. Berkedut sana sini.. tak bergosok. Adoii... malaslah nak pikir. Makin dipikirkan makin sakit jiwa dibuatnya!

Tambah Sorang
Skang penghuni rumah sewa gua bertambah lagi sorang. Kalau dulu ada gua, Lan dan Rudy, skang tambah Shimi lak. Ye, Shimi dah jadi housemate merangkap opismate gua. Jimattt duit sewa rumah, hahaha!

Yeayea
"Hai, I'm Yeayea. Emma Yeayea!" kata Emma.

Err.. takdelah. Tipu jer.. Emma tak cakap macam tu.. Gua saja saja tambah! Petang Ahad gua jumpa Emma. First time jumpa dia. Mula mula dia jumpa Wkdin, Cipong dan Ajeeb kat KLCC. Dia ajak gua join sekali, tapi disebabkan belom bersedia.. gua segan nak jumpa semua. Lagipun gua bertolak lewat ke KLCC.. Mandi pun pukul 3 lebih [Lain kali jgn kacau orang nak tido, hehe!]. Sampai sampai KLCC pun Wkdin, Cipong dan Ajeeb dah balik. Tinggal Emma sorang. Thanks to diorang bertiga.. bagi can kat gua dating ngan Emma. ;p Har har har!

Gua hantar Emma balik ke UIA lebih kurang kul 7.30 malam. Ikutkan hati Emma, dia tak nak balik lagi. Tapi disebabkan gua kesian ngan dia [tak perasan ke dari pagi hingga ke malam? -- tak mandi ;p], maka gua turut kehendak dia. Balik awal.. Hehehe. Jgn marah Emma, saja melawak! Hahaha.

**Cipong, gua janji nak jumpa lu masa gath nanti.. So jumpa lu di sana lahh..