<<BACK | GESBUK?

9.11.03

Restoran Sate R&K - Setiwangsa

Kali kedua gua join gathering bersama sama beberapa ahli GJ. Tidak sesuai rasanya dipanggil gathering kerana yang datang pun tak sampai 10 orang. So, gua panggil majlis berbuka puasa bersama sama je lah! Ok! Tidak ramai yang datang mungkin kerana keputusan dibuat last minute. Sekiranya cadangan ini diajukan 2 minggu lebih awal mungkin kebarangkalian yang datang melebihi angka 10. Standardlah tu, last minute mesti ramai yang ada program tersendiri. Namun, gua respek Kak Ungku ngan familynya, komitmen yang tinggi.. walaupun tinggal di Seremban masih lagi mampu menghadirkan diri ke majlis tak seberapa ini. Syabas Kak Ungku! Syabas kek lapis, nyum! nyum! ;p

Sepertimana gathering bersama XFoto, kedatangan yang ni pun gua lambat jugak. 15 minit selepas azan kata Salji. Gua bukan sengaja. Sebenarnya gua potong rambut sikit, sebelah tepi... Disebabkan Rudy ni pemalas skit, maka lambat start lambatlah siap.

Lepas siap mandi, Abasan call. Gua kompemkan diri untuk hadir. Tengok jam... aiseh, dah pukul 6.45 petang. Sempat ke tak ni? Ahh.. pecut je la. Mintak mintak jangan la terjun gaung... Hehehe! Azah lak sempat msg kata tak dapat datang. Dia kirim salam jer. Okeh, no hal.

Ondeway ke Setiwangsa, si KulatLawa pulak call, katanya stuck kat Stesen LRT Setiwangsa. Hujan lebat! Gua dengan ikhlas menghulurkan bantuan. Soh dia tunggu kat sana, nanti gua ambikkan. Sesampai kat LRT, takdelah hujan lebat pun. Kalau setakat berjalan kaki, tak basah pun. Pompuan, biasalaa... ;p

Lepas parking WGV8275, gua terus masuk ke R&K tanpa ragu ragu [ewwah!]. Pandang kiri, pandang kanan, toleh belakang... tapi tak nampak gak diorang ni. Mana ye?? Sekali Ep sergah, "Heiii!!!" Gua terkejut + malu sebenarnya, tapi cover. Hehehe! Mana taknya, depan mata pun tak nampak. Memang seperti yang kak Ungku cakap, gua tengah blur. Hahaha. Sori semua ekk. Pasal ramai sangat orang berbuka kat sana, so tak berapa cam la. Apa lagi, salam laa... Ep seperti biasa, Abasan rambut baru, Salji makin muda, kak Ungku bawak hubby ngan anak anak dan GeJu yang pertama kali join, KulatLawa tu siap bawak sepupunya, Rafidah.

Tak sempat panas punggung duduk kat kerusi, kak Ungku dah hulur kek lapisnya. Hmm... kuih yang ditunggu tunggu datang melayang depan mulut. Apa lagi, ngap la! Err... hampir separuh gua belasah, tinggal satu jer. Yang tu gua bagi kat Salji. Dia tu pun jenis belasah jugak tu, cuma kontrol jer, hehe.

Walaupun tak ramai yang hadir, suasana tetap meriah. Macam macam cerita kuar. Kelakar tengok gelagat anak kak Ungku, terpaksa tanggalkan seluar baju kerana tak tahan panas. Tinggal pampers jer. Oh ya, lupa... betul betul depan gua tersergam sekotak kek lapis. Wahahaha, dapat bawak balik best ni. Malangnya kek itu Ahmad Albab Kak Zar yang punya!! Huhuhu. Takpe... ambiklah... ambik... semuaaa!!

Pelbagai jenis hidangan disediakan untuk kami semua. Shedap shedap lak tuh. Tak sempat habis makan lagi, Ep dah tercongok depan kaunter. Salji ngan Abasan kejar. Last last Ep jugak yang belanja. Terima kasih banyak banyak Ep. Lain kali biar kitorang lak belanja.

Burrp.. Alhamdulillah! Kenyangnya... ;)

Rumah Kak Zar
Lepas meninggalkan R&K, kami pakat serbu rumah kak Zar lak. Hehe. Itulah, sapa suruh tak datang. Plan nya nak terus ke Kolej Ke-2 Kampus UTMKL. Pasal rumah kak Zar kat dalam tu. Tapi mungkin kerana bimbang kami tak sampai kot... maka kak Zar tunggu kami di Mc D Seri Rampai. Ah ye, husband kak Zar gua kenal daa.. Encik Nasir, felo gua masa kat UTM dulu. Tapi dia tak cam gua, nasib baik.

Pertama kali masuk Kolej Ke-2. Dulu masa tengah belajar, gua teringin nak dok situ, tapi apakan daya hostel tu belom siap. Lepas gua grad, baru lah siap. Hampeh! Tak sempat nak merasa tinggal di kolej baru [cakap jelah ngko tu tak extended!].

Rumah kak Zar... Wah lau!! Besaunya... luasnya... boleh buat main futsal, hehehe. Nak bersembang pun dok jauh jauh. Gua dok sebelah Salji, maka gua bantai sembang ngan dia je la. Tapi sekali sekala ada gak menyampuk cakap orang tua yang lain lain. Lebih kurang 9.45 malam, kitorang beransur pulang. Yang tak tahannya, masa kat luar rumah pun tak habis lagi sembangnya. Kak Zar dok perkenalkan pokok Kacip Fatimah ngan Tongkat Alinya yang ditanam dalam pasu. Pokok macam ni pun boleh jadi perhiasan??? Aduii...

Sani
Ondeway balik, Sani msg nak jumpa kat stesen minyak Petronas Setiwangsa. Tak sempat nak hantar si Maria ngan sepupunya balik. Nak tak nak terpaksa hantar diorang kat LRT Setiwangsa jer, then gua terus ke tempat yang dijanjikan. Masa tu hujan lebat tak ingat...

Sani tiba tepat pada waktunya. Dia basah. Har har har! Err... tak baik gelakkan orang dalam kesusahan. Sori Sani! Sori! Hehhe..

Diskasyen pasal bisne$$ berjalan lancar. Nampaknya bisne$$ kitorang makin berkembang. Ha ha ha... pak cik kayooo!!!

[Impiety - Bloodred Angelshred]