<<BACK | GESBUK?

30.11.03

Balik Kampung pt I
Sabtu, lepas habis kerja half day, gua tak tunggu lama kat opis. Hari tu gua nak kena balik kampung. Dah berjanji ngan bebudak tu tunggu kat tol gate Gombak pukul 3 petang. Gua nak kena balik umah kejap untuk packing apa apa yang patut. Lan ngan adik dia kena tunggu gua kat rumah sepatutnya, tapi dibantainya sewa kete, pastu gi jalan jalan area pasar Ramadhan kat jalan TAR, siyol! Gua pulak yang tunggu diorang, cis!

Sebelum balik rumah, gua singgah kat Giant Setiwangsa dengan niat nak beli lampu kelip kelip. Adik gua kat kampung pesan, pasal yang sedia ada dah rosak. Bila parking kat basement, door lock kete gua buat hal. Susah gila nak lock pintu kete. Kesimpulannya, ia ROSAK! Selamba rock gua tinggal kete kat basement, semata mata nak carik lampu kelip kelip kat Giant. Lantak la nak ilang ker aper... Setengah jam kat dalam Giant, hampeh. Diorang tak jual lampu tu. Masa makin suntuk. Nak tak nak terpaksa call Lan, mintak tolong dia belikan kat Carrefour. So bolehlah gua pegi bengkel kete, nak repair door lock tu.

Masa kat bengkel kete, gua hampir hampir terlelap. Ngantuk tak ingat beb, gara gara menunggu turn gua... Tokey kedai tanya, so gua story la pasal pintu kete. Alih alih dibantainya servis tayar kete, buat balancing ngan chambering! Huhuhu... Walaupun bengang, niat nak servis tayar tu pun ada jugak, so gua biarkan je laa... tak payah susah susah nak carik bengkel lain. Lepas check sikit sikit, door lock kembali ok. Mamat tu pesan, kalau jadi lagi maknanya gua nak kena tukau alat yang kat dalam pintu tu, sentral lock ke apa nama nya. Tolak campur lebih kurang, terbang RM55.

Semangat yang berkobar kobar dalam dada, nak sampai cepat.. tapi apakan daya, diri gua sudah sinonim dengan perkataan susah. Arrghh.. tensionnya!

Balik Kampung pt II
Kitorang jumpa kat tol gate Gombak lebih kurang pukul 4.30 petang. Ada 2 buah kete sedang menunggu. Si Am bertiga pandu kancil, Che Mat bertiga pandu Satria, gua bertiga Wira Aeroback. Err... gua nampak ada sebuah Iswara Aeroback tadi, rasa rasanya member member Che Mat kot!! Tentu bebudak tu semua bengang ngan gua, pasal lambat sampai. Tapi nak buat macam mana, kete buat hal. Nasib baik semua cool jerrr..

Ondeway balik kampung, jalan jem gila gila sebelum melepasi tol gate kedua, dekat ngan Bentong. Mungkin kerana kebanyakan kereta ngan motor termasuk mereka yang ingin pulang ke Kuantan / Pahang. Drive pun jadi terhegeh hegeh. Tension lagi. Dalam masa tu sempat nampak sebuah kete Hyundai Sonata nyaris nyaris berlanggar ngan sekumpulan budak budak motor. Driver kete kenyang ngan maki kamun mat mat motor tu, hehehe. Kalau gua sendiri pun, tak kisah puasa ke tak, sekali orang buat salah... kena bagi kaw kaw. Lain kali dia pasti ingat sampai bila bila, huahuahua!!!

