<<BACK | GESBUK?

8.11.03

KFC, Ampang Park

Truutt! Truutt! Truuuuuttttttt!! Handphone gua berbunyik. Ah, tengah best layan tidur ni ada saja yang nak mengganggu. Sapa pulak yang call.. Alamak, Sani!!!

Sani: "Woit Mie, ko datang ke tak ni?" aiseh, macam marah jerr..

Gua: "Aku datang lah. Rileksla beb, baru bangun tidur ni! Sempat lagi laa.." sambil melihat jam menunjukkan 5 petang.

Sani: "Okeh, kitorang tunggu kat jambatan KLCC. Datang tau!"

Gua: "Yelah... yelah..!"

Alamak, sempat ke tak ni? Mandi blom lagi. Ah, belasah je la apa yang patut. Lepas bersiap siap, gua terus ke KLCC. Parking kat tepi jalan jer. Gua tak nak parking kat tempat parking area Masjid tuh, pasal kena bayar singgit, hehe [kemut! ;p].

Nak berlari tak larat. Berjalan lah cepat cepat. Ondeway nak sampai ke taman, gua dah bertembung ngan puak puak terlibat. Gua menghala ke taman KLCC, diorang semua menghala ke masjid. Sempat bersalam salaman ngan bebudak tu. Orang dah azan maghrib pun.

Syah: "Dah berbuka blom?"

Gua: "Blom. Lapar ni..."

Syah hulurkan buah kurma. Alhamdulillah. Nasib baik ada kurma. Berbuka ngan 2 biji kurma je lah. Lepas tu, kami pakat solat maghrib berjemaah kat masjid KLCC.

Selesai solat, semua menghala ke Ampang Park. Sesambil berjalan ke destinasi, sempat gak gua peratikan sorang sorang. Antara yang hadir... Sani [bakal presiden, hehe..], Fit, Jelai, Syah, Abang Sort, Achik & sorang awek, Akmam, Ros, Lydd, Ayu, Zu, Ina & adik, Syaz dan Aizat. Wahh... tak sangka plak kali ni ramai yang datang. Ada 2 - 3 orang tu jarang nampak kalau kitorang buat gathering. Kali ni ada lak. Hmm... Nampaknya masih ramai bekas bekas ahli Kelab Fotografi UTMKL keep in touch. Syabas!

Hampir pukul 8 malam baru dapat jamah hidangan KFC. Dah lama tak pekena KFC ni. Dalam bulan posa macam ni boleh plak belasah buat berbuka. Hahaha. Masing masing ada cerita. Yang sambung belajar, tengah belajar, dah keje, tengah carik keje, dan sebagainya. Gua macam biasalah, kalau tak mengutuk, pasti kena kutuk, cis! Apa pun perjumpaan malam ni memang seronok, pasal dapat bermesra dengan bekas bekas junior dan senior.

Dalam berborak panjang, kami juga berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun depan [tahun ni dah tak sempat]. Setiap orang ada pelbagai jenis idea. Gua? Gua sarankan aktiviti memanah kat Big Shot, Maju Junction. Ini pun bahana gathering GJ tempoh hari laa... hehehe. satu lagi idea bernas dari gua, nak camping kat mana mana pulau. Si Syah cadangkan Tioman. Setuju! Masing masing macam setuju jer, cantiklah. Idea lain standard, mesti mengarut nyer. So, insyaAllah kalau tiada aral kami akan ke Pulau Tioman. Err... gi sama sama, kos sendiri sendiri.

Banyak perkara dibincangkan malam tuh. Yang pastinya, jelas terbayang kemesraan antara kami semua. Selepas sesi bergambar kandid, beberapa orang terpaksa beransur dulu kerana tinggal berjauhan dari kota. Dan gua secara sukarela menghantar Ayu ngan Zu ke Stesen KL Sentral. Sorang nak balik Kajang, sorang nak balik Sungai Buloh. Peh, jauh siott. Achik ngan temannya beredar awal kerana ada hal sendiri. Yang lain, lepak kat KLCC kot?!! Hehehe...

Dari KL Sentral, gua terus ke Taman Kinrara, Puchong. PC abang Yie rosak. Mungkin Windows corrupt. Yang pasti, untuk settle kan semua tu gua terpaksa berpeluh sampai 4 pagi.

Arrrghh, penatnya!!!
Arrrghh, ngantuknya!!!
Arrrghh, laparnya!!!

Arrrghh! Arrrghh! Arrrghh!