<<BACK | GESBUK?

13.11.03

Seminar: Avaya Enterprise Connect Seminar
Date: Thursday, 13 Nov
Venue: Grand Ballroom, Westin Hotel
Time: 8.30am - 12.00pm


Kalau selalunya gua pegi ngan Shimi. Kali ni gua pegi ngan Azwan. Kalau ngan Shimi, tumpang kete dia. Ngan Azwan, jangan harap lah. Nak tumpang apa nyer... rumah dia kat Seremban2. Ulang alik KL-Seremban2 hari hari. Gua ajak dok serumah tak nak. Ah, lantaklah!

Janji ngan Avaya pukul 8.30 pagi. Hahaha, jangan haraplah nak sampai sharp. Kalau jalan kat KL ni macam jalan kat Pasir Mas nun, toksah cakap 8.30... sesudah Subuh boleh sampai! Gua sampai Westin Hotel dalam kul 9 gitu. Parking kat bawah. Try call Azwan... stuck dalam jem pulak. Nak tak nak gua redah dulu la. Pasal lewat, terpaksalah dok kat seat barisan depan. Segan jugak, pasal semua orang pandang semacam jer... Tapi macam biasalah, gua maintain. Buat buat macam takde apa, hehehe.

Sepertimana seminar seminar yang lain, aktiviti utama hadirin adalah tidur di pagi hari. Gua juga tak melepaskan peluang menghabiskan masa kat dalam tu dengan aktiviti yang sungguh berfaedah. Sedar sedar, seminar dah sampai acara Lucky Draw. Wahaha, acara yang selalu dinanti nantikan di akhir mana mana seminar. Agak agak kalau takde lucky draw, maunya orang tak hadir seminar tuh! Hadiah lucky draw kali ni adalah MP3 Player. Apa brand dah? Lupa laa... Seperti biasa juga, gua memang unlucky. Dah berpuluh seminar gua hadir, langsung tak penah menang apa apa lucky draw. Lepas ni gua nak soh diorang buat unlucky draw, kompem gua menang nyer, hehehe! Oh ya, Azwan dah sampai. Dia dok belakannnngg sekali!

Acara terakhir sebelum blah, adalah makan makan. Aisehmennn... yang ni pun melepas jugak. Napa la diorang buat seminar dalam bulan posa hah? Masa ondeway nak ke lif, terpaksa melalui sebelah meja tempat hidangan kuih muih. Meleleh air ketiak liur gua. Nampak bangsa lain tengah best melahap, buat gua rasa nak berbuka tang tu gak. Tanya Azwan, dia gelak lak. Takpelah, iman gua kuat lagi.. tunggu maghrib jer la... huhu.

Sebelom tu kitorang dah serahkan parking tiket kat sorang amoi yang jaga pintu hall. Gua tengok dia masukkan tiket tu dalam satu device then serahkan balik kat kitorang. Katanya, nak decrease kan bill parking. Just khas untuk mereka yang hadir seminar saja. Okey lah tu, tak perlu nak bayar parking mahal mahal, ye tak?

Bila Azwan masukkan tiket dalam autopay station, keluar bill RM7.00. Hmm... ok la tu, takdela mahal sangat. Lepas bayar, dia terus blah. Then turn gua lak. Lepas masukkan tiket, keluar bill RM20.00. Makkk!!! Mahal nyer! Apa ke halnya bill gua RM20, Azwan nyer RM7??? Tak boleh jadi ni... Lima nam kali gua buat, tetap keluar jumlah sama. Hangin satu badan. Duit dalam poket tak cukup. Last last gua kejar Azwan yang dah ada kat dalam kete. Dia hulur not 50 then terus blah. Nasib baik sempat pinjam sen dia, hehehe. Bila nak masukkan duit dalam autopay station tuh, tertera satu reminder, NOT 50 TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BIL BAWAH RM35.00! Arrgghhhh... apa malang sangat nasib gua hari ni nih??!! Tension... tension...

Bila tanya kat kaunter, diorang cakap parking bill takleh bayar secara manual. Semua pakai autopay station. Mana nak tukau duit pecah ni! Last last gua berkejar kejaran ke Maybank kat simpang 4 Jln Sultan Ismail/Jln Bukit Bintang. Lepas withdraw duit merah, lagi sekali berkejar kejaran ke Westin Hotel tu. Bila masukkan parking tiket, toinggg!!! Bill gua dah bertukau jadi RM25. Waaaaa!!!! Tang tu jugak rasa nak nangis.

Penat berlari tak ilang lagik. Kalau tau macam ni, habis kuih muih tadi gua belasah. Apa pun, nak buat macam mana... itulah dugaan... huhuhu.

[Siti Nuhaliza - Sesuci Lebaran] -techfm-