Lepas pada Bentong, jalan dah tak jem. Gua pecut semahunya.. dan lebih kurang pukul 6.45 petang, gua sampai kat masjid Raub. Berhenti rehat sambil berbuka, hehehe. Yang bestnya, kitorang bertiga sampai dulu. Geng Che Mat ngan geng Am mana pegi ntah. Sekali Lan call tanya, rupa rupanya diorang masih kat Bentong. Pergh! Laju sangat ke gua drive? Sampaikan diorang semua kena tinggal jauh tak ingat! Kerana janji nak pulang sama sama, kitorang lepak lepak sambil menunggu diorang sampai lepas berbuka. Then perjalanan diteruskan melalui jalan Raub-Lipis. Kali ni gua dok belakang lak, pasal kalau dok depan, nanti diorang kena tinggal lagi, hehe.

Kali kedua berhenti masa kat stesen minyak Shell Gua Musang. Gua ingatkan group last sampai, rupa rupanya yang pertama. Aik, rasanya tadi dok kat belakang sekali, alih alih sampai dulu, hehe. Lepas tu barulah geng Am sampai. 15 minit kemudian geng Che Mat lak. Berhenti rehat kat Gua Musang paling best. Kebanyakan orang ramai semuanya singgah di situ. Meriah betul stesen minyak tuh! Toilet pun sama meriah jugak. Eh.. belakang toilet pun meriah jugakk?? Dasat.. dasat..!! Dalam setengah jam berhenti.. ada yang isap rokok, buang air, menggeliat geliut, betulkan pinggang sikit sikit.. borak borak kosong.. isi minyak kete motor.. makan makan dan sebagainya. Solat? Err... ada kot?!! Hehehe.. ;p

Perjalanan diteruskan. Gua tukar tempat ngan Lan masa kat area Kuala Krai. Tak tahan.. mengantuk sesangat! Masa nak meneruskan perjalanan dari Gua Musang, gua suruh Che Mat ngan Am drive dulu. Nak bagi diorang dok kat depan, gua belakang. Masa kat Kuala Krai, gua potong semua kete.. Am.. Che Mat.. gua pecut gila gila.. semata mata nak ambik jarak untuk berhenti kete. Nanti kang kalau masa tukat seat ngan Lan takdelaa kena tinggal jauh. Ngam ngam gua alih tempat duduk, si Am ngan Che Mat lalu. Fuh... pandai bajett! Ahaks!

Gua sampai kampung lebih kurang pukul 2.30 pagi. 10 jam perjalanan. Lama jugak... standardlah tu, banyak kali berenti rehat. Masa kat rumah Lan, sebelum balik umah, gua sempat tengok bumper kete gua. Nasib baik takde apa apa.. tapi kesian kucing tuu.. Besar.. Warna kelabu.. Lan pandu laju sangatt.. Tak sempat nak tekan brek!! Bunyi ‘buk!’ 2-3 kali masih jelas dalam kepala otak gua. Kesian sesangat, namun apa kan daya, hayatnya hanya setakat itu.

“Eh, eh, mana peginya skirt bumper kete aku?!!”

Arrghhh... ilang begitu saja. Mahal tuu.. Si kelabu, kau betul betul balas dendam!

Malam Raya
Isnin, the last day for all Muslims fasting! Pengisytiharan di kaca televisyen, esok raya! Gua apa lagi, main mercun laa! Mercun gua campur ngan mercun anak anak buah, pergh! Banyak gila.. Yang kecik kecik main bunga api jer. Mentang mentang esok raya, boleh dikatakan semua orang main mercun. Jiran jiran sebelah rumah, kampung sebelah.. semua pakat main mercun. Tengah best layan ‘berperang’, abang ipar gua balik dari masjid. Sekali dia sound, “Huyyo, rasa macam dok kat Iraq!!”. Hahaha, sebijik!

Tengah best ‘berperang’, si Mere sampai. Ajak ronda ronda bandar KB. Dia tu selalunya... gua tak sampai rumah lagi dah tercongok depan pintu dah. Setiap kali balik kampung, kitorang memang tak pernah berpisah. Mana ada Mere, ada la gua. Mana ada gua, ada la Mere! Macam kembarr! Heh! Lama jugak melepak kat bandar, lebih kurang pukul 2.30 pagi baru reti nak balik. Itu pun setelah puak puak MPKB halau peniaga peniaga kat kaki lima.. Ye lah, nak harapkan tutup, sampai Subuh belum tentu lagi... orang tengah ramai so para peniaga tentu nak terus berbisness lagi. Yang menarik masa kat KB ni, bila dapat lihat pelbagai jenis ragam dan karenah manusia. Kalau kat rumah tadi rasa cam kat Iraq, kat KB lak rasa macam kat Israel/Palestin. Mana taknya, mercun bersimpang siur atas kepala. Yang meletup bawah kaki pun ada. Segenap pelusuk penjuru bangunan mesti ada letupan. Ye, bandar KB dibom!! Asap dan gegaran di mana mana. Yang herannya, polis ramai tapi tak sorang pun ‘pengganas’ ditahan. Siap ada yang baling membaling depan polis lagi.. Gua agak guna polis tu bila ada kes gaduh gaduh jer. Bab bab letup ni tak heran sangat dah. Toksah cakap yang main, yang menjual pun ramai gila sampai tak cukup ruang. Nak ‘senjata’ apa, cakap jer.. Semua ada. Siap boleh beli borong lagik, hehehe!

Umat berpusu pusu di seluruh bandar. Nak berjalan pun terpaksa bersesak sesak sampai kaki gua banyak kali kena pijak! Sial. Bunyik riuh dan hiruk para pelanggan dan peniaga yang tawar menawar barang dagangan amatlah tidak menyelesakan. Tapi sempat jugak gua sambar maruku 3 bungkus. Ingat nak carik kek gulung juga, tapi semua gerai dah kehabisan stok. Sesambil melepak kat pondok untuk hilangkan penat, gua perati kat orang ramai. Hmm.. sesungguhnya umat Kelate amatlah ramai. Ramai dan jem dua kali ganda lebih teruk berbanding KL sendiri. Seluruh bandar dipenuhi anak rantau yang balik beraya [termasuk gua le tuu.. heh!]. Patutlah pegi mana mana pun jumpa rakyat ‘sekapal’, memang ramai!

Bila orang makin berkurangan, gua pun turut memblahkan diri. Nak tidur awal, pasal nak bangun awal, heh! Macam mana sekalipun, gua mesti semayang raya. Mesti! Tak boleh tinggal..

Ingat lagi tak dengan lampu kelip kelip yang si Lan belikan? Kat rumah, gua kena sound ngan family gua. Apa taknya, dahlah beli lampu tu RM10, berbanding ngan yang lama hanya RM4 lebih. Takde adjustable atau muzik. Satu kaler saja.. putih.. dan yang paling menyedihkan.. lampu kelip kelip tu tak berkelip! Huhuhu.. silap beli lampu rupanya. Ah, lantaklah.. nak buat macam mana, tak perasan. Tau kat Lan nanti mamposs kena gelak! Tau nak jadi macam ni, takyah susah susah carik kat KL, kat Mydin KB berlambak! Argghh!!

Apa pun, ayah gua berkeras nak pasang jugak walaupun mak, kakak dan adik halang. Biar je lah, gua malas nak campurr... Oh ya, raya nanti datang lah ke rumah, sambil makan kuih raya, boleh tengok lampu kelip kelip yang tak berkelip. Hahaha. Hampeh!

Hari Raya
Raya sakan tahun ni. Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.. gua tak lekat kat rumah. Mentang mentang ada kete, beraya pun tak main dekat dekat rumah. Semua stok jauh jauh nyer.. Tanah Merah, Kota Bharu, Rantau Panjang, Machang.. hehehe. Best! Best! Yang tak bestnya, gua tak sempat nak habiskan semua rumah terpilih. Rumah member, jiran, pakcik, mak cik.. still ada yang tak pegi. Jarang sekali gua ada kat rumah, sampaikan susah nak bertemu muka ngan adik beradik dan ipar duai sendiri. Nasib baik lah ramai sanak sedara datang bertamu di pagi raya. Nak harapkan gua sampai rumah diorang... tunggu raya Haji kot!! Hehehe.

Walaupun sempat semayang sunat hari raya, gua tetap tak puas hati. Tak ramai kengkawan solat sama sama. Lepas turun dari masjid, selalunya kitorang akan melepak sebelah masjid sesambil borak borak kosong ngan sesape yang baru berjumpa hari tu. Namun kali ni, sekerat dua jer yang ada. Itu pun muka muka yang balik dari perantauan. Si kaki kaki penunggu setia kampung ilang entah ke mana. X-Files sungguh!

Raya pertama gua tak ke mana. Harapkan tetamu bertandang saja. Takde mood nak ziarah menziarahi. Mungkin kerana gua pikir semua orang bizi nak bertandang rumah orang lain, so gua lepak lepak kat rumah jer. Bermesra ngan sepupu sepapat yang datang. Ada yang dah besar rupanya. Langsung tak cam. Yang pompuan makin cun tuu.. Ni yang tambah bersemangat nak beraya rumah mak cik pak cik ni, hahaha.

Raya kedua dan seterusnya baru ada semangat nak bertandang ke rumah kengkawan. Dressing pun dah tak pakai baju raya. Pekena t-shirt ngan jaket khakis baru beli tu, jeans lusuh.. gua ngan Mere bertandang umah Huda. Sesambil berborak gua tengok dia siap berbaju Melayu dan bersamping.

Huda: “Mie, jap lagi dalam kul 2.30 aku nak pegi akad nikah ni!”

Gua: “Hah, nak pegi akad nikah? Ko nak kawin ker? Biar betul!!”

Huda: “Ko tak tau ker?”

Gua: “Langsung tak tau.”

Member rapat nak kawin tapi tidak diberitahu. Mungkin member member yang lain dah tau, tapi gua tak tahu. Sampai hati Huda tak habaq kat gua. Dia ingatkan gua dah tau. Sapa nak bagitau kat gua? Kalau ada dengar khabar khabar angin pun gua tetap tak percaya. Ingatkan Huda buat lawak. Dengan umur semuda itu sudah bersediakah dia? Bakal isteri [Mc G], merangkap member gua jugak, sudah bersediakah dia? Teringat kembali kisah cinta kongkang pasangan sejoli ini dari akhir tingkatan 2 hingga sekarang. Hampir 10 tahun bercinta. Dari cinta kongkang menjadi cinta sejati. Dasat!!! Dua dua sama muda sama tua. Sekelas masa tingkatan 2, kemudian sama sama berpindah ke Teknik Trg. Lepas SPM, Huda dapat sambung terus ke Skudai, G dapat sambung kat ITM Dungun, kemudian baru ke Skudai. Betul betul tak nak berpisah, ceh! Apa pun, gua salute lu orang! Antara member sekelas yang terawal kawin, hehe.

Dan hari tu jugak gua jadi driver pengantin lelaki. Gara gara tak cukup kereta, gua terpaksa drive kete gua bawak lebihan orang yang nak ke rumah pengantin perempuan. Err.. Huda ngan mak dia naik ngan gua. Kat rumah G, diorang semua dok dalam rumah... nak selesaikan acara akad tu. Gua ngan Mere melepak depan tangga bawah pokok rambutan. Segan beb, kitorang tak standby langsung nak ke majlis macam tu. Sekurang kurangnya pakai baju Melayu cukuplah. Ini jaket ngan jeans, hahaha. Masa dok kat luar, sempat kitorang dok kacau Huda masa nak lafaz akad depan Tok Kadi. Sengih jer dia. Mesti tengah menggigil kepala lutut tuu... Lepas berdoa, baru kitorang join diorang. Itu pun acara makan makan sikit. Huda makan sehidangan ngan kitorang. Ambik berkat beb, haha. Siap makan baru ada peluang nak borak borak ngan Huda, G dan kaum kerabat dia.

Gua: “G, malam esok hati hati sikit ekk, mana la tau bilik ko ada cctv.”

G: “Hahaha. Check dah tadi, takde!”

Gua: “Elok elok.. kang nanti kecoh aksi terlampau 2 pelajar UTM. Hehehe.”

Huda: “Hahaha.”

Err... masa kat bawah pokok sempat usha dua orang adik G. Lawa!

“G, nanti jadi kakak ipar aku ekk!!” Hehehe.

Kenduri Kahwin
Sue

Jumaat, Shimi ngan Mai sampai dari KL. Gua ingat nak terus ambik kat stesen bas dan bawak balik rumah. Sekali En Mazno dah ada kat sana, tengah breakfast kat satu restoran sama sama Shimi ngan Mai. Gua pekena teh tarik jer. Lepas tu kitorang ke rumah En Mazno... diorang berdua nak tumpang mandi. Borak lebih kurang, kitorang terus ke Hotel Sutera Inn, daftar then baru balik rumah gua.

Gua lak mandi. Hampir hampir pukul 2 kitorang bertiga sampai umah Sue, kat Machang. Sue kawin hari ni. Tu yang Shimi ngan Mai datang pasal Sue ni kire satu kompeni ngan kitorang tapi stay kat siteoffice. Maaf, tak sempat nak solat Jumaat. Jadual suntuk sangat. Masa kat rumah Sue, kitorang tak sempat nak berbual langsung ngan dia. Sibuk nak make up laa.. itu laa.. ini laa.. padahal bersanding belah malam. Tak dapat nak ambik gambar pengantin. Gambar diri sendiri pun takde masa kat sana. Siap makan minum, malas nak tunggu lama. Sue pun macam tak pentingkan sangat tetamu jauh ni. Tanpa cakap apa apa, tanpa salam, tanpa bersua muka, kitorang blah gitu jer. Masa dalam kete, Sue sms Mai...

“Mai, maaflah ye tak sempat layan tadi. Malam ni penat nak kemas rumah. Apa pun thanks banyak banyak kerana sudi datang ke majlis kenduri Sue!”

Ye lah Sue... Paham!!!

Huda
Dari Machang kitorang terus ke rumah Mc G. Hari ni majlis bersanding antara Huda ngan G. Masa gua sampai, Bedol, G-hair ngan Linda dah blah. Lama diorang tunggu gua. Maaf kawan, jalan jemm teruk! Masa sampai pun, orang dah tak ramai pasal hari dah petang. Pasangan pengantin tengah berposing depan kamera. 2-3 pasang baju bertukaran. Lama gak menunggu sampai naik boring lak! Gua call Huda, suruh keluar rumah. Gua malas nak masuk dalam, segan.. hehe!

Beberapa minit kemudian geng geng sekelas masa sekolah menengah dulu sampai. Huyyo, 7 tahun tak jumpa beb. Geng aweks, kebanyakan dah berubah. Mahani makin tembam, Kamila nampak makin tua, Azlina dah jadi staffnurse [sudah pandai inject orang!], Che Nie makin kurus [baca:makin tak lawa, hehehe!] dan Che Maz makin putih [hahaha!]. Che Has jer tak nampak sangat perubahan. Mungkin pasal dah biasa jumpa dia kat KL kot!!

Geng bohjan, Lutfi makin bergaya ngan janggut musangnya.. Mat Min tak tinggi tinggi, macam tu jugak sampai ke tua, Zamani ada misai sikit sikit. Baru nampak cam mature skang. Gua? Biasa jer.. gaya, mutu, keunggulan... har har har!

Banyak lak cerita bila masing masing dah lama tak jumpa. Huda pun dah tukau baju dah. Pakai kemeja jer... dah penat berposing katanya. G jer sayang nak tukau baju, takut ilang seri kot, heh! Dekat dekat Maghrib baru semua tahu nak pulang. Seronok dapat jumpa kengkawan lama sampai tak ingat dunia, huhuhu.

Nini
Sabtu, lebih kurang pukul 2 lebih gua sampai Sutera Inn, ambik Shimi ngan Mai yang baru lepas check out. Diorang berdua dah shopping sakan kat Pasar Besar Siti Khadijah, KB. Tapi still tak puas. Skang pegi Rantau Panjang lak. Macam macam dishoppingnya. Gua ikut jer. Tapi nafsu membeli tu tetap ada. Dapat sambar selai t-shirt ala ala hero Zorro pakai. Hmm.. sesuai untuk apa apa majlis rasmi. Nanti la, ada gath nanti nak pakai baju tuh, hehhe!

Lepas Maghrib, barulah kitorang menuju ke rumah Nini. Dia pun bersanding malam jugak. Nini ni member gua masa kecik kecik dulu sekaligus ex-opismate Mai masa keje kat Abbina Holding, USJ. Ni pun salah satu faktor utama kenapa Mai nak datang sangat Kelate. Hehehe. Apa pun kitorang bertiga dapat jadi tetamu khas majlis perkahwinan Nini. Walaupun tak dapat makan semeja ngan Nini, at least dapat melantak udang galah untuk hidangan pengantin. Nini yang hulurkan. Orang kampung tengok mesti jeles, hehhee!

Ambik gambar dah, makan dah, borak ngan pengantin dah. Apa lagi.. blah laa. Balik umah jap, packing baju.. kuih sikit sikit.. Lepas bersembang ngan mak gua, lebih kurang 12.30 malam kitorang bertolak dari Pasir Mas menuju pulang ke hutan batu, Kuala Lumpurrr!

Mak pesan, “Mie, drive tu hati hati. Bahaya skang jalan raya banyak accident!”

InsyaAllah.

Kemalangan Ngeri Km 63 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang
Ondeway ke KL, ingat nak bergilir drive kete ngan Shimi. Apa pun biar Shimi yang drive dulu. Bila rasa tak larat baru tukau ngan gua, hehe! Gua dok belakang... Hmm... dapat jugak merasa dok kat seat belakang kete sendiri. Start dari area Pasir Mas menuju ke Gua Musang, gua ok lagi. Lama lama hanyut! Sekali sekala sedar tak sedar pasal kete ambik selekoh... tersenggut senggut hampir hampit tergolek bawah seat, huh!

Berapa kali Shimi berenti gua tak perasan. Yang gua tau, gua tidur, tidur dan tidur. Belah luar hujan lebat kot! Sejuk melampau lampau walaupun gua perasan Shimi macam tak pasang air cond. Masa kat stesen minyak Shell Gua Musang [tempat sama gua berenti masa balik raya!], jam lebih kurang 3 pagi something. Shimi berenti lagi. Kali ni siap matikan enjin kete, dan tumpang tidur juga.. heheh. Gua sedar jap, tapi tak tau apa apa... terus sambung aktiviti.

Lepas setengah jam tido, baru kitorang meneruskan perjalanan. Kitorang melalui area kampung Chegar Perah lebih kurang pukul 5 pagi. Setiba kat satu kawasan jalan berbukit yang lurus dan sempit, kitorang stuck. Stuck dalam jem yang melampau lampau panjang. Kerana kitorang dok kat belakang, dan atas bukit, maka kitorang dapat lihat sepanjang panjang jalan penuh dengan kenderaan mereka yang ingin pulang ke ibukota. Beberapa buah bas ekspress dan bas sekolah juga terperangkap. Hampir 3 jam kami melepak kat situ. Gua ngan Mai malas nak keluar dari kete, ngantuk! Shimi jer keluar siap borak borak ngan pemandu pemandu lain atas jalan. Yang gua tau, gua terdengar 2 orang mamat India [pemadu bas kilang dan bas sekolah] tengah bersembang.

Pemandu A: “Eh, susah nak buat call la kat sini. Takde coverage ker?”

Pemandu B: “Ko nak coverage? Ko panjat bukit kat atas sekali tu, tentu ada..”

Hahaha, bodoh nyer orang. Dalam hutan tebal mana nak ada. Lantaklah. Selama menunggu kete boleh bergerak, ramai umat keluar dari kete masing masing. Penumpang penumpang bas ekspress, bas tambahan.. kebanyakan melepak atas jalan raya. Yang tak tahan, siap ada yang tidur atas jalan tuu... Keh keh keh! Lagi best, ada yang berposing tangkap gambar ramai ramai, wahahaha!!! Memang kelakar lah gelagat manusia ni, macam macam..

Shimi dah tak tahan nak menunggu, last last dia buat dajal sikit. Potong Q. Ambik side belah kanan, terusss... sampai ke depan. Masa tu orang orang yang dah lama stuck dalam jem pakat hangin jer. Ye lah, diorang tunggu sikit punya lama, kitorang senang senang jer potong. Masalahnya bukan kitorang jer yang buat cenggitu, orang orang lain yang kat belakang kitorang pun buat jugak. Masa kete bergerak terdengar lah bunyi bunyian sumbang dari pemandu pemandu kete yang stuck..

“Hoi!!!” terus keluarkan kepala ikut tingkap kete..

“Heyy!” sambil memandang ngan muka poyo..

“Sial ngko!” disusuli ngan maki hamun..

“Woii..” lepas tu membebel sorang sorang..

“Appa daa..” sambil angkat angkat tangan.

Dan macam macam lagi. Siap ada yang nak baling kasut, hahaha! Ahh, mamposs la korang. Gua nak sampai cepat. Lagi menunggu maunya seminggu dok kat situ. Bila sampai bahagian depan, barulah kitorang sedar rupa rupanya jalan jem kerana ada dua buah bas kemalangan. Bas sekolah dari Gua Musang menuju ke K. Lipis manakala bas ekspress Mutiara sebaliknya.

Yang gua nampak, ramai polis berjaga. Ramai orang awam menonton. Banyak kenderaan stuck dan banyak barang bertaburan atas jalan. Tiba tiba hati jadi sayu, sedih, tergamam. Yang mampu terucap di mulut hanyalah keluhan semata. Dengan keadaan 2 buah bas itu, gua dah dapat banyak nyawa melayang. Dengan pakaian berselerakan, kuih raya bertaburan, kerusi kerusi bersepah sepah... kompem... ada yang mati. Dengar cerita kemungkinan masih ada daging daging manusia bertaburan dalam semak. MasyaAllah! Tekaan gua mungkin tepat kerana apa bila melalui antara 2 buah bas tu, bau hanyir darah dan cecair merah pekat bertaburan atas jalan dan di celah celah bangkai bas jelas kelihatan. Tak pasti pukul berapa kemalangan berlaku, berapa ramai terlibat. Namun gua yakin.. ramai! Lebih menyedihkan bila melihat keadaan bas sekolah, hampir separuh hancur. Ramainya mangsa cedera atau mati sudah tentu dari penumpang bas sekolah, merangkap bas tambahan barangkali!

Perjalanan diteruskan. Kitorang sampai area KL lebih kurang pukul 11 pagi. Lepas hantar Mai ngan Shimi pulang, gua terus balik Ukays Perdana. Penat dan ngantuk. Peristiwa Subuh tetap segar dalam kepala. Yang pasti, kemalangan ngeri tu pasti menjadi berita paling hangat di media media info.

Berita terkini 1 tengah hari. Berita melaporkan angka kematian seramai 14 orang. Innalillah... Pesan mak masih jelas..

Al-fatihah untuk si mati..
Takziah untuk keluarga mangsa